Username *
Password *
Remember Me

Baru balik kerja? Sibuk kan nak cari duit untuk bayar rumah, kereta dan macam-macam lagi? Ye la, saham dunia kena cari, bukan jatuh dari langit! Tapi, saham akhirat macam mana pulak? Dengan solat, sedekah, zakat, puasa semua tu korang yakin cukup ke pahala nak di bawa ke akhirat nanti?

Haa, kali ni admin nak share perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk dapat pahala ‘extra’ di akhirat kelak. Senang je untuk korang semua amalkan!

1. Menyampaikan ilmu yang bermanfaat

Jika kita menyampaikan ilmu yang diperolehi kepada orang lain, ilmu itu berguna kepada mereka dan jika mereka mengamalkan ilmu tu, kita akan dapat pahala sehingga kita mati. Senang je tau nak collect pahala ni sebenarnya. Yang penting kena ikhlas dengan semua perkara yang dilakukan termasuklah menuntut dan tidak lokek memberi ilmu kepada orang lain. Saling tolong-menolong itu kan bagus!

2. Anak soleh dan solehah

Bila kita ada anak yang soleh dan solehah, insya-Allah anak-anak kita akan sentiasa mendoakan kita dan menjaga silaturahim dengan keluarga. Perkara ini juga adalah salah satu kunci untuk mendapatkan pahala dan saham extra untuk di bawa ke akhirat kelak tau. Jadi, didiklah anak kita sebaik mungkin, insya-Allah pahala kita akan melimpah ruah nanti!

3. Bersedekah – tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima

Antara sedekah yang korang boleh mula buat hari ini adalah sedekah senyuman, menyelesaikan masalah orang lain, membuang atau mengalihkan sesuatu yang telah menghalang laluan dan sebagainya. Sebab sedekah bukanlah semata-mata wang atau harta ye. Perbuatan yang baik juga dikira sebagai sedekah.

Oh ya, sedekah jariah pula dapat memberi pahala berterusan walaupun setelah seseorang itu meninggal dunia, contohnya amalan BERWAKAF.

Tazkirah 05 Ramadhan 1438H di Masjid Muhammad Ahmadi, Pintu Geng, Kota Bharu. Disampaikan oleh Ustaz Zainuddin Hj Mahmood.

Like FB Page Masjid Muhammad Ahmadi.

Tazkirah 04 Ramadhan 1438H di Masjid Muhammad Ahmadi, Pintu Geng, Kota Bharu. Disampaikan oleh Ustaz Zainuddin Hj Mahmood.

Like FB Page Masjid Muhammad Ahmadi.

Tazkirah 03 Ramadhan 1438H di Masjid Muhammad Ahmadi, Pintu Geng, Kota Bharu. Disampaikan oleh Ustaz Zainuddin Hj Mahmood.

Like FB Page Masjid Muhammad Ahmadi.

Dalam sedar tak sedar kita banyak melakukan kesalahan dalam menunaikan kewajipan kita kepada Allah SWT. Jom tonton video tentang kesalahan dalam melakukan rukun islam yang kedua ini...

Kita telah ketahui bahawa waktu pagi adalah waktu yang penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Akan tetapi, pada kenyataannya kita banyak melihat ramai orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata dipergunakan untuk tidur dan bermalas-malasan.

Ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Kita dapat melihat ini dari penuturan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang waktu. Beliau rahimahullah mengatakan,

“Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan".

Waktu tidur yang paling bermanfaat iaitu :

  1. Tidur ketika perlu tidur.
  2. Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam
  3. Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang.

Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.

Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerana pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)

BAHAYA TIDUR PAGI

  • Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.
  • Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.
  • Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.
  • Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya. Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.
  • Menghambat datangnya rezeki.
    Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah tidur di waktu pagi, sedikit solat, malas-malasan dan berkhianat." (Zaadul Ma’ad, 4/378)
  • Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)

TIDUR DALAM SAINS

Kajian sains terhadap kelebihan bangun awal pada waktu pagi untuk kesihatan jasmani

  1. Sains menyatakan kandungan gas ozon dalam udara pada waktu pagi adalah tertinggi berbanding pada waktu lain. Gas ozon amat penting untuk tubuh badan. Kesannya untuk kesihatan adalah amat baik, ini lebih baik jika seseorang itu menunaikan solat subuh di masjid, semakin jauh masjid maka semakin baik. Ganjaran pahala pun bertambah. Insyaallah
  2. Kandungan ' al-kartozon' dalam darah adalah tertinggi pada waktu pagi sebelum matahari terbit. 'Al-kartozon' baik untuk badan yang mengaktifkan sel dalam badan, dan juga menambahkan kandungan gula dalam darah.
  3. Bangun awal di waktu pagi dapat mencegah daripada penyakit hati.
  4. Membantu membekalkan kandungan vitamin untuk tubuh badan.
  5. Membantu dalam membekalkan tenaga, mencergaskan tubuh badan

 

Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya

Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.

