Username *
Password *
Remember Me
Super User

Super User

Owner Alkhudhri.com | kedaitopup1malaysia.blogspot.my | maribeli.com.my

Tahun 2018 bakal menjelang tidak lama lagi. Sebagai rujukan, berikut dikongsikan Kalendar 2018 berformat PDF yang mengandungi tarikh-tarikh penting pada setiap bulan pada tahun 2018 seperti cuti umum atau hari kelepasan am persekutuan dan negeri, cuti sekolah dan sebagainya.

Kalendar merupakan bahan penting bagi seseorang, tidak kira ia bekerja sebagai apa, sama ada guru, doktor, jururawat atau pun buruh. Kalendar 2018 ini boleh dibuat rujukan dalam merancang percutian atau aktiviti keluarga termasuk majlis perkahwinan, pertunangan, kenduri, himpunan keluarga / family gathering dan banyak lagi. Juga sesuai dipadankan dengan tarikh pembayaran BRIM dan jadual gaji 2018.

Kalendar Tahun 2018 boleh dimuat turun di https://maribeli.com.my/v1/kalendar-2018 atau di http://blog.alkhudhri.com/index.php/muat-turun/category/3-cenderahati

Sekiranya ada ralat di dalam Kalendar tersebut bolehlah dimaklumkan.

Jangan tengok saja.. Silakan kongsi dengan rakan-rakan anda.

Perkongsian dan Pendedahan Maklumat

Pihak kami mungkin mengutip maklumat peribadi anda apabila anda mendaftar sebagai pelanggan, penyumbang atau pengarang di laman web kami. Maklumat peribadi anda hamya digunakan untuk tujuan berikut :

  • analitik
  • makluman sebarang perubahan dalam laman web
  • hebahan berkenaan post terbaru
  • menghantar email tawaran atau promosi jika ada
  • kegunaan khidmat bantuan

Pihak kami tidak akan menyebarkan maklumat peribadi anda kepada mana-mana pihak atau agensi awam. Pihak kami hanya akan berkongsi maklumat berkenaan kepada mana-mana pihak atau agensi awam apabila :

  • mendapat kebenaran berbuat demikian
  • dikehendaki berbuat demikian atas perintah mahkamah atau proses undang-undang
  • mendapati tindakan anda melanggar mana-mana garis panduan penggunaan, peraturan atau terma dan syarat

 

Cookie

Secara amnya, laman web kami menggunakan cookie untuk tujuan berikut : 

  • google analitik
  • mengakses maklumat pengunjung bagi memberikan paparan dan rekabentuk laman web yang lebih sesuai
  • menganggar dan melaporkan jumlah saiz dan lalu lintas
  • menjalankan penyelidikan untuk memperbaiki kandungan dan perkhidmatan laman web

 

Pautan Kepada Laman Web Yang Lain

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web yang lain. Polisi privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai polisi privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami polisi privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

 

Pihak kami faham bahawa Polisi Privasi merupakan perkara penting dan memandang serius ke atas privasi anda. Kami sentiasa mengemaskini polisi ini dan mengalu-alukan sebarang cadangan atau persoalan berkaitan dengan polisi privasi ini dan boleh diemailkan terus kepada:

Alkhudhri.com,
Malaysia
alkhudhri296a[at]gmail[dot]com

Flash : What are your superpowers again?
Batman : I'm rich

Superman : How did you get the house from the bank?
Batman : I bought the bank. All of it.

Moral of the story

Tak perlu kuasa sehebat Superman
Tak perlu kuasa selaju cahaya seperti Flash
Untuk menjadi Hero, jadilah kaya seperti Batman

Cukup dengan ada duit dah boleh jadi Hero
Sedekah, Zakat, Infaq di Jalan Allah
Jadilah anda seorang Hero di kalangan masyarakat
Kaya harta
Kaya jiwa

Elakkan jadi orang kaya seperti Lex Luthor
Kaya tapi kejam
Kaya tapi tak berperasaan
Rasuah, politik wang jadi mainan
Pengakhirannya di tirai besi
Dilaknat Tuhan

Jadilah Hero yang mulia
Hero di kalangan makhluk dunia
Hero juga di kalangan makhluk langit
Bahagia di dunia
Bahagia di akhirat

 

p/s : Ironman tak termasuk dalam senarai.. DC Only. :-P

TOPUP GIVEAWAY KEMBALI LAGI!

