Username *
Password *
Remember Me

Assalamualaikum #Qberian dan semua Sahabat FB.

Lewat petang semalam saya telah pun melawat Kak Na (Rohana binti Mohd Nor) Koop/Dobi MRSM Kuala Berang. Solat hajat dan doa selamat telah diadakan di Surau An-Nur, Kg. Pauh semalam. Malam ini insyaAllah akan dibuat di Masjid Kg. Pauh. Kak Na sedang diuji Allah dengan penyakit Kanser Payudara dan dijadualkan menjalani pembedahan masektomi pada Rabu, 11 Oktober ini di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Admit pada 10 Oktober.

Saya tak sampai hati nak tanya stage berapa. Cuma yang boleh saya khabarkan di sini, sebelah kiri mengeras keseluruhan. Sebelah kanan juga ada ketulan. Sakitnya melarat ke tulang pinggul dan kaki. Berat badan turun. Kak Na guna bantuan walker untuk bergerak untuk ke tandas. Selebihnya berbaring. Buat pengetahuan sahabat-sahabat, Kak Na telah berhenti kerja bulan Ogos lepas kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Selama ini hujan atau panas, jam 1 tengahari Kak Na pasti pulang ke rumah untuk sediakan makan tengahari Mak yang uzur dan hilang penglihatan.

Sesiapa saja alumni #Qber pasti ada sikit sebanyak kenangan bersama Kak Na yang sangat baik melayan, berkongsi makanan, malah ada yang menganggap Kak Na sebagai mak angkat. Prihatinnya Kak Na kepada pelajar, sehinggakan ketika bertugas di dewan makan Kak Na tahu siapa yang suka kepak ayam, siapa suka peha, bahagian tulang belakang. Pendek kata Kak Na tahu kegemaran masing-masing.

"Kak Na pegang pesan Haji Rozali (pengetua dulu), kalau tak ada pelajar-pelajar ni, tak adalah (peluang pekerjaan) kita. Buatlah sebaik mungkin kerja ni"

Dengan kalimah BismiLlah, saya buka kutipan amal ini untuk kita sama-sama hulurkan sedikit sumbangan bagi membantu kos langsung / tak langsung sepanjang rawatan dan sara hidup Kak Na. Segala bentuk sumbangan boleh dibuat ke akaun berikut:

ANISAH BINTI MOHD NOR (adik Kak Na)
AKAUN MAYBANK 163037165560

Kutipan amal ini khusus sehingga 31 OKTOBER 2017 dahulu. Mohon masukkan reference: MRSMQBER @ KAKNAMRSMQBER untuk memudahkan pemilik akaun membuat 'clarification' dengan pihak bank.

Segala pertanyaan boleh terus hubungi / whatsapp saya (Faizah) di talian 013-7772454. Sama2 kita doakan Kak Na berada dalam keadaan tenang, bersemangat dan kesihatannya kembali pulih seperti biasa. Besar atau kecil sumbangan, pasti ditimbang amal. Allah lah sebaik-baik pemberi balasan.

Moga Allah redha.
Nurul FAIZAH binti Jusoh
Qberian Batch 99/00
Mohon share, tag, sebarkan kepada sahabat-sahabat kita.
#kaknamrsmqber

kak na mrsm qber

Sumber : https://www.facebook.com/faiz.faiza1/posts/10214492166236717

TUMPAT – Hati ibu mana tidak tersentuh jika anak sering bertanya bila ayahnya akan bangun sedangkan tubuh yang terlantar itu sedang bertarung nyawa untuk pulih dari separuh sedar. Nor Azizah Ibrahim, 32, berkata, pada Mei ini genap dua tahun suaminya, Mohd Amin Khasfi, 34, terlantar lumpuh akibat serangan angin ahmar ketika bekerja di Sarawak. Menurutnya, sejak itu, kehidupan bahagia keluarganya bagaikan disentap apabila dia bersama dua anaknya, Nor Arissa Balqis, 7, dan Nor Awatif Sofia, 2, hilang tempat bergantung dan punca pendapatan.

