Username *
Password *
Remember Me
Super User

Super User

Owner Alkhudhri.com | kedaitopup1malaysia.blogspot.my | maribeli.com.my

Saya rasa sudah pasti ramai yang pernah mengalami situasi ini. Setiap kali habis sesuatu majlis pasti pengerusi akan menyebut seperti ini, “Kita sudahi majlis ini dengan tasbih kifarah dan surah al-Asr". Tahukah anda apa itu Tasbih Kifarah? Berikut adalah pengertian antara kifarah dan kaffarah.

PENGERTIAN

Kifarah bererti balasan Allah SWT ke atas hamba-Nya yang mukmin ketika hidup di dunia akibat daripada dosa-dosa yang dilakukan olehnya.

Kaffarah dari sudut bahasa (al-Kafru) yang bermaksud menutup. Dinamakan kafarah kerana ia menutup dosa dan mendapat keringanan daripada Allah SWT. Dari sudut Istilah ia bermaksud perbuatan yang boleh menghapus dosa yang berupa membebaskan hamba, bersedekah dan puasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga suatu penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakkannya.

So, jangan salah maksud antara keduanya...

Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut :

Subhanakallah humma wabihamdika asyhadu anla ilaha illa anta astaghfiruka wa atubu ilaik

 

Daripada Abu Barzah Aslami RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis.

Maka berkata seorang lelaki: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini”.

Berkata (Rasulullah SAW): “Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis”

 

Di riwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda akan membaca:

Saya bertanya: kenapa tuan sering membaca doa ini?

Baginda menjawab: “Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan di ampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut”.

Hadis dikeluarkan oleh Imam Tirmizi dari Abi Hurairah dan beliau mengatakan hadis ini hasan sohih. Imam Abu Daawuud juga ada mengeluarkan hadis yang sama makna dengan hadis ini dari beberapa orang sahabat.

Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Adapun amalan membaca Surah Al-Asr sebelum mengakhiri suatu majlis mungkin diambil dari amalan para sahabat Nabi SAW ini:

At-Thabrani telah menyebutkan daripada Ubaidillah bin Hafs berkata: “Dua orang sahabat Rasulullah SAW apabila mereka berjumpa, mereka tidak pernah berpisah melainkan salah seorang membaca Surah Al-Asr sehingga akhirnya, kemudian mereka saling memberi salam antara satu sama lain”

Selesai sudah PRU13. Alhamdulillah Kelantan masih KEKAL di bawah pemerintahan PAS. Namun masih kedengaran ada pihak yang beria-ia ingin menukar pemerintahan PAS di Kelantan tidak berpuas hati atas kekalahan ini. Ada yang menyalahkan anggota penjawat awam; guru, tentera dan sebagainya kerana menyokong dan memberi undi kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13 baru-baru ini. Ada juga yang mengugut agar mereka yang 'tidak mengenang budi' ini dihantar untuk berkhidmat di pedalaman atau di luar negeri Kelantan.

Makan gaji dengan Kerajaan MESTI sokong BN. Belajar di sekolah kerajaan, berubat di hospital kerajaan MESTI sokong BN. Jika tidak sokong BN, anda dilabel orang yang 'tidak mengenang budi'? Macam tu ke?

Sama ada anda kakitangan Kerajaan Pusat atau kakitangan Kerajaan Negeri, ada ada hak mengikut konteks Perlembagaan Malaysia. BACA seterusnya agar anda tahu hak anda.

APA ITU KERAJAAN

Kerajaan adalah badan yang berkuasa dilantik oleh rakyat untuk mengurus tadbir negara. Kerajaan dibentuk dari sistem Pilihanraya yang mewajibkan setiap rakyatnya mengundi dan memilih tampuk pemerintahan setiap maksimum 5 tahun.

SIAPAKAH KAKITANGAN KERAJAAN

Kakitangan Kerajaan terdiri dari Rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama serta menyokong pelbagai ideologi politik yang mewakili parti UMNO, MCA, MIC, PKR, PAS, DAP dan parti parti lain di Malaysia.

APAKAH KERAJAAN ITU BARISAN NASIONAL ATAU PAKATAN RAKYAT

Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat atau mana mana parti di Malaysia yang terlibat dalam pemerintahan BUKAN bermakna kerajaan tetapi hanya ENTITI POLITIK yang membentuk kerajaan.

