Username *
Password *
Remember Me

Bila Teresa Kok menghina PM Najib, serentak segerombolan NGO UMNO mencari ayam untuk disembelih atas foto Teresa, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Mengapa mereka bertiga dilumur darah? Kerana mereka Cina dan DAP.

Tetapi bila Kasim Ahmad membawa pemikiran sesatnya di pejabat Mahathir dan Mahathir rasmikannya, tiada seekor pun ayam disembelih dan tiada setitik pun darah ayam atas foto Kasim dan Mahathir. Mengapa mereka berdua terselamat dari darah ayam? Kerana mereka UMNO dan Melayu.

Teresa, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tidak hina Islam, tidak hina ulama' tetapi menghentam dan kritik kerajaan dan PM Najib. Kasim Ahmad menghina Islam, Rasulullah SAW dan ulama' serta Mahathir tukang promosi dan dokong.

Bagi NGO UMNO menghina Najib lebih besar dosa dari menghina Islam dan Rasulullah SAW. Tidak banyak NGO UMNO yang berani bersuara tentang kesesatan Kasim. Semua menikus takut kemurkaan Mahathir! Tiada setitik darah gugur di...... Mari kita tegakkan kebenaran atas landasan Islam, bukan yg lain... ALLAHU AKHBAR!!!

Ucapan Kepada Konferensi Politik Nasional - Kassim Ahmad Dr Mahathir pertahan Kassim Ahmad, sindir pihak buat laporan polis Video Inside. Penipuan Tun Mahathir Terdedah. Kenyataannya Yang Mempertahankan Kassim Ahmad Memalukan Dirinya Sendiri

Hari ini Najib kata rakyat yang elak bayar cukai dianggap sebagai pengkhianat negara.. kerana katanya bayar cukai adalah satu daripada semangat patriotisme.

Jika rakyat tak bayar cukai dianggap sebagai pengkhianat.. gelaran apa agaknya yang sesuai buat pemimpin yang boros membelanjakan wang cukai yang dikutip dari rakyat itu?

Tidakkah lebih dari pengkhianat jika seseorang pemimpin yang diamanahkan untuk mentadbir negara dengan sebaik mungkin, membazir tak tentu hala?.. menggunakan harta negara yang dibiayai dengan wang cukai dari rakyat itu seolah-olah mak bapak dia yang punya?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata mereka yang mengelak daripada membayar cukai boleh dianggap melakukan pengkhianatan kepada negara. Ini kerana, katanya kewajipan membayar cukai merupakan satu daripada semangat patriotisme terhadap negara. "Definisi patriotisme dalam negara kita ialah apabila kita melunaskan tanggungjawab kepada negara untuk kebaikan negara dan rakyat. "Bila bayar cukai kita tolong rakyat, kita tanamkan semangat ini, dengan ini negara kita akan lebih berjaya," katanya ketika merasmikan Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (Pena) di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, Ahad. Turut hadir Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang juga Pengerusi Sekretariat Pena. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 kerana ia adalah untuk kebaikan rakyat dan masa depan negara. "Kebaikannya ialah kita akan mempunyai sumber kewangan dan hasil yang lebih kukuh untuk memacu pembangunan negara dan rakyat akan lebih bahagia kerana berdasarkan sumberlah, negara akan menjadi maju," katanya. Beliau berkata dalam menuju ke arah negara maju pada 2020, Malaysia perlu mempunyai sumber tambahan bagi menampung segala keperluan negara terutamanya dalam membangunkan kemudahan infrastruktur. "Kalau kita lihat perjalanan negara kita, cuba kita bayangkan dalam sejenak bagaimana hala tuju perkembangan negara kita, dalam keadaan sebuah negara di mana kampung-kampung tradisional, bandar-bandar kecil bertukar wajah. "Kita nak jalan raya baharu, sekolah dan universiti yang baharu dan ini memerlukan peruntukan yang lebih, jadi kita tidak boleh tidak ada hasil, kalau tidak siapa hendak bayar semua ini. "Pilihannya adalah dengan membuat pinjaman, tetapi kalau asyik pinjam apa akan jadi, tidak terbayar kita, rating negara kita akan menurun, kita akan muflis, semua rakyat susah, kita tidak boleh uruskan negara macam ini," katanya. Najib turut membidas pembangkang yang menjanjikan pelbagai perkara termasuklah ada ketikanya menentang pelaksanaan GST tetapi kemudian menyokongnya kembali dengan syarat ia dilaksanakan setelah kerajaan menutup semua ketirisan. "Kita tadbir negara mestilah ada 'sense of responsibility', kita akui mungkin ada ketirisan tetapi kita mempunyai iltizam untuk memperbetulkan sebab itu kita bentangkan secara umum Laporan Audit, mana ada negara yang sempurna," katanya. Mengenai agenda pemerkasaan Bumiputera, beliau berkata ia menjadi agenda nasional bagi memastikan kelompok Bumiputera dapat berkongsi kekayaan negara secara adil dan saksama. Seminar sehari yang dianjurkan Sekretariat Pena itu bertujuan memberi kefahaman dan penerangan mengenai GST, intipati Bajet 2014 dan agenda pemerkasaan Bumiputera. - BERNAMA