Syarat Syarat Penyertaan :

  1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia SAHAJA.
  2. Klik Link ni --> https://www.facebook.com/alkhudhri/posts/1484678438236144
  3. Hanya Like Post tersebut dan taip Done di bahagian komen untuk melayakkan anda mendapat 1 penyertaan TOPUP GIVEAWAY ni. Nama anda akan disenaraikan di dalam senarai undian.
  4. Tarikh dibuka sekarang sehingga 23 November 2017 11:59PM.
  5. Undian akan dibuat pada 24 November 2017 dan pemenang akan dimaklumkan.
  6. Seorang Pemenang untuk Satu Hadiah.

Tambahan Syarat (Tidak Wajib) :

Untuk mendapatkan lebih penyertaan (Nama anda akan disenarai lebih daripada 1 dalam senarai undian), anda boleh ikuti langkah berikut :

  1. Like FB Page @Alkhudhri (+1 Penyertaan)
  2. Follow instagram @Alkhudhrinet (+1 Penyertaan)
  3. Buat satu entri bertajuk "TOPUP GIVEAWAY By Alkhudhri" dan tinggalkan link anda di kotak ruangan komen dalam entri ini sahaja (+2 Penyertaan)

Senarai Hadiah :

  • Topup RM30 x 2 Orang
  • Topup RM10 x 4 Orang

Tarikh Penyertaan :

Sekarang Sehingga 23 November 2017 11:59PM

Jemput join dan selamat berjaya! :-)

Khas untuk anda yang mahu berniaga di Facebook!

KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH MELONJAKKAN JUALAN PRODUK ANDA DI FACEBOOK FANPAGE, DENGAN HANYA 8 LANGKAH!

Rahsia Tingkatkan Likes & Tingkatkan Jualan di Facebook Fanpage!.

Pada tahun 2017, sudah terdapat hampir 2 billion manusia di seluruh dunia yang menggunakan facebook! Manakala pengguna facebook di Malaysia pula, ianya kini sudah mencecah lebih dari 20 juta pengguna! Di mana, sebilangan besar penggunanya ialah mereka yang berumur 25 hingga 34 tahun.

Golongan ini adalah merupakan golongan yang mempunyai kuasa membeli yang sangat kuat! Mereka kebanyakkan sudah bekerja dan sudah mempunyai wang & akaun bank sendiri untuk berbelanja.

Jadi, adalah amat rugi jika anda tidak memasarkan produk anda menggunakan facebook!

POTENSI BESAR... TETAPI...

Walaupun di facebook terdapat pengguna yang sangat besar yang boleh anda sasarkan untuk menjual produk anda. Namun, secara realitinya, ramai yang masih gagal untuk memanfaatkan peluang tersebut. Ramai yang masih terpinga-pinga dan keliru tentang cara menggunakan facebook fanpage dengan berkesan untuk melonjakkan jualan mereka.

Antara masalah-masalah yang sering dihadapi adalah seperti..

  • TAK TAHU nak bina fanpage yang terbaik dan kelihatan profesional
  • TAK TAHU nak kumpul dan naikkan jumlah like agar fanpage nampak berkredibiliti
  • TAK TAHU nak buat post yang dapat menarik minat orang untuk membeli!
  • TAK TAHU cara buat iklan yang betul untuk mendapatan jualan dengan pantas!
  • TAK TAHU cara nak berinteraksi dan close sale dengan mudah apabila sudah ada prospek yang berminat dengan produk yang dijual!

Berikut adalah 8 langkah yang telah saya susun untuk melonjakkan jualan produk menggunakan facebook fanpage!

LANGKAH 1 : PRODUK - NAK JUAL APA?

LANGKAH 2 : PELANGGAN - NAK JUAL KEPADA SIAPA?

LANGKAH 3 : CARA BINA FANPAGE!

LANGKAH 4 : JANA LIKES

LANGKAH 5 : POST & ENGAGEMENT!

