Username *
Password *
Remember Me
Items filtered by date: Wednesday, 20 September 2017

“Taknak melabur dari dulu, kalau tak duit korang dah banyak macam aku. Boleh beli rumah, kereta”

Tu lah korang, bila nampak duit orang lain banyak, belanja sana sini terus buruk sangka kata orang tu main nombor, pinjam ‘ah long’ dan macam-macam lagi. Padahal, taraf gaji korang sama je. Tapi, kenapa diorang macam ‘kaya cepat’? Rasanya baru kerja beberapa tahun? Haa, jawapannya dengan melabur lah!

Korang tau tak melabur pada abad ke-21 sekarang ni tak kira umur? Seawal umur 18 tahun, sesiapa pun boleh melabur walaupun sikit, lama-lama jadi bukit. Jangan fikir melabur satu bebanan tapi ada manfaat contohnya meningkatkan tahap kewangan kepada lebih stabil. Nak tau apa lagi kebaikan pelaburan? Jom kita check out 5 sebab-sebab ni!

1. Boleh travel dengan hasil dividen dari pelaburan! Jimat duit korang!

Waktu ni paling sesuai untuk ‘pleasure‘ diri korang tu. Bila dah melabur banyak, mesti dividen terkumpul pun menggunung! Wah! Apa kata guna hasil dividen tu sikit untuk pergi bercuti bagi menenangkan fikiran tanpa usik duit sedia ada korang. Gunakan hasil dividen buat beli tiket, makan, tempat tinggal dan macam-macam lagi. Lagi untung kalau dividen korang banyak, boleh cover satu family! Syoknya!

2. Buat pelaburan bijak, cukup duit boleh kahwin!

Lately ramai netizen share tips kumpul duit cepat untuk kegunaan kahwin. Rata-ratanya dengan cara melabur. See! Sekarang korang nampak kan melabur bukan satu perkara baru? Dengan melabur, korang boleh jana duit dengan cepat dan banyak. Makin jadi trend kot!

Ajak bakal isteri atau suami korang melabur sekali, dapat jimat banyak untuk belanja perkahwinan dan paling best tak pakai duit mak bapak! Silap haribulan, boleh cover hampir semua perbelanjaan, kan jimat tu!

3. Untuk kegunaan kecemasan. Siapa tahu kan?

Takde siapa boleh agak apa akan jadi pada masa depan kan? Tiba-tiba korang sesak duit, banyak masalah, lepastu kena berhenti kerja, anak sakit dan macam-macam lagi. Pening kepala bila semua tu nak pakai duit…

Tapi, kalau korang melabur sejak beberapa tahun dulu, confirm dah banyak simpanan korang dan dividen pun makin naik. Boleh guna duit-duit tu bila waktu kecemasan macam ni! Jadi, start melabur sekarang!

4. Demi masa depan anda dan orang tersayang!

Berbalik kepada niat, pastikan korang tetapkan niat melabur tu untuk apa sebenarnya. Sama ada untuk beli rumah, kahwin, simpanan dan kegunaan masa depan korang atau yang tersayang. Agak-agak korang atau anak nak sambung belajar, boleh guna hasil simpanan dan dividen. Takde la meminjam duit orang!

Kalau korang tak keluarkan simpanan dan dividen sampai tua, mesti dah terkumpul banyak. Boleh pakai waktu korang dah tua dan bersara nanti. Siapa nak bagi korang duit bila dah tak kerja? Jadi, manfaatkan pelaburan korang sebaiknya!

5. Kawal nafsu berbelanja korang. Kalau tidak, tiap minggu shopping!

Bila melabur awal, secara tak langsung korang boleh mengawal tabiat berbelanja supaya lebih berdisiplin dan tidak menghabiskan duit gaji di awal bulan. Sebab apa, korang akan fokus bajet dan mula memotong kos bila perlu je. Bila dah ada komitmen, bajet shopping korang tu boleh ditukar kepada pelaburan. Hasilnya, korang akan dapat lebih duit dengan menyimpan!

[ Sumber 8Share ]

Published in Info Semasa