Dalam hal patriotisma pula.. Patriotikkah seorang pemimpin yang membiarkan pulau Batu Putih dan Tanah milik KTM terlepas dan dikuasai oleh Singapura?

Patriotikkah kita jika membenarkan warga asing memiliki kad pengenalan hanya kerana mahu menjaga kepentingan politik kita?

Iklan GLC untuk bayar saman Utusan?

Semasa merasmikan bangunan baru milik akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa agar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat milik Melayu dan Bumiputera untuk membeli iklan daripada akhbar berkenaan bagi membantu kelangsungan mereka.

Menurut Najib, Utusan Malaysia adalah lambang kejayaan kaum Melayu di negara ini.

"Saya harap kepada badan kerajaan, GLC,dan syarikat Bumiputera mereka menghargai Utusan dengan pengiklanan lebih kepada Utusan.

“Ini sahaja dapat letakkan Utusan di atas landasan lebih kukuh," katanya.

Najib menyifatkan sejak 70 tahun penubuhan akhbar berkenaan ia bertujuan untuk memperjuangkan komuniti Melayu.

"Jika Utusan sebagai suara lidah keramat Melayu, lambang imej Utusan juga lambang kejayaan orang Melayu," kata Najib dalam ucapan perasmian bangunan baru akhbar berkenaan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Apakah gesaan Najib baru-baru ini agar GLC membeli lebih banyak iklan untuk membayar saman-saman fitnah Utusan Malaysia?

Hari ini Datuk Husam Musa kerana beliau berjaya menyelesaikan fitnah terhadapnya menjelang muktamar empat tahun lalu apabila edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia bersetuju untuk menarik balik fitnah itu dan membayar kos RM40,000 kepadanya.

Persetujuan ini dicapai melalui penyelesaian damai yang dibacakan di depan Hakim Siti Khadijah S Hassan Badjenid di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Mingguan Malaysia bersetuju untuk menyiarkan penarikan balik itu dalam keluarannya 22 September ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 4 Julai lalu memerintahkan Utusan Malaysia membayar ganti rugi umum dan teladan sebanyak RM250,000 kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman yang difailkan terhadap akhbar itu berhubung isu pendaftaran nombor plat kereta WWW1, pada tahun lalu.

Peguam Nizar, Fitri Asmuni memberitahu The Malaysian Insider, Hakim Rosnani Saub dalam keputusannya mendapati Utusan Malaysia bersalah melakukan fitnah terhadap Nizar dan akhbar itu gagal dalam pembelaannya yang menyatakan tindakan mereka menyiarkan kenyataan Nizar menerusi akaun Twitternya itu adalah satu justifikasi, komen berpatutan, perlindungan bersyarat dan kewartawanan.

