Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Name *
Username *
Password *
Verify password *
Email *
Verify email *
Captcha *
Reload Captcha

Mana Satu Pilihan Anda, Duduk Atau Mencangkung?

Kebanyakkan rakyat Malaysia pada masa sekarang nampaknya sudah mula beralih kepada penggunaan tandas duduk, tidak kiralah yang menetap di kampung ataupun tinggal di bandar, masing-masing seakan –akan sudah melupakan tandas tradisional (eastern toilet) iaitu tandas jenis mencangkung. Ramai yang beranggapan tandas sebegitu sudah ketinggalan zaman, malahan kalau di hotel-hotel dan tempat ternama lain, tandas jenis duduk sering menjadi pilihan.

Tahukah anda apa sebenarnya rahsia disebalik tandas cangkung ini dan apa pula keburukan akibat menggunakan tandas jenis duduk?

Lubang najis (anal canal) berada dalam keadaan tidak menegak apabila duduk semasa menggunakan tandas jenis duduk, berbanding dengan dalam keadaan mencangkung, laluan najis untuk keluar akan menjadi mudah kerana lubang najis berada dalam keadaan betul-betul menegak dan ini memudahkan proses pembuangan air besar.

Perkara sebaliknya berlaku sekiranya dalam keadaan duduk, kerana ini akan membawa kepada masalah sembelit. Sembelit merupakan satu keadaan di mana seseorang itu menghadapi kesukaran membuang air besar, dan kaitannya dengan menggunakan tandas duduk adalah, najis tidak akan habis dikeluarkan kerana laluannya menjadi sempit dan akan terus disimpan lagi sehinggalah untuk waktu seterusnya. Najis yang disimpan akan mengeras (kerana proses pengulangan penyerapan air) dan ini membawa kepada masalah sembelit. Sebab itulah ramai mengadu seringkali tidak berasa puas apabila menggunakan tandas duduk ini.

Disamping itu juga, satu masalah yang akan timbul melibatkan tandas duduk ini adalah ia akan menyebabkan berlakunya kebocoran ( backflow) najis yang ada di usus besar kepada usus kecil.Ini melibatkan kepada fungsi injap ileo-caecal yang mengawal aliran najis dari usus kecil kepada usus besar. “backflow” ini menyebabkan toxins diserap melalui usus kecil ini (usus kecil untuk menyerap nutrients cernaan dan mengandungi banyak salur darah) dan akan diserap oleh salur darah seterusnya memberi beban kepada hati untuk menyahtoksikkan bahan toxins tersebut.

Sekadar makluman, dalam Islam makruh bagi kita memakan hati (organ dalaman).Ramai mempersoalkan sedangkan hati mempunyai khasiatnya yang tersendiri juga. Jawapannya adalah memandangkan kita tidak tahu di bahagian hati manakah khasiat tersebut disimpan dan salah satu fungsi major hati adalah untuk mengneutralkan toxins/dadah , rasanya lebih wajar kita tidak digalakkan memakannya.

Untuk pengetahuan anda juga, penggunaan tandas duduk merupakan penyebab no 2 kepada kanser kolon di United States, kerana semua rakyat US menggunakan tandas duduk,kerana pada fikiran kasar, tandas duduk memberi kemudahan dan kesenangang terhadap penggunanya.

Dan di dalam Sunnah Nabi, memang kalau seseorang itu ingin membuang air besar, disunatkan mencangkung dengan bahagian punggung kiri sedikit terangkat.Mengapa? Kerana pada bahagian itulah letaknya rectum, iaitu tempat penyimpan najis sebelum ia dikeluarkan.

Setelah anda membaca artikel ini, adakah anda sudah berfikir untuk menukar tandas anda. Terserahlah, tetapi harus diingat, jangan kalau di rumah tandas jenis duduk tapi kita pergi pulak mencangkung, bahaya tu, boleh menyebabkan kemalangan.Jangan berbuat demikian.

 

 

 

Diriwayatkan daripada Barra bin Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:

إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن

Maksudnya:

"Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu."

