Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Name *
Username *
Password *
Verify password *
Email *
Verify email *
Captcha *
Reload Captcha

As Salam.. Mohon doa diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan buat sahabat, Cikgu SAIFUL AZRUL IZZANI ISAUDIN (QBerians - SPM'00) yang kini terlantar di Hospital Kuala Lipis akibat kemalangan jalan raya pada pagi tadi (05 Mei 2018). Semoga keluarga beliau diberi kekuatan menghadapi musibah yang melanda.

Perkembangan terkini beliau masih tidak sedarkan diri. Keadaan beliau patah rahang, paha, bahu. Doktor tak boleh buat pembedahan lagi disebabkan keadaan beliau yang masih tidak stabil.

Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban keluarga beliau, boleh hulurkan sumbangan anda kepada isteri beliau, Norapizah binti Saidin ( Maybank - 114487049643 ). 

20180505 rikaf 2

 

Perkembangan 06 Mei 2018 :

Kos besi dekat kaki RM1600.
Kos besi untuk rahang RM2100.

Keadaan Cikgu Saiful dah stabil. Doktor akan terus pengsankan beliau sehingga semua operation telah dijalankan. Operation kaki akan dibuat dalam masa terdekat sama ada hari ini atau esok.
Manakala operation untuk rahang dijangka akan dibuat pada 14 Mei 2018.

 

Perkembangan 07 Mei 2018 :

Alhamdulillah pembedahan di paha telah selesai lebih kurang pukul 4 petang. Esok dijadualkan pembedahan rahang yang mana besinya dianggarkan lebih kurang RM2K++. 

 

Perkembangan 12 Mei 2018 :

Alhamdulillah, Cikgu Saiful telah sedar sepenuhnya.

Assalamualaikum #Qberian dan semua Sahabat FB.

Lewat petang semalam saya telah pun melawat Kak Na (Rohana binti Mohd Nor) Koop/Dobi MRSM Kuala Berang. Solat hajat dan doa selamat telah diadakan di Surau An-Nur, Kg. Pauh semalam. Malam ini insyaAllah akan dibuat di Masjid Kg. Pauh. Kak Na sedang diuji Allah dengan penyakit Kanser Payudara dan dijadualkan menjalani pembedahan masektomi pada Rabu, 11 Oktober ini di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Admit pada 10 Oktober.

Saya tak sampai hati nak tanya stage berapa. Cuma yang boleh saya khabarkan di sini, sebelah kiri mengeras keseluruhan. Sebelah kanan juga ada ketulan. Sakitnya melarat ke tulang pinggul dan kaki. Berat badan turun. Kak Na guna bantuan walker untuk bergerak untuk ke tandas. Selebihnya berbaring. Buat pengetahuan sahabat-sahabat, Kak Na telah berhenti kerja bulan Ogos lepas kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Selama ini hujan atau panas, jam 1 tengahari Kak Na pasti pulang ke rumah untuk sediakan makan tengahari Mak yang uzur dan hilang penglihatan.

Sesiapa saja alumni #Qber pasti ada sikit sebanyak kenangan bersama Kak Na yang sangat baik melayan, berkongsi makanan, malah ada yang menganggap Kak Na sebagai mak angkat. Prihatinnya Kak Na kepada pelajar, sehinggakan ketika bertugas di dewan makan Kak Na tahu siapa yang suka kepak ayam, siapa suka peha, bahagian tulang belakang. Pendek kata Kak Na tahu kegemaran masing-masing.

"Kak Na pegang pesan Haji Rozali (pengetua dulu), kalau tak ada pelajar-pelajar ni, tak adalah (peluang pekerjaan) kita. Buatlah sebaik mungkin kerja ni"

Dengan kalimah BismiLlah, saya buka kutipan amal ini untuk kita sama-sama hulurkan sedikit sumbangan bagi membantu kos langsung / tak langsung sepanjang rawatan dan sara hidup Kak Na. Segala bentuk sumbangan boleh dibuat ke akaun berikut:

ANISAH BINTI MOHD NOR (adik Kak Na)
AKAUN MAYBANK 163037165560

Kutipan amal ini khusus sehingga 31 OKTOBER 2017 dahulu. Mohon masukkan reference: MRSMQBER @ KAKNAMRSMQBER untuk memudahkan pemilik akaun membuat 'clarification' dengan pihak bank.

Segala pertanyaan boleh terus hubungi / whatsapp saya (Faizah) di talian 013-7772454. Sama2 kita doakan Kak Na berada dalam keadaan tenang, bersemangat dan kesihatannya kembali pulih seperti biasa. Besar atau kecil sumbangan, pasti ditimbang amal. Allah lah sebaik-baik pemberi balasan.

Moga Allah redha.
Nurul FAIZAH binti Jusoh
Qberian Batch 99/00
Mohon share, tag, sebarkan kepada sahabat-sahabat kita.
#kaknamrsmqber

kak na mrsm qber

Sumber : https://www.facebook.com/faiz.faiza1/posts/10214492166236717