UNDIAN DARI KAKITANGAN KERAJAAN PEMERINTAH

Sebagai rakyat malaysia, kakitangan kerajaan yg memerintah negara dan negeri negeri di Malaysia boleh mengundi mana mana parti pilihan mereka tanpa apa apa sekatan. Ini kerana gaji kakitangan kerajaan dibayar oleh kerajaan yang mendapat hasil cukai dari rakyat, bukan duit simpanan sesebuah parti.

Artikel 10 menjamin hak rakyat Malaysia bersuara memilih tampuk pemerintahan sebagai pengundi. Adalah satu kesalahan jenayah jika mana mana parti tak kira mewakili kerajaan atau pembangkang menghalang kakitangan kerajaan mengundi parti yang mereka pilih. Termaktub di dalam Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

 

p/s: artikel berkaitan

PENJAWAT AWAM bukan bekerja untuk parti dan gaji yang mereka terima bukan dari duit parti UMNO. Gaji PENJAWAT AWAM dibayar daripada hasil negara.
PENJAWAT AWAM bukan bekerja dengan syarikat kepunyaan parti politik. Tidak cerdik menuduh mereka pembelot jika menyokong pembangkang, apatah lagi meminta mereka berhenti.
Pembelot sebenar ialah pemimpin yang mengkhianati amanah rakyat dengan rasuah, menyalah guna kuasa dan mengamalkan kronisme.
kalau macam tu sapa yang sokong pembangkang (umno) di Penang, Selangor dan Kelantan sila letak jawatan sebab anda tak sokong kerajaan negeri....
Negara ni negara demokrasi..terpulanglah deme nak sokong parti mana.....yang penting kerja.

Kejayaan buat BN namun kegagalan buat Najib. Walaupun BN berjaya menubuhkan kerajaan tetapi BN masih gagal memperolehi majoriti 2/3. Lebih malang lagi BN juga masih gagal untuk menawan kembali Selangor walaupun UMNO Selangor di pengerusikan sendiri oleh Najib.

Dengan Plan Transformasi Negara, Model Ekonomi Baru, pelbagai macam bantuan terutamanya kepada kaum Cina dan juga dengan ' Win-able Candidates 'nya, beliau masih gagal untuk meraih keputusan 2/3 buat BN. Kemenangan yang memalukan buat BN. Lebih memalukan dari keputusan PRU ke 12 pada tahun 2008.

Tun Abdullah Ahmad Badawi sanggup melepaskan jawatan Perdana Menteri dan jawatan sebagai Presiden UMNO kerana gagal meraih 2/3 pada 2008 bagaimana pula dengan Najib ? Sanggup ke beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada timbalannya?

Kesimpulannya, keputusan PRU 13 membawa mesej besar bahawa Najib bukanlah ' Win-able Candidate '. Beliau di tolak di Selangor dan beliau juga di tolak oleh Malaysia. Sudah terbukti beliau sebenarnya tidak setanding Tun Abdullah apalagi dengan Anwar.

Orang UMNO kata PAS gadai tanah di Kelantan? Benarkah?

Mungkin hakikatnya adalah sebaliknya? Tengoklah video di bawah ini jika anda pengundi tegar UMNO.

Saya nak tolong BN berhenti daripada buat kezaliman maka saya terpaksa memilih untuk TIDAK MENGUNDI BN!.

Daripada Anas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, "Bantulah saudara kamu, sama ada dia itu zalim atau dizalimi" Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, kami pasti membantu orang yang dizalimi ini, tetapi bagaimana pula kami boleh membantu orang yang zalim?" Baginda SAW menjawab, "Cegahlah si zalim itu dari terus melakukannya"

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Maka, untuk PRU13 ini, sama-sama kita UNDI PAKATAN RAKYAT!

"Tegakkan kebajikan, tumbangkan kezaliman"

(andai kata Pakatan Rakyat lagi zalim daripada BN lepas ni, tak ada masalah kalau kita nak tolak Pakatan Rakyat pula dalam PRU seterusnya)

# Jom Ubah! KEKAL Kelantan! TUKAR Putrajaya! #

Apa lah Anwar ni, patut la UMNO tak suka. Dia ni tak berkebolehan langsung...dalam menambah hutang negara! Nah, sekarang mau undi siapa kita? Malaysia yang macam mana kita nak pilih?