(Hr Bukhari dan Muslim)

 

Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-

Tidur dengan meniarap

Dr Zafir al-Attar berkata:

"Seseorang yang tidur meniarap di atas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak."

Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri.

Majalah Times telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap.

Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله

Maksudnya:

"Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya."

(Hr Tirmizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

 

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:

قم واقعد فإنها نومة جهنمية

Maksudnya:

"Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam."

(Hr Ibnu Majah)

 

Tidur menelentang

Dr Zafir al-Attar berkata:

"Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngnya rahang bawah."

Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu2 dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.

Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan radang.

 

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.

 

Perbandingan di antara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri

Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung di antara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.

 

Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek di atasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.

 

Rujukan:
Mausuah al-Ijazil Qurani Fil Ulum wat Tib wal Falak
oleh Dr Nadiah Toyyarah,

Kanser merupakan sekumpulan penyakit yang mempunyai kaitan dengan peranan sel. Sel-sel adalah unit-unit teramat kecil yang membina semua hidupan, termasuk tubuh manusia. Terdapat berbillion sel dalam tubuh setiap manusia.

Kanser berlaku apabila sel-sel yang tidak normal berkembang dan merebak dengan cepat. Sel-sel normal dalam tubuh membiak dan membahagi dan mengetahui bila perlu berhenti membiak. Lama kelamaan ia juga akan mati. Tidak seperti sel-sel normal, sel-sel kanser terus membiak dan membahagi hingga tidak terkawal dan tidak mati. Sel-sel kanser biasanya berkumpul atau berkelompok lalu membentuk tumor.

Tumor yang sedang berkembang menjadi benjolan sel-sel kanser yang boleh memusnahkan sel-sel normal disekitar tumor dan memusnahkan tisu-tisu tubuh yang sihat.Ini membuatkan seseorang itu jatuh sakit.

Kadang kala sel-sel kanser memecah daripada tumor asal dan bergerak ke bahagian lain tubuh, di mana ia terus membiak dan membentuk tumor baru. Beginilah caranya kanser merebak. Perebakan tumor ke tempat baru dalam tubuh dikenali sebagai metastasis.
Penghidap kanser ada kalanya berasa sakit tetapi masih mampu melakukan perkara-perkara yang biasa dilakukan. Kecuali mereka terasa amat sakit.

Sel KANSER dalam tubuh anda?

Setiap orang dari kita mempunyai sel kanser di dalam tubuh masing-masing. Sel ini tidak dapat dikesan dalam ujian biasa sehingga ianya membiak ke jumlah beberapa ribu juta. Ianya hanya akan dikesan apabila telah membesar ke satu saiz yang mampu dikesan.

Disenaraikan maklumat penting agar kita dapat mengambil langkah pencegahan:

  1. Seseorang akan mendapat sel kanser sebanyak 6 hingga 10 kali didalam hayatnya.
  2. Sistem imun yang sihat akan memusnah dan menghalang sel kanser dari membiak dan membentuk tumor.
  3. Kanser mungkin disebabkan oleh kekurangan zat makanan, alam sekitar, gaya hidup, makanan dan genetik.
  4. Perubahan diet dan mengambil pemakanan tambahan yang sesuai boleh mengekalkan kesihatan sistem imun.
  5. Rawatan kemoterapi memusnahkan sel kanser, tetapi dalam masa yang sama ia turut memusnahkan sel tubuh yang sihat. Begitu juga dengan rawatan radiasi.
  6. Untuk membiak, sel kanser memerlukan makanan yang diperolehi melalui:
    • Pengambilan gula; dengan mengurangkan pengambilan gula, ianya dapat memutuskan bekalan makanan kepada sel kanser. Pemanis tiruan bukan pengganti yang baik. Pengganti yang lebih baik ialah madu asli.
    • Garam halus; bahan kimia digunakan untuk membuat ia kelihatan putih, baik untuk sel kanser. Bertukar kepada garam laut atau garam bukit.
    • Susu membuat tubuh menghasilkan mukus/lendir terutamanya di trek usus perut. Sel kanser memakan mukus. Bertukarlah kepada susu soya tanpa gula.
    • Sel kanser subur dalam persekitaran berasid. Makanan berasaskan daging adalah berasid. Lebih baik untuk memakan ikan atau sedikit ayam. Daging juga mengandungi antibiotik, hormon pembiakan dan parasit yang membahayakan terutamanya kepada pesakit kanser.