LANGKAH 6 : XXXXXX XXXXXX (Langkah Rahsia. Naikkan Like antara 10-100X ganda dari jumlah like sedia ada)

LANGKAH 7 : IKLAN & LETUP!

LANGKAH 8 : CONTACT, CLOSE & SHIP!

 

Itulah 8 langkah yang saya lakukan di dalam melonjakkan jualan saya dengan menggunakan facebook fanpage. Kesemua 8 langkah tersebut telah saya tuliskan secara terperinci dan jadikan ia sebuah ebook yang lengkap dengan harga RM50 SAHAJA.

tempah

 

OPSS!... SEKEJAP! SAYA ADA 3 BONUS EKSKLUSIF NAK BERI!

Jika anda lakukan tempahan sekarang, saya akan berikan anda 3 ebook tambahan secara PERCUMA! Ianya akan membantu anda faham lebih mendalam tentang strategi pemasaran di facebook. Berikut adalah bonus-bonus yang akan diberikan secara PERCUMA kepada anda ...

  • BONUS #1 - TEKNIK CLOSE SALE PANTAS DENGAN WHATSAPP

  • BONUS #2 - CUSTOMER AVATAR - TEKNIK HEADSHOT PELANGGAN

  • BONUS #3 - KAJIAN KES - RM0.03 PER LIKES!

 

Penulis :

Nigel Ong

Baru balik kerja? Sibuk kan nak cari duit untuk bayar rumah, kereta dan macam-macam lagi? Ye la, saham dunia kena cari, bukan jatuh dari langit! Tapi, saham akhirat macam mana pulak? Dengan solat, sedekah, zakat, puasa semua tu korang yakin cukup ke pahala nak di bawa ke akhirat nanti?

Haa, kali ni admin nak share perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk dapat pahala ‘extra’ di akhirat kelak. Senang je untuk korang semua amalkan!

1. Menyampaikan ilmu yang bermanfaat

Jika kita menyampaikan ilmu yang diperolehi kepada orang lain, ilmu itu berguna kepada mereka dan jika mereka mengamalkan ilmu tu, kita akan dapat pahala sehingga kita mati. Senang je tau nak collect pahala ni sebenarnya. Yang penting kena ikhlas dengan semua perkara yang dilakukan termasuklah menuntut dan tidak lokek memberi ilmu kepada orang lain. Saling tolong-menolong itu kan bagus!

2. Anak soleh dan solehah

Bila kita ada anak yang soleh dan solehah, insya-Allah anak-anak kita akan sentiasa mendoakan kita dan menjaga silaturahim dengan keluarga. Perkara ini juga adalah salah satu kunci untuk mendapatkan pahala dan saham extra untuk di bawa ke akhirat kelak tau. Jadi, didiklah anak kita sebaik mungkin, insya-Allah pahala kita akan melimpah ruah nanti!

3. Bersedekah – tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima

Antara sedekah yang korang boleh mula buat hari ini adalah sedekah senyuman, menyelesaikan masalah orang lain, membuang atau mengalihkan sesuatu yang telah menghalang laluan dan sebagainya. Sebab sedekah bukanlah semata-mata wang atau harta ye. Perbuatan yang baik juga dikira sebagai sedekah.

Oh ya, sedekah jariah pula dapat memberi pahala berterusan walaupun setelah seseorang itu meninggal dunia, contohnya amalan BERWAKAF.

Solat sunat dhuha adalah salah satu daripada amalan solat-solat sunat yang digalakkan untuk dilakukan. Ianya dipanggil solat dhuha kerana waktu untuk melakukan solat ini dikhususkan untuk dikerjakan pada waktu dhuha sahaja.

Daripada Abu Dzar R.A., Rasulullah SAW bersabda:

“Hendaklah masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.”

- Hadith riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud

Waktu Solat Dhuha

Pengiraan waktu dhuha mengikut kaedah astronomi adalah berdasarkan formula waktu Syuruk ditambah 1/3 perbezaan di antara waktu Syuruk dan waktu Subuh. Secara amnya, waktu dhuha akan bermula 28 minit selepas waktu Syuruk dan berakhir sejurus selepas masuknya waktu Zohor. Namun begitu, para ulama’ mengatakan bahawa waktu yang terbaik untuk mengerjakan solat dhuha adalah di dalam lingkungan jam 9:30 pagi.