“Arissa rapat sangat dengan ayahnya tapi bila terlalu lama sangat ayahnya terbaring macam itu, dia mula putus asa... 'Ayah tak bangun pun' kata dia...” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru, Pasir Pekan.

Hati Nor Azizah lagi tersentuh apabila melihat anak bongsunya tidak sempat merasai kasih sayang seorang ayah kerana ketika suaminya koma, dia sedang mengandung tujuh bulan anak keduanya itu. Nor Azizah berkata, dia juga bagaikan hilang punca namun bersyukur apabila adik-beradik dan ibu mertua sentiasa di sisi membantu dari segi kewangan dan sokongan moral.

“Mudah-mudahan ALLAH jaga hati saya untuk bersama suami walau apa jua keadaan dia sekali pun, saya dan anak-anak akan tunggu abang sedar,” katanya.

Sejak suami Nor Azizah terlantar itu, peralatan katil dan tilam khas untuk suaminya dibeli hasil kewangan daripada adik beradik. Katanya, dia tidak bekerja dan pernah mengambil alih tugas suaminya sebagai agen pengambilan pelajar kolej swasta tetapi tidak berjaya menguruskannya kerana tiada pengalaman. Menurut Nor Azizah, suaminya bergantung kepada susu sepenuhnya dan setiap bulan memerlukan 12 tin susu khas berharga RM65 setin dan 10 bungkus lampin pakai buang.

“Bulan lepas ada NGO hulurkan empat tin susu itu, sedikit sebanyak membantu saya, saya juga ada menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan, wang itu saya gunakan untuk beli lampin pakai buang,” katanya.

Menurutnya, sejak kebelakangan ini, suaminya menunjukkan tindak balas positif apabila boleh mengerakkan mata dan jarinya.

“Saya juga ada ikhtiar rawatan tradisional, memanggil tukang urut mengurutnya,” katanya.

Pihak yang sudi membantu boleh salur bantuan: Bank Simpanan Nasional: 0301-8410-0011-8561

Sumber : Sinar Harian 25 Feb 2016

 

# UPDATE 02 OKTOBER 2016

Alhamdulillah, pada hari ini, dapat juga kami bersua dengan sahabat yang sedang diuji dengan stroke sejak 2 tahun lepas, Amin Kaysfi aka Kepi, di Tumpat. Kutipan derma yang telah dilancarkan dan jumlah yang terkumpul sebanyak RM3600 telah disampaikan kepada isteri beliau Pn. Azizah. 

Berdasarkan pemerhatian dan perbualan dgn isteri dan keluarga beliau, ada perkembangan positif ditunjukkan. Kepi sudah boleh menggerakkan tangan kanan untuk bersalam, menunjuk (pointing), menulis sikit, menggerakkan kedua kaki sedikit untuk mengeliat, dan sedikit suara. Perbelanjaan bulanan untuk kepi (adult diapers dan susu khas) lebih kurang rm1500 sebulan. Ini belum termasuk sara hidup keluarga beliau (isteri, anak; 7 tahun dan 2 tahun). Bantuan zakat MAIK (RM2000 setahun) dan JKM (RM300 sebulan) amat dihargai, namun pastinya belum mencukupi.

Sape2 yg berhajat nk membantu boleh salurkan ke akaun BSN 0301-8410-0011-8561Telefon: +60199054838. Lebih membuatkan hati ini sayu bila si anak yg berusia 2 thn mcium2 tgn si ayah yg xdpt mendodoi, mendukung dan bermain dgnnya sejak dilahirkan.. smoga anak ini dpt memberi semangat dan kekuatan utk Amin Kupi Bazooka cepat sembuh. Amiin..

 

Sumbangan Mangsa Kebakaran Di Kg Sireh Bawah Lembah, Kota Bharu.

Saluran sumbangan melalui akaun Bank Islam

03036010006990 ( Jawatankuasa Pembangunan Dun Bunut Payong )

Untuk maklumat lanjut hubungi : 

Penghulu Zul (013 935 9894)

Saudara Fauwaz (014 530 5341)