Username *
Password *
Remember Me

Baru balik kerja? Sibuk kan nak cari duit untuk bayar rumah, kereta dan macam-macam lagi? Ye la, saham dunia kena cari, bukan jatuh dari langit! Tapi, saham akhirat macam mana pulak? Dengan solat, sedekah, zakat, puasa semua tu korang yakin cukup ke pahala nak di bawa ke akhirat nanti?

Haa, kali ni admin nak share perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk dapat pahala ‘extra’ di akhirat kelak. Senang je untuk korang semua amalkan!

1. Menyampaikan ilmu yang bermanfaat

Jika kita menyampaikan ilmu yang diperolehi kepada orang lain, ilmu itu berguna kepada mereka dan jika mereka mengamalkan ilmu tu, kita akan dapat pahala sehingga kita mati. Senang je tau nak collect pahala ni sebenarnya. Yang penting kena ikhlas dengan semua perkara yang dilakukan termasuklah menuntut dan tidak lokek memberi ilmu kepada orang lain. Saling tolong-menolong itu kan bagus!

2. Anak soleh dan solehah

Bila kita ada anak yang soleh dan solehah, insya-Allah anak-anak kita akan sentiasa mendoakan kita dan menjaga silaturahim dengan keluarga. Perkara ini juga adalah salah satu kunci untuk mendapatkan pahala dan saham extra untuk di bawa ke akhirat kelak tau. Jadi, didiklah anak kita sebaik mungkin, insya-Allah pahala kita akan melimpah ruah nanti!

3. Bersedekah – tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima

Antara sedekah yang korang boleh mula buat hari ini adalah sedekah senyuman, menyelesaikan masalah orang lain, membuang atau mengalihkan sesuatu yang telah menghalang laluan dan sebagainya. Sebab sedekah bukanlah semata-mata wang atau harta ye. Perbuatan yang baik juga dikira sebagai sedekah.

Oh ya, sedekah jariah pula dapat memberi pahala berterusan walaupun setelah seseorang itu meninggal dunia, contohnya amalan BERWAKAF.

Hari ini, NASA mengumumkan butiran misi yang akan menjelajah ke dalam korona matahari. Nicola Fox, Saintis Projek Misi ini di Parker Solar Probe Mission, Makmal Fizik Gunaan Universiti Johns Hopkins mendedahkan misi siasatan ini kepada orang ramai : untuk menyentuh, mengukur, dan menganalisis atmosfera matahari kita.

Dengan menghantar kapal angkasa robot Parker Solar Probe (sebelum ini dikenali NASA Solar Probe, Solar Probe Plus, atau Solar Probe+) ke dalam korona matahari, NASA berharap dapat menjawab persoalan seperti: Mengapa korona, lapisan teratas atmosfera matahari (boleh dilihat hanya semasa gerhana matahari), lebih panas daripada permukaan? Dan mengapa atmosfera menjadi begitu bertenaga, bertukar menjadi angin solar? NASA berharap dengan memahami isu-isu ini akan membantu kita lebih memahami angin solar dan bagaimana ia memberi kesan kepada Bumi.

Misi Parker Solar Probe yang dijadual akan dilancarkan pada 2018 di atas roket Delta IV Heavy, menggunakan peringkat ketiga kerana kelajuan tinggi kapal angkasa diperlukan untuk perjalanan - kira-kira 118 batu sesaat. Ia akan menggunakan flybys (penerbangan melepasi titik, terutamanya pendekatan dekat kapal angkasa ke planet atau bulan untuk pemerhatian) Zuhrah (Venus) sepanjang tujuh tahun dan 24 orbit untuk bantuan graviti untuk lebih dekat dengan matahari. Matlamat akhir adalah untuk menjadi kira-kira 4 juta batu dari Matahari.