Pantang larang pesakit kanser

  • Produk tenusu seperti keju, susu segar, mentega dan lain-lain
  • Seafood : seperti Gamat, Ketam, Sotong dan Udang (makan ini dapat menyubur kan sel kanser terutama gamat )
  • Minuman : Kopi, teh, minuman bercoklat ( Ini akan membuat sel kanser lebih cepat merebak)
  • Makanan seperti Daging merah wajib di elakan terutama Daging Lembu, Kambing, Unta , Rusa dan Khinzir.
  • Sayur dan Buah-buahan “bergetah dan berangin” seperti Nangka, Cempedak, Sukun dan kundur ( Menyebabkan Kesakitan dan berdenyut ).
  • Jangan memakan sebarang jenis Ikan yang mempunyai sisik yang banyak, seperti Ikan haruan, Ikan Merah, Ikan Gelama, dan sebarang jenis ikan yang bersisik. Contoh Ikan yang tidak bersisik yang boleh di makan, seperti Ikan tongkol, Ikan Yu, Ikan Salomon, Ikan kembung, Ikan Keli, Ikan patin dan Lain-lain ( Ikan yang tidak mempunyai sisik dan berada di laut yang dalam di percayai mempunyai kandungan Omega 3 yang sangat tinggi, Omega merupakan makanan anti kanser)
  • Makanan segera dan sebarang produk dalam tin : Seperti Ikan sardin, buah laici dan jagung dalam tin, minuman bergas serta sebarang produk yang mangandungi bahan pengawit.
  • Makanan berjeruk, ikan masin, telor masin, budu, belacan tidak digalakan untuk dimakan
  • Begitu juga makanan yang di panggang dan di bakar seperti sate, ikan bakar, daging bakar, ikan panggang dan lain-lain harus di elakan keranan makanan tersebut mengandungi kandungan karbon yang tinggi.

Jantung merupakan organ penting manusia.Ia berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan. Makanan yang mengandungi Omega 3 adalah salah satu makanan terbaik untuk jantung kita. Berikut 10 makanan yang baik supaya jantung sihat.

Makanan Beroat
Mulakan hari anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya asid lemak omega-3, folat dan kalium. Selain itu,ia kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.

Salmon
Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon seminggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus.“Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida kuat,” menurut Stephen T. Sinatra, MD, penulis Lower Your Blood Pressure In Eight Weeks, health.com.

Avocado
Menambah lemak sihat ke dalam diet anda. Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh.

Minyak zaitun
Minyak zaitun kaya akan lemak tunggal tidak tepu.Ia adalah pengganti baik bagi mentega.

Kekacang
Kacang-kacang seperti walnut dan almond .

Berries
Blueberries, raspberries, strawberi dan jenis beri lainnya kaya anti radangan.Berfungsi mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser.

Kacang peas
Tambah pengambilan kacang peas, seperti kacang merah dan kacang hitam.

Bayam
Bayam kaya akan berbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.

Biji rami (linseed)
Biji rami kaya dengan serat dan omega-6.Pengambilan biji rami dicampurkan dengan oatmeal.

Kacang Soya
Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol karena rendah lemak.

 

Semoga dengan tip-tip ringkas ini dapat memberi panduan berguna menjaga kesihatan diri kita.

Disusun dan disediakan:
Nithyawathi A/P Batumalai
Penolong Pegawai Penyediaan Makanan
Unit Sajian, Hospital Kuala Penyu

APA ITU FLORIDA?

rat poison

Fluorida merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Fluorida merupakan racun tersembunyi (seperti sianida) yang memudaratkan, bertoksik dan mampu berkumpul sungguhpun hanya sedikit ditelan.