 

Cara Solat Sunat Dhuha

 

Jumlah Rakaat

Solat sunat dhuha perlu dilakukan sebanyak 2 rakaat untuk setiap kali solat, dan ianya boleh dilakukan sehingga 6 kali solat (jumlah 12 rakaat) setiap hari.

 

Niat Solat Dhuha

Niat solat dhuha adalah seperti berikut:

Niat solat dhuha

Maksud: Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah ta’ala.

 

Bacaan Surah Di Dalam Solat

Tiada penetapan khas untuk pembacaan surah bagi solat ini. Namun begitu, pembacaan surah-surah tersebut amatlah digalakkan:

Rakaat Pertama | Surah As-Shams

surah as-shams

Rakaat Kedua | Surah Dhuha

surah ad-dhuha

Sekiranya anda ingin melakukan lebih daripada 2 rakaat, adalah disarankan untuk membaca Surah As-Shams & Surah Dhuha untuk 2 rakaat pertama, diikuti dengan Surah Al-Kafirun & Surah Al-Ikhlas untuk rakaat-rakaat seterusnya.

 

Bacaan Lain Di Dalam Solat & Bacaan Ketika Sujud

Bacaan-bacaan lain di dalam solat adalah sama seperti solat biasa. Namun begitu, sewaktu anda melakukan sujud terakhir, setelah selesai membacakan tasbih sujud biasa, sebelum duduk untuk tahiyat akhir, bacalah doa ini sebanyak 3 kali:

bacaan dalam sujud solat dhuha

Maksudnya: Berikanlah kepadaku, wahai Tuhan yang maha memberi akan ilmu dan hikmah dan murahanlah rezeki kepadaku, wahai Tuhan yang maha pemberi rezeki. Jadikanlah ia mudah bagiku.

 

Doa Selepas Solat Sunat Dhuha

Berikut adalah bacaan doa selepas solat dhuha:

doa solat dhuha

Maksudnya: Ya Allah, bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhaMu, kecantikan ialah kecantikanMu, keindahan ialah keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu, dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah. Jika ada di dalam bumi, keluarkanlah. Jika sukar, mudahkanlah. Jika haram, sucikanlah. Jika masih jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan. keindahan, kekuatan, dan kekuasaanMu, limpahkanlah kepadaku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

 

Fadhilat Dan Kelebihan Solat Dhuha

Banyak sekali keajaiban dan hikmah yang akan dirasai seseorang ketika melakukan solat sunat dhuha, apatah lagi jika dilakukan secara berterusan dan penuh kesabaran tinggi serta hanya mengharap keredaan Allah SWT. Antara fadhilat dan kelebihan solat sunat dhuha :

  1. Amalan Berbentuk Sedekah
    Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah SWT. Justeru itu solat dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggungjawab tersebut. 

  2. Rezeki
    Antara manfaat dan keajaiban solat sunat dhuha ialah dijauhkan daripada kemiskinan. Allah memberi rezeki yang cukup sepanjang siang hari. Bagi mereka yang mengerjakan solat dhuha Allah SWT sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Semua ini bukan khayalan, kerana sudah ramai orang melakukannya dan mampu merasakan hikmah yang besar dalam kehidupannya.

    Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman: Maksudnya:
    Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. (Hadith Riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097)
  3. Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah
    Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah.

  4. Menghapuskan Dosa
    Solat sunat Dhuha juga dapat menghapuskan dosa. Rasulullah SAW bersabda:
    “Sesiapa yang masih berdiam diri di masjid atau tempat solatnya setelah solat Subuh kerana melakukan iktikaf, berzikir, dan melakukan dua rakaat solat Dhuha disertai tidak berkata sesuatu kecuali kebaikan, maka dosanya akan diampuni meskipun banyaknya melebihi buih di lautan.” (Riwayat Abu Daud)

    Antara lain solat Dhuha juga dapat menghindarkan diri daripada azab api neraka di hari Kiamat. Bagi orang yang menjadikan solat sunat Dhuha sebagai rutin hariannya, maka Allah akan membalasnya dengan balasan syurga. Rasulullah SAW bersabda:
    “Di dalam syurga terdapat pintu yang bernama bab Ad Dhuha (Pintu Dhuha), dan pada Hari Kiamat nanti, ada orang yang memanggil di mana orang yang sentiasa menunaikan solat Dhuha? Ini pintu kamu, masuklah dengan kasih sayang Allah.”