Seperti yang anda boleh bayangkan, pelindung haba untuk misi ini akan meliputi keseluruhannya kerana misi ini adalah tujuh kali lebih dekat dengan matahari daripada apa-apa misi sebelumnya. Sebab itulah misi itu telah mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan - bahan yang diperlukan terpaksa dicipta terlebih dahulu. Perisai haba telah dibangunkan menggunakan komposit karbon-karbon dan akan diperlukan untuk menahan suhu yang melampau - dari haba korona, yang boleh mencapai sehingga 2,500 darjah F bersamaan 1371.111 darjah C. Pasukan itu juga mereka bentuk panel solar yang boleh mengayun ke dalam dan keluar dari kapal angkasa, bergantung kepada jarak dari matahari.

NASA masih mempunyai beberapa kerja yang perlu dilakukan untuk menguji Parker Solar Probe sebelum ia bersedia untuk pergi melaksanakan misi di matahari.

Source: Parker Solar Probe, NASA

RAJA SAUDI ARABIA “FAISAL BIN ABDUL AZIZ”

Faisal ibn Abdul Aziz Al Sa’ud (1906 - 25 Mac 1975) adalah Raja Arab Saudi dari tahun 1964 hingga tahun 1975. Raja Faisal lahir di Riyadh pada tahun 1906 dan merupakan anak keempat Raja Abdul Aziz Al Sa'ud.

Beliau hafal 30 juzu' Al-Quran pada usia 16 tahun, menjadi panglima perang pada usia 19 tahun, memimpin timur tengah untuk melawan Israel (tidak dilakukan oleh raja Saudi lainnya), satu-satunya pemimpin Arab yang berani menyekat minyak bumi ke Amerika Serikat dan Nato.

Raja Faisal dikenali sebagai pemimpin yang soleh dan sangat mengambil berat soal kesejahteraan rakyatnya. Beliau menghapuskan penghambaan di Arab Saudi dengan membeli dan memerdekakan hamba-hamba tersebut dengan wang peribadinya. Raja Faisal juga melakukan penyederhanaan gaya hidup keluarga diraja serta melakukan penjimatan wang kerajaan dengan menarik 500 kereta mewah Cadillac milik istana, dana dari hasil program diatas salah satunya terlaksana pada pembangunan telaga besar hingga sedalam 1,200 meter sebagai tambahan sumber air rakyat untuk dialirkan di atas tanah-tanah tandus di Semenanjung Arab.

Dalam seruan khutbah Jihadnya melawan Israel, Raja Faisal berdoa dihadapan khalayak agar Allah menetapkan kematiannya diterima Allah sebagai orang yang terbunuh dijalanNya (Syuhada). Doanya dimakbulkan Allah. Beliau dibunuh konspirasi melalui tangan anak saudaranya sendiri yang baru pulang dari Amerika kerana Raja Faisal menolak keinginan Presiden AS Ricard Nixon agar menghentikan Sekatan Minyak Saudi pada Amerika Syarikat & Nato.

 

PERDANA MENTERI PALESTINA “ISMAIL HANIYA”

Ismail Haniya lahir pada Januari 1963 adalah pemimpin politik utama kumpulan/parti Hamas dan Perdana Menteri Semenanjung Gaza yang terkini dan pertama.

Selepas Hamas merampas Gaza daripada Fatah pada 14 Jun 2007, beliau telah dipecat oleh Presiden Mahmoud Abbas. Sebenarnya Mahmoud Abbbas selaku Presiden Palestin, tiada ada kuasa membubarkan kabinet Ismail Haniya. Oleh kerana itu Ismail Haniya menolak pembubaran dan pemecatan itu kerana tidak perlembagaan.

Beliau adalah seorang Perdana Menteri yang hafal 30 juzuk Al-Quran, bahkan anaknya yang bernama Aid berhasil menyempurnakan hafalan Al Quran dalam 35 hari dan memperoleh gelar mumtaz (sempurna). Ismail Haniya memiliki sanad hafalan yang tersambung ke Rasulullah SAW dan hampir setiap Jumaat beliau berdakwah kepada rakyatnya di berbagai masjid di Palestin. Subhanallah..