MENGAPA FLUORIDA BERBAHAYA?

Pentadbiran Makanan & Ubatan Amerika (FDA) menganggap fluorida sebagai “ubat baru yang tidak diluluskan” kerana tidak ada bukti mengenai keselamatan mahupun keberkesanannya. Sesetengah kumpulan berkepentingan awam seperti Akademi Antarabangsa Bagi Ubatan, Makanan & Toksikologi (pertubuhan bukan kerajaan Kanada yang membiayai penyelidikan mengenai bahan bertoksik yang digunakan dalam pergigian) telah mengkelaskan fluorida sebagai “ubat untuk pergigian yang tidak diluluskan” disebabkan kadar keracunannya tinggi. Satu tinjauan yang dijalankan pada tahun 1997 dengan bantuan pengeluar ubat gigi dan Persatuan Pergigian Amerika Syarikat mendapati purata orang yang memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida walaupun sedikit (1 gram) mengikut sukatan yang disarankan, menelan antara 0.3-0.4 mg fluorida setiap kali memberus gigi. Ini bermakna anda menerima hampir separuh daripada kadar harian fluorida yang diterima cuma dengan memberus sekali sehari, tanpa membabitkan sumber lain.

MENGAPA KITA TIDAK MEMERLUKAN FLUORIDA PADA UBAT GIGI?

Dos fluorida harian yang diterima melalui pemakanan sudah mencukupi keperluan seseorang. Pihak berkuasa di Malaysia telah menambahkan fluorida kedalam sistem bekalan pengairan dan oleh sebab yang demikian, setiap titis air dalam bentuk teh, kopi, minuman berais dan sebagainya menyumbang kepada penambahan fluorida sedia ada. Makanan harian seperti sayuran juga terdedah kepada fluorida melalui racun serangga dan lain-lain. Fluorida juga terdapat pada tulang ikan seperti ikan bilis dan sardin. Sebagai rumusan, makanan lazim harian telah membekalkan sumber fluorida yang mencukupi untuk keperluan kita. Oleh sebab yang demikian, kita tidak lagi memerlukan tambahan fluorida melalui ubat gigi atau ubat kumur dan ini akan mendatangkan kemudaratan terhadap kesihatan seseorang itu.

KES MAHKAMAH

Kesan-kesan buruk fluorida pada masa lalu pernah dibawa ke mahkamah. Apa yang dipercayai merupakan yang pertama. Colgate-Palmolive membayar pampasan sebanyak £1,000 (kini dianggarkan kira-kira RM 6,000) kepada keluarga seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Essex, England yang menderitai masalah “Dental Fluorosis” (enamel kotor dan berkarat), iaitu antara tanda pertama keracunan fluorida.

PENYELIDIKAN AWAM

Penyelidikan yang dijalankan pada pertengahan tahun 90-an oleh bekas ketua bahagian kimia Institut Penyelidikan Kanser Kebangsaan Amerika, mendapati kira-kira 10,000 kematian akibat kanser yang dikaitkan dengan penggunaan fluorida berlaku setiap tahun di Amerika Syarikat. Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat bagi Program Toksikologi Kebangsaan (NTP) pada tahun 1990-1991 menunjukkan kecenderungan peningkatan dalam osteosarkoma (salah satu kanser peringkat awal yang menyerang kanak-kanak) dalam tikus jantan yang diberikan fluorida. Menurut NTP, fluorida berkemungkinan bahan penyebab kanser kepada manusia.