Kesimpulan

Justeru amat rugi orang yang dengan sengaja meninggalkan solat sunat Dhuha, padahal mereka sebenarnya mampu dan ada masa untuk melaksanakannya kerana mereka yang menunaikan solat sunat Dhuha akan mendapat balasan dan keuntungan amat besar. Berusaha semoga kita tetap melakukan ibadat sunat ini.

SUMBER : JAKIM, Masjid WP, Albakriah wordpress & Shafiqolbu

Assalamualaikum #Qberian dan semua Sahabat FB.

Lewat petang semalam saya telah pun melawat Kak Na (Rohana binti Mohd Nor) Koop/Dobi MRSM Kuala Berang. Solat hajat dan doa selamat telah diadakan di Surau An-Nur, Kg. Pauh semalam. Malam ini insyaAllah akan dibuat di Masjid Kg. Pauh. Kak Na sedang diuji Allah dengan penyakit Kanser Payudara dan dijadualkan menjalani pembedahan masektomi pada Rabu, 11 Oktober ini di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Admit pada 10 Oktober.

Saya tak sampai hati nak tanya stage berapa. Cuma yang boleh saya khabarkan di sini, sebelah kiri mengeras keseluruhan. Sebelah kanan juga ada ketulan. Sakitnya melarat ke tulang pinggul dan kaki. Berat badan turun. Kak Na guna bantuan walker untuk bergerak untuk ke tandas. Selebihnya berbaring. Buat pengetahuan sahabat-sahabat, Kak Na telah berhenti kerja bulan Ogos lepas kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Selama ini hujan atau panas, jam 1 tengahari Kak Na pasti pulang ke rumah untuk sediakan makan tengahari Mak yang uzur dan hilang penglihatan.

Sesiapa saja alumni #Qber pasti ada sikit sebanyak kenangan bersama Kak Na yang sangat baik melayan, berkongsi makanan, malah ada yang menganggap Kak Na sebagai mak angkat. Prihatinnya Kak Na kepada pelajar, sehinggakan ketika bertugas di dewan makan Kak Na tahu siapa yang suka kepak ayam, siapa suka peha, bahagian tulang belakang. Pendek kata Kak Na tahu kegemaran masing-masing.

"Kak Na pegang pesan Haji Rozali (pengetua dulu), kalau tak ada pelajar-pelajar ni, tak adalah (peluang pekerjaan) kita. Buatlah sebaik mungkin kerja ni"

Dengan kalimah BismiLlah, saya buka kutipan amal ini untuk kita sama-sama hulurkan sedikit sumbangan bagi membantu kos langsung / tak langsung sepanjang rawatan dan sara hidup Kak Na. Segala bentuk sumbangan boleh dibuat ke akaun berikut:

ANISAH BINTI MOHD NOR (adik Kak Na)
AKAUN MAYBANK 163037165560

Kutipan amal ini khusus sehingga 31 OKTOBER 2017 dahulu. Mohon masukkan reference: MRSMQBER @ KAKNAMRSMQBER untuk memudahkan pemilik akaun membuat 'clarification' dengan pihak bank.

Segala pertanyaan boleh terus hubungi / whatsapp saya (Faizah) di talian 013-7772454. Sama2 kita doakan Kak Na berada dalam keadaan tenang, bersemangat dan kesihatannya kembali pulih seperti biasa. Besar atau kecil sumbangan, pasti ditimbang amal. Allah lah sebaik-baik pemberi balasan.

Moga Allah redha.
Nurul FAIZAH binti Jusoh
Qberian Batch 99/00
Mohon share, tag, sebarkan kepada sahabat-sahabat kita.
#kaknamrsmqber

kak na mrsm qber

Sumber : https://www.facebook.com/faiz.faiza1/posts/10214492166236717