Credit : Ohgadisitu

Kelak anggota tubuh kita akan memberikan kesaksian atas perbuatannya selama berada di dunia. Tangan, kaki dan anggota badan lain akan berbicara sehingga mulut tidak dapat membantah dan berbohong. Hakim yang kita hadapi kelak bukanlah hakim yang dapat disuap dengan wang sebagaimana yang terjadi di dunia. Tiada yang mampu menolong diri kita kecuali rakaman iman dan amal kebajikan kita sendiri.

Sebagaimana firman ALLAH :

Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; tangan mereka akan berkata kepada Kami dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.

Surah Yasin : 65

Dalam satu kajian neurologi, dibuktikan bahawa sel-sel otak mampu menyimpan pelbagai informasi dan pengalaman yang terakam sejak kita kecil yang umumnya sudah dilupakan. Ketika eksperimen pembedahan otak, dimana yang berkenaan tetap sedar, ternyata ketika dirangsang sel-sel saraf tertentu, mampu menceritakan berbagai pengalaman sewaktu kecil. Eksperimen ini mengukuhkan teori bahawa semua yang pernah kita ketahui dan fikirkan terakam dalam rangkaian saraf otak. Jadi, apa yang dikatakan Al-Quran tadi semakin diperkuatkan oleh eksperimen saintifik.

Teori bahawa tubuh merakam dapat kita lihat dalam kehidupan kita sehari-hari. Seseorang yang selalu solat tepat pada waktunya, maka ketika berkumandang azan, tubuh seperti mempunyai biological clock untuk segera menunaikan ibadah Solat, walaupun dalam keadaan sakit sekalipun. Contoh lain boleh kita lihat daripada pengalaman pemandu bas ekspress. Mereka dengan mudahnya melalui jalan-jalan berliku, seolah-olah mereka menghafal betul bila dan di mana harus membelok.

Bahkan menurut para saintis, ada lebih 70 kes yang dilaporkan daripada pesakit tranplant yang meniru sebahagian keperibadian penderma organ mereka. Seluruh sel tubuh kita ibarat hard disk yang merakam dengan baik semua ucapan, fikiran, perbuatan kita. Memori ini sudah direkod di sana dan sedia dipanggil pada bila-bila masa saja.

Meskipun terpadam, mudah saja bagi pakar komputer untuk mengesan bekas-bekas data yang sudah ada dalam hard disk dengan kaedah dan bahasa tertentu. Oleh kerana sel tubuh kita ini mampu merakam apapun yang kita lakukan, maka, sangat logik untuk membayangkan anggota tubuh kita dengan mudah saja menjadi saksi tentang segala perbuatan yang pernah kita lakukan nanti di hadapan Allah SWT.

Sedekah
 

Oleh kerana itu, marilah kita membiasakan diri untuk melafazkan kata-kata yang baik, selalu berzikir dan mengingati Allah, membiasakan diri mengerjakan solat, berpuasa dan bersedekah, serta berbuat baik kepada sesama makhluk, sebab semua itu akan dirakam dalam memori kita sepanjang hayat, baik ketika hidup di dunia, menjelang sakaratul maut atau selepas ajal kita.

Husnul khotimah (penghujung yang baik) di saat kematian kita itu tidak boleh diraih dengan tiba-tiba. Ia tak boleh dipaksa dan dibimbing oleh orang lain dengan mudah kerana diri kitalah yang menentukan sama ada kita sanggup mendapatkan pengakhiran yang baik atau tidak.

Framework PHP membantu anda untuk menulis kod yang bersih dan boleh diguna semula. Ia mengikuti corak Model-View-Controller (MVC), memastikan pemisahan yang jelas dari segi logik dan pembentangan. Tetapi terdapat banyak perbincangan di sekeliling kerana ada yang lebih sukakan prestasi, ada yang lebih suka dokumentasi yang lebih baik, sesetengah juga cenderung kepada jumlah fungsi built-in dan lain-lain.

Berikut adalah Framework PHP berdasarkan populariti dan Google Trends dari 2012.

yiiframework

  • lebih laju sedikit berbanding Codeigniter dan Zend Framework.