Januari tahun ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dalam tuntutan saman terhadap Utusan Malaysia selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk VT Singham mendapati akhbar itu memfitnah Anwar dalam dua artikel.

Pada Februari 2011, Mahkamah Rayuan memerintahkan Utusan Malaysia membayar ganti rugi RM200,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung penyiaran artikel bertajuk `Kebiadapan Guan Eng' yang disiarkan pada 20 Disember 2011.

Utusan Malaysia sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila laporan muka hadapan akhbar berkenaan memaparkan tajuk "Apa Lagi Cina Mahu" sejurus selepas Pilihan Raya 2013.

Laporan berkenaan menimbulkan reaksi negatif pelbagai pihak yang mengkritik penerbitan berkenaan. Pendirian Najib menimbulkan tanda tanya.

Najib yang sebelum ini memperkenalkan Gagasan 1Malaysia itu kini dilihat tunduk kepada kumpulan berhaluan kanan dalam Umno untuk mengekalkan kedudukannya menjelang pemilihan parti itu Oktober ini. -TMI [kelab greenboc]

p/s : dah lama tak beli utusan. berita merapu dan mengampu... baik tukar nama UM ni. bukan utusan malaysia/utusan melayu tapi utusan merapu / utusan mengampu / utusan memporno

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan harga petrol RON 95 dan diesel dinaikkan 20 sen seliter mulai jam 12.01 tengah malam tadi.

Jangan kecoh-kecoh minyak naik. Khidmat ubah suai khas untuk kereta nasional secara percuma.

Khidmat ubah suai tangki minyak sehingga boleh bertahan 5 tahun atau sehingga PRU14.

Pastikan bendera BN di tampal di kereta anda untuk kos modifikasi luaran secara percuma.

Jika anda ahli UMNO sampai mampos kos modifikasi percuma (cepat-cepat daftar jadi ahli UMNO)

Tempat ubah suai cawangan terdekat Pejabat UMNO di kawasan anda.

 

 

Kejayaan buat BN namun kegagalan buat Najib. Walaupun BN berjaya menubuhkan kerajaan tetapi BN masih gagal memperolehi majoriti 2/3. Lebih malang lagi BN juga masih gagal untuk menawan kembali Selangor walaupun UMNO Selangor di pengerusikan sendiri oleh Najib.

Dengan Plan Transformasi Negara, Model Ekonomi Baru, pelbagai macam bantuan terutamanya kepada kaum Cina dan juga dengan ' Win-able Candidates 'nya, beliau masih gagal untuk meraih keputusan 2/3 buat BN. Kemenangan yang memalukan buat BN. Lebih memalukan dari keputusan PRU ke 12 pada tahun 2008.

Tun Abdullah Ahmad Badawi sanggup melepaskan jawatan Perdana Menteri dan jawatan sebagai Presiden UMNO kerana gagal meraih 2/3 pada 2008 bagaimana pula dengan Najib ? Sanggup ke beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada timbalannya?

Kesimpulannya, keputusan PRU 13 membawa mesej besar bahawa Najib bukanlah ' Win-able Candidate '. Beliau di tolak di Selangor dan beliau juga di tolak oleh Malaysia. Sudah terbukti beliau sebenarnya tidak setanding Tun Abdullah apalagi dengan Anwar.

Orang UMNO kata PAS gadai tanah di Kelantan? Benarkah?

Mungkin hakikatnya adalah sebaliknya? Tengoklah video di bawah ini jika anda pengundi tegar UMNO.

Saya nak tolong BN berhenti daripada buat kezaliman maka saya terpaksa memilih untuk TIDAK MENGUNDI BN!.

Daripada Anas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Bantulah saudara kamu, sama ada dia itu zalim atau dizalimi" Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, kami pasti membantu orang yang dizalimi ini, tetapi bagaimana pula kami boleh membantu orang yang zalim?" Baginda SAW menjawab, "Cegahlah si zalim itu dari terus melakukannya"

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Maka, untuk PRU13 ini, sama-sama kita UNDI PAKATAN RAKYAT!