Dan dalam sebuah artikel berita, beliau adalah seorang Imam solat terawih di bulan Ramadhan yang selalu dinanti kehadirannya oleh banyak jemaah ketika beliau menjadi Imam Solat Terawih.

 

PRESIDEN MESIR “Dr. MOHAMMAD MURSI”

Muhammad Mursi Isa al-Ayyat merupakan Presiden Mesir pertama yang hafal Al Quran. Ketua keluarga yang patut dicontoh, prestasinya di bidang akademik, ilmu keagamaan dan organisasi tidak diragukan lagi.

Keberanian menegakkan kebenaran dibuktikan dengan merasai pahitnya penjara di masa Rezim Mubarak berkuasa, bahkan keluarganya turut menjadi sasaran penangkapan. Anaknya Dr. Ahmad juga pernah dipenjara.

Dr. Muhammad Mursi adalah seorang Hafiz iaitu hafal Al Quran 30 Juzuk, tidak hanya dirinya yang Hafiz, bahkan seluruh keluarganya iaitu isteri dan lima orang anaknya semuanya telah hafal Al Quran.

 

P/S : 

 

Sebuah asteroid dikatakan bakal mendekati bumi pada pertengahan Februari ini. Asteroid dianggarkan bersaiz kecil itu dikenali sebagai 2012DA14 dijangka mendekati Bumi pada 15 Februari ini.

Ahli Astronomi berpendapat asteroid itu akan berada dalam orbit bulan sekitar 38,6243 kilometer (km) dan dalam orbit satelit Geosynchronous sejauh 418,429 km.

Asteroid 2012 DA14 mendekat pada jarak 35,000 km dari bumi. Perhitungan astronomi dari orbit asteroid dapat dipercayai berdasarkan rekod kejayaan puluhan tahun ketika Neil Amstrong menjadi manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan 20 Julai 1969.

Tetapi apa yang akan berlaku ketika 2012DA14 mendekati bumi? Jawapannya adalah ‘mungkin tidak terjadi apa-apa’.

Kebanyakan orang tidak akan melihat atau menyedarinya kerana kehadiran asteroid tersebut tidak mengubah pusingan pasang surut air laut, ia juga tidak menyebabkan gunung berapi.

Ketika kehadiran asteroid itu, pakar astrologi akan mengukur jarak tepat kedudukan bintang dan bulan dengan teleskop mikro.

Andainya asteroid itu bersaiz 46 meter dan memintas bumi, ia masih tidak boleh menghancurkan bumi, tetapi kejadian itu akan meninggalkan kesan seperti kawah di kawasan ia mendarat.

Peristiwa itu pernah terjadi pada 1908 di daerah terpencil di Rusia, di mana satu ledakan asteroid telah meratakan sebuah kawasan di situ hingga membentuk sebuah kawah dan melenyapkan pokok dan haiwan yang terdapat di situ.

Mungkin sekiranya 2012 DA14 mendarat ke bumi kejadian sama dijangka berlaku. Ahli astrologi juga mengharapkan asteroid itu mendarat di laut dan bukannya di kawasan pembangunan kerana dikhuatiri binaan akan musnah sama seperti pokok dan haiwan yang lenyap ketika kejadian di Rusia.

Ahli astronomi di Observatorio Astronomico de La Sagra di Spanyol menemui 2012 DA14 pada awal 2012. Ia menyerupai bumi dan pusingan orbitnya juga menyamai pergerakan bumi iaitu mengelilingi matahari.

Pastinya, Asteroid 2012 DA14 akan menghampiri bumi pada 15 Februari 2013. perkara ini bakal mendapat perhatian orang ramai. – Earthsky.org

Apa itu asteroid?

Asteroid ialah planet minor atau planetoid. Ia berukuran lebih kecil daripada planet, tetapi lebih besar daripada meteoroid dan selalu berada dalam orbit planet Neptunus. Asteroid berbeza dengan komet dari struktur visualnya. Komet mempunyai ‘ekor’ sementara asteroid hanya berbentuk seperti ketulan batu.