CodeIgniter

  • menjadi pilihan kebanyakan Pengaturcara PHP
  • mudah untuk dipelajari
  • antara framework yang hebat seperti Zend dan CakePHP
  • antara matlamat utamanya adalah untuk membolehkan pengaturcara membangunkan projek-projek lebih cepat dengan menyediakan satu set perpustakaan untuk tugas-tugas yang biasa diperlukan, serta antara muka yang mudah dan struktur logik untuk mengakses perpustakaan ini.

Zend Framework

  • lebih selamat, boleh dipercayai dan membenarkan aplikasi Web 2.0 & perkhidmatan web
  • kebiasaannya digunakan dalam membina aplikasi besar.

CakePHP

  • framework yang popular untuk pembangunan aplikasi web
  • dilengkapi dengan banyak ciri-ciri: kod generasi, terjemahan, akses pangkalan data, caching, pengesahan, pengesahan dan lain-lain

Terkini, salah satu framework daripada pembangun tempatan memfokuskan kepada pembangun berasaskan PHP adalah NANAS.

Daripada apa yang diterangkan oleh pembangunnya melalui laman rasmi,

"NANAS amat sesuai digunakan untuk programmer yang mahu berjinak-jinak dengan framework PHP. Jika kamu mahu cuba pakai CodeIgniter, atau bake code guna CakePhp, NANAS platform terbaik untuk kamu untuk memahami dan memanipulasi konsep MVC"

Segala pembangunannya dilesenkan dibawah GNU General Public License, dan bagi mereka yang berminat boleh menyumbangkan kepakaran dalam pembangunan, sekaligus membantu para pembangun yang menggunakan framework NANAS ini.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh merujuk kepada laman rasminya, ataupun mengikuti pelbagai perkembangan semasa melalui halaman GitHub untuknya.

 

KOTA BHARU: “Kalau kita tukar kerajaan Islam kepada yang lebih teruk, tunggulah pembalasan di akhirat kelak,” kata mantan Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Asri Zainal Abidin. Beliau berkata, rakyat semestinya mengekalkan kerajaan yang ada di Kelantan sekarang.

“Sepatutnya Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) turut sama mempertahankan Kelantan,” katanya pada Wacana Perdana bertajuk ‘Pasca PRU13: Di Mana Melayu Islam?’ di Dewan Jubli Perak MPKB di sini kelmarin. Wacana itu turut menampilkan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha ISMA, Mohd Hazizi Abdul Rahman, manakala seorang lagi penalis, Datuk Shamsul Najmi sebagai mewakili Umno tidak hadir.

Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusof bertindak sebagai moderator. Orang ramai memenuhi segenap ruang dewan berkenaan. Ramai lagi mengikuti wacana itu di atas padang di luar dewan. Hadir sama pengarah program, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Dr Asri juga berkata, PAS bergerak seiring dengan pertubuhan Islam di seluruh dunia yang semakin mendapat tempat selepas kebangkitan Arab. Tuan Ibrahim pula menyifatkan ISMA sebagai kacau daun apabila bercadang meletak calon di kawasan tertentu pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Katanya, kalau sekadar hendak tanding tujuh kerusi parlimen sudah tentu ISMA tidak mampu menjadi sebuah parti yang dominan. Mohd Hazizi sebelum itu menyifatkan kuasa tawar menawar orang Melayu sekarang semakin lemah selepas PRU 2008.

“Sekiranya situasi itu terus kekal kuasa politik orang Melayu akan bertambah lemah. Ini kerana hanya apabila ada kuasa barulah boleh buat peraturan untuk Islam,” ujarnya.

Namun hujah itu ditolak Tuan Ibrahim apabila menyebut pada PRU 2004 kerusi yang dimenangi calon Islam sebanyak 123 kerusi, namun telah bertambah kepada 130 kerusi pada PRU 2008. Bagaimanapun kata beliau ada pihak cuba mengelirukan keadaan sebenar apabila DAP menang lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum lalu.

“Kalau disebut DAP ramai orang seolah-olah nampak macam Cina sangat, sedangkan MCA dan Gerakan mereka tidak lihat macam parti Cina pula,” tambahnya.