"Tegakkan kebajikan, tumbangkan kezaliman"

(andai kata Pakatan Rakyat lagi zalim daripada BN lepas ni, tak ada masalah kalau kita nak tolak Pakatan Rakyat pula dalam PRU seterusnya)

# Jom Ubah! KEKAL Kelantan! TUKAR Putrajaya! #

Apa lah Anwar ni, patut la UMNO tak suka. Dia ni tak berkebolehan langsung...dalam menambah hutang negara! Nah, sekarang mau undi siapa kita? Malaysia yang macam mana kita nak pilih?

Credit : Ohgadisitu

KOTA BHARU: “Kalau kita tukar kerajaan Islam kepada yang lebih teruk, tunggulah pembalasan di akhirat kelak,” kata mantan Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Asri Zainal Abidin. Beliau berkata, rakyat semestinya mengekalkan kerajaan yang ada di Kelantan sekarang.

“Sepatutnya Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) turut sama mempertahankan Kelantan,” katanya pada Wacana Perdana bertajuk ‘Pasca PRU13: Di Mana Melayu Islam?’ di Dewan Jubli Perak MPKB di sini kelmarin. Wacana itu turut menampilkan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha ISMA, Mohd Hazizi Abdul Rahman, manakala seorang lagi penalis, Datuk Shamsul Najmi sebagai mewakili Umno tidak hadir.

Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusof bertindak sebagai moderator. Orang ramai memenuhi segenap ruang dewan berkenaan. Ramai lagi mengikuti wacana itu di atas padang di luar dewan. Hadir sama pengarah program, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Dr Asri juga berkata, PAS bergerak seiring dengan pertubuhan Islam di seluruh dunia yang semakin mendapat tempat selepas kebangkitan Arab. Tuan Ibrahim pula menyifatkan ISMA sebagai kacau daun apabila bercadang meletak calon di kawasan tertentu pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Katanya, kalau sekadar hendak tanding tujuh kerusi parlimen sudah tentu ISMA tidak mampu menjadi sebuah parti yang dominan. Mohd Hazizi sebelum itu menyifatkan kuasa tawar menawar orang Melayu sekarang semakin lemah selepas PRU 2008.

“Sekiranya situasi itu terus kekal kuasa politik orang Melayu akan bertambah lemah. Ini kerana hanya apabila ada kuasa barulah boleh buat peraturan untuk Islam,” ujarnya.

Namun hujah itu ditolak Tuan Ibrahim apabila menyebut pada PRU 2004 kerusi yang dimenangi calon Islam sebanyak 123 kerusi, namun telah bertambah kepada 130 kerusi pada PRU 2008. Bagaimanapun kata beliau ada pihak cuba mengelirukan keadaan sebenar apabila DAP menang lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum lalu.

“Kalau disebut DAP ramai orang seolah-olah nampak macam Cina sangat, sedangkan MCA dan Gerakan mereka tidak lihat macam parti Cina pula,” tambahnya.

Sedutan Wacana Perdana Siri-14 bertajuk 'Pasca PRU-13 : Melayu-Islam Di Mana?' yang berlangsung pada 15 Mac 2013 bertempat di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI.

Khas kepada mereka yang ingin TUKAR Kelantan, sedang membuat kerja-kerja TUKAR, sedang mempromosikan TUKAR, sedang bersubahat untuk TUKAR dan yang sewaktu dengannya...

FULL Video : http://www.youtube.com/watch?v=YZm0z2wupFU

Rakaman Ceramah membongkar misteri pembunuhan Altantuya di Bachok pada 18 Rabiul Akhir 1434H/1 Mac 2013M.

Video 1 : http://www.youtube.com/watch?v=dhMFwi2ZLIU

Video 2 : http://www.youtube.com/watch?v=l2zzKOzOk0s

 

Page 1 of 3