AMARAN & PANDUAN

Pada tahun 1997, FDA telah menetapkan setiap Ubat gigi berfluorida yang dijual di Amerika Syarikat perlu meletakkan tanda amaran racun/bahaya:

WARNING: KEEP OUT OF REACH OF CHILDREN UNDER 6 YEARS OF AGE. IF YOU ACCIDENTALLY SWALLOW MORE THAN USED FOR BRUSHING, SEEK PROFESSIONAL HELP OR CONTACT A POISON CONTROL CENTER IMMEDIATELY.”
AMARAN: JAUHKAN DARI KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KEBAWAH, SEKIRANYA TERTELAN MELEBIHI DOS YANG DITETAPKAN, SILA DAPATKAN RAWATAN PAKAR ATAU HUBUNGI PUSAT KAWALAN RACUN DENGAN SEGERA

FLUORIDA MAMPU MENYEBABKAN:

  • Kematian
  • Kanser
  • Ruam Kulit
  • Luka Kanser
  • Kelunturan Warna Gigi
  • Masalah Gastrik
  • Penyebab atau Membantu Menyebabkan Kerapuhan Tulang
  • Keracunan Saraf
  • Kanser Tulang
  • Keretakan Tulang
  • Membantu Menyebabkan Kekurangan IQ di Kalangan Kanak-kanak
  • Meransang Masalah Buah Pinggang di Kalangan Pesakit

BAHAYA KEPADA KANAK-KANAK?

SEMESTINYA! Memandangkan fluorida mampu meresap menerusi gusi dan kanak-kanak di bawah usia 7 tahun yang menelan 50% daripada ubat gigi ketika memberusnya (mengikut kajian), dan memandangkan fluorida turut terkandung dalam air dan pelbagai produk lain (seperti ubat kumur), kita terus terdedah kepada risiko kanser apabila memakai ubat gigi berfluorida

BAHAYA FLUORIDA YANG DISEMBUNYIKAN

Dr.William Marcus, bekas ketua di toksikologi bahagian air minum EPA dipecat dari pekerjaannya pada tahun 1991, setelah bertindak memaklumkan bahawa fluorida berpotensi secara perlahan-lahan atau beransur-ansur menyebabkan Kanser,ini tidak dapat dinafikan lagi. Marcus membawa kes ini ke mahkamah dan berjaya membuktikan bahawa pemecatannya bermotifkan politik dan akhirnya ia kembali bertugas semula di jabatannya. Sekarang Marcus tidak mahu lagi memberi komen tentang episod ini dan ia hanya menyatakan..”penilaian saya tentang flourida berkeupayaan menukarkan sel normal menjadi sel kanser tidak tepat”.

Dan kita dapat membuat kesimpulan bahawa para ilmuwan kerajaan di paksa mengubah penemuan mereka dan menggambarkan fluorida dengan bahasa yang lebih halus. Media juga tidak memaparkan masalah ini pada umum padahal bahaya fluorida luar biasa. kandungan fluorida yang terdapat dalam ubat gigi kita boleh membunuh kanak – kanak.

Ada 3 bahan dalam ubat gigi yang dikategorikan berbahaya. Fluorida berbahaya jika tertelan, Sorbitol dan Sodium Lauryl Sulfat boleh mengakibatkan cerit berit, terutama pada kanak-kanak. Mulai 7 April 1997, FDA menetapkan semua ubat gigi dan juga produk yang mengandungi fluorida yang dijual di AS harus di mempunyai label Amaran racun /berbahaya.

Setiap kali anda menggosok gigi, sisa industri ini yang dimuatkan dalam ubat gigi akan meresap masuk ke dalam sistem peredaran darah anda menerusi lapisan dalam mulut yang diberi nama buccal Mucosa Jika satu sudu teh ubat gigi berfluorida boleh membunuh kanak – kanak, bagaimana pula kesan jangka panjang fluorida ubat gigi yang masuk ke tubuh kita??

FAKTA-FAKTA KESAN SAMPINGAN FLUORIDA

Fluorida di gunakan untuk mengawal perilaku dan suasana hati manusia. Tidak banyak diketahui (kerana dirahsiakan), sebatian fluorida yang di tambahkan ke air minum tahanan/banduan akan membuat mereka akur dan tidak membantah terhadap pegawai yang bertugas. Hal ini di manfaatkan dengan baik di kem-kem tahanan Nazi pada perang dunia ke-2 dan juga digunakan Gaulag Soviet di Siberia.