Firman Allah SWT:-

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”

(At Tahrim : 6)

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita…wallahua’lam...

Bunuh Diri

Dec 11, 2017

Buat saudara saudari seISLAM yang masih berfikiran mahu bunuh diri. Nape ek? Bleh selesai masalah ke dengan bunuh diri? Senang ke nak bunuh diri? Soalan bocor. Camner nak bunuh diri?

  1. Memotong urat nadi tangan (Arteri radialis)
    Untuk memotong arteri itu, kita harus memotong otot-otot & pembuluh darah vena yang ada di atasnya dulu. Bayangkan kita harus merasa kesakitan menghiris otot-otot & pembuluh darah tu. Andainya arteri sudah terpotong, memerlukan masa lebih kurang sejam untuk MATI KATAK kerana hipovolemik (kekurangan darah).
  2. Memotong urat nadi leher (Arteri carrotis communis)
    Arteri itu dilindungi oleh otot tebal bernama sternocleidomastoideus (otot yang menonjol menyilang di leher kanan dan kiri semasa menoleh ke kanan dan ke kiri). Bayangkan otot setebal itu hendak dipotong dulu. Makan panadol pun tak boleh hilangkan rasa sakit tu.
  3. Menjatuhkan diri dari tempat tinggi/Merelakan diri dilanggar kereta/kereta api/MEREMPIT
    Kalau pecah otak (cam pecahnya buah tembikai/timun cina [loghat qlate]) selamat la. (Tapi alam kubur & alam akhirat tetap gak tak selamat). Tapi kalau organ lain yang pecah/patah? Sanggup ke merasa kesakitan berbulan-bulan atau lebih teruk lagi seumur hidup? 

Hukum Orang Bunuh Diri

Perbuatan membunuh diri adalah termasuk di dalam kesalahan dosa-dosa besar, perbuatan membunuh diri ini TIDAK termasuk di dalam perkara yang menyebabkan seseorang terkeluar daripada Islam (Murtad) sebagaimana yang difahami oleh sebagai daripada kita, melainkan bagi orang yang menghalalkan perbuatan tersebut, jika dia menghalalkannya maka ketika itu dia dihukumkan sebagai kafir/murtad.

Kita tidak menghukumkan orang yang bunuh diri sebagai murtad, kerana Nabi S.A.W. tidak melarang para sahabat dari menyembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri. Namun baginda sendiri tidak menyembahyangkan jenazah orang tersebut sebagai pengajaran bagi orang lain. Maka menjadi sunnah kepada para ulama dan orang yang dipandang mulia, tidak menyembahyangkan jenazah orang yang mati membunuh diri sebagai mengikut perbuatan Nabi S.A.W. dan sebagai pengajaran kepada orang lain.

Daripada Jabir bin Samurah (جابر بن سمرة) R.A. katanya:

أُتِيَ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏بِرَجُلٍ قَتَلَ نَفْسَهُ ‏ ‏بِمَشَاقِصَ ‏ ‏فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ

Maksudnya:

“Didatangkan kepada Nabi S.A.W. jenazah seorang lelaki yang membunuh diri dengan anak panah, lalu baginda tidak menyembahyangkan untuknya.”

(Muslim)

Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim ketika mensyarahkan hadith ini menyebut :

“Hadith ini menjadi dalil bagi ulama yang berpendapat tidak disembahyangkan jenazah orang yang membunuh diri disebabkan maksiat yang dia lakukan, inilah mazhab ‘Umar ibn ‘Abdul ‘Aziz dan al-Auza’ie. Manakal al-Hasan, al-Nakha’ie, Qatadah, Malik, Abu Hanifah, al-Syafi’ie dan kebanyakan ulama berpendapat: Disembahyangkan ke atas jenazah orang yang membunuh diri. (Jumhur) kebanyakan ulama ini menjawab tentang hadith ini yang baginda tidak menyembahyangkannya sebagai melarang manusia dari melakukan perbuatan yang sama (membunuh diri), namun jenazah itu disembahyangkan oleh para sahabat…”

Adapun mengenai teks hadith yang menyatakan orang yang membunuh diri itu kekal selama-lamanya di dalam neraka, para ulama menyatakan, ia ditujukan kepada orang yang menghalalkan perbuatan membunuh diri tersebut, atau maksudnya boleh difahami dengan memanjangkan tempoh azab ke atasnya di dalam neraka.

Wallahu a’lam.