Fluorida dapat mencegah kerosakan (gigi dan tulang) manusia sangat kecil ataupun mungkin tiada sama sekali. pada tahun 1990,Dr.Jhon colquhoun di paksa bersara kerana kenyataannya, kini beliau berada di Selendia Baru (Indonesia) berdasarkan kajiannya terhadap 60 ribu orang murid sekolah dan beliau tidak menemui perbezaan kerosakan gigi di antara yang menggunakan fluorida dengan yang tidak. Malahan beliau mendapati wujud enamel kotor dan berkarat pada kanak- kanak menggunakan (fluorida) Lalu, apa salah doktor ini?sudah tentu kerana ia mengizinkan kajiannya ini diketahui umum.”Fluorida adalah kes kekacauan ilmiah terbesar abad ini,” kata Robert Carlton,Ph.D., bekas ilmuwan AS yang bekerja di bawah EPA (Environmental Protection Agency –Agensi Perlindungan Alam Sekitar) di Canadian Broadcast Company, 24 November 1992.

Gambar sekadar hiasan. Berhati-hatilah semasa menjamu selera/menggunakan produk.

  • Jika anda makan satay... .jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu?? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen
     
  • Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C !!  Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.
     
  • Cuba yang ni... ..bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh" (babi). Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan Coke ( minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu? dan tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari sana.Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore"
     
  • Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo. Balik rumah dan pergi periksa. ukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. hampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; Vo 5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. 

    Balik pergi lah belek sendiri kandungannya. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. 

    Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, " Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak. Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

  • Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koay teow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax keatas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. 

    Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. 

    Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. 

    Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai "makan untuk mendapat barah" Kalau istilah James Bond = Licence to kill!

  • Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Nomophobia (Di UK dikenali T-Mobophobia) adalah penyakit ketakutan tanpa telefon bimbit.

Istilah nomophobia adalah singkatan untuk "no-mobile-phone phobia".

Kajian mendapati bahawa hampir 85% daripada pengguna telefon mudah alih di Great Britain cenderung untuk menjadi cemas apabila mereka kehilangan telefon mudah alih mereka, kehabisan bateri atau kredit, atau tidak mempunyai liputan rangkaian.

Kajian mendapati bahawa kira-kira 20% lelaki dan 98% wanita menderita daripada fobia ini, dan tambahan 95% berasa tertekan apabila telefon bimbit mereka ditutup. Kajian sampel 252,163 orang, 83% daripada mereka yang disoal selidik sentiasa berhubung dengan rakan-rakan atau keluarga sebagai sebab utama bahawa mereka cemas apabila mereka tidak dapat menggunakan telefon bimbit mereka. Kajian tahap stres kes nomophobia adalah setanding dengan orang-orang yang "kegelisahan hari perkahwinan" dan lawatan ke doktor gigi. Sepuluh peratus daripada mereka yang disoal berkata mereka perlu agar sentiasa boleh dihubungi pada setiap masa kerana kerja.

Lebih daripada satu dalam dua orang pengidap nomophobia tidak pernah mematikan telefon bimbit mereka.

Bagi pengidap nomophobia, untuk keluar rumah tanpa telefon bimbit di tangan adalah penyeksaan yang sebenar, kekurangan kuasa bateri atau isyarat telco yang lemah bagaikan mimpi buruk.

Pengidap nomophobia secara berkala akan memeriksa untuk melihat jika telefon bimbit mereka dihidupkan dan memastikan telefon mereka berfungsi dengan betul.

Nomophobia adalah penyakit fobia di zaman moden hari ini yang setiap hari semakin meningkat dan lebih ramai pengidap yang ketagih dengan telefon bimbit mereka dan ketakutan yang tidak pernah berlaku sebelum ini mereka tidak dapat berinteraksi dengan kenalan.

Adakah anda mempunyai nomophobia?