Username *
Password *
Remember Me
Super User

Super User

Owner Alkhudhri.com | kedaitopup1malaysia.blogspot.my | maribeli.com.my

Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) menyediakan tuisyen secara atas talian (online) kepada calon-calon SPM 2017 yang berkelayakan. Yuran Program Pembelajaran e-Learning Johor serendah RM11.60 sebulan untuk 4 subjek! Program ini terbuka untuk semua anak Johor dengan pendapatan keluarga tidak melebihi RM10 ribu sebulan.

Syarat-syarat Am :

  • Pelajar bersekolah di negeri Johor dan mengambil SPM 2017 sahaja
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM10 ribu sebulan
  • Permohonan dilakukan secara online di classruum.com

Bagi anak Johor yang berminat, bolehlah cuba mohon / daftar Tuisyen Online SPM di e-Learnig Johor.

 

Senarai Payment Gateway yang terdapat di Malaysia.

  PayPal iPay88 MOLPay Senang Pay Billplz
 Logo paypal logo ipay88 logo molpay logo senangpay logo billplz logo
Package   SOHO Plan SME Plan Lite Premium    
Setup Fee Nill RM488 +RM900 (for Credit Card Gateway)  RM499+RM900 (for Credit Card Gateway) RM400+RM900 (for Credit Card Gateway) Nill Nill
Annual Fee Nill Nill  RM500  Nill RM499 RM100 Nill
Transaction Fee (per transaction)
Cash/FPX/Internet Banking   3.5% or minimum RM0.60 (which ever is higher) 2.9% or minimum RM0.60 (which ever is higher) 3.8% or minimum RM0.60 (which ever is higher) 3% or minimum RM0.60 (which ever is higher) RM1.50 RM1.00 (for RM100 & below) RM2.00 (for above RM100)
Credit Card/Debit Card Malaysia 3.9% + RM2.00Overseas 4.4% + fixed fee based on the currency received 3.5% 2.9% 3.8% 3% 3% 4.4% + RM2.00 or lower
Payment Remittance
Receive Payment PayPal Account Instantly. Can Withdraw to local banks. Weekly transfer to bank account Weekly transfer to bank account Twice a week (Wednesday & Friday)

 Cash : Next day

Credit Card: Within 7 days

Withdrawal Fee RM3.00 (for below RM400) Free (for above RM400) Nill RM2 per withdrawal  Nill  
Minimum Amount for Withdrawal RM40 RM100 RM100  RM100  

  Rujukan :

TUMPAT – Hati ibu mana tidak tersentuh jika anak sering bertanya bila ayahnya akan bangun sedangkan tubuh yang terlantar itu sedang bertarung nyawa untuk pulih dari separuh sedar. Nor Azizah Ibrahim, 32, berkata, pada Mei ini genap dua tahun suaminya, Mohd Amin Khasfi, 34, terlantar lumpuh akibat serangan angin ahmar ketika bekerja di Sarawak. Menurutnya, sejak itu, kehidupan bahagia keluarganya bagaikan disentap apabila dia bersama dua anaknya, Nor Arissa Balqis, 7, dan Nor Awatif Sofia, 2, hilang tempat bergantung dan punca pendapatan.

“Arissa rapat sangat dengan ayahnya tapi bila terlalu lama sangat ayahnya terbaring macam itu, dia mula putus asa... 'Ayah tak bangun pun' kata dia...” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru, Pasir Pekan.

Hati Nor Azizah lagi tersentuh apabila melihat anak bongsunya tidak sempat merasai kasih sayang seorang ayah kerana ketika suaminya koma, dia sedang mengandung tujuh bulan anak keduanya itu. Nor Azizah berkata, dia juga bagaikan hilang punca namun bersyukur apabila adik-beradik dan ibu mertua sentiasa di sisi membantu dari segi kewangan dan sokongan moral.

“Mudah-mudahan ALLAH jaga hati saya untuk bersama suami walau apa jua keadaan dia sekali pun, saya dan anak-anak akan tunggu abang sedar,” katanya.

Sejak suami Nor Azizah terlantar itu, peralatan katil dan tilam khas untuk suaminya dibeli hasil kewangan daripada adik beradik. Katanya, dia tidak bekerja dan pernah mengambil alih tugas suaminya sebagai agen pengambilan pelajar kolej swasta tetapi tidak berjaya menguruskannya kerana tiada pengalaman. Menurut Nor Azizah, suaminya bergantung kepada susu sepenuhnya dan setiap bulan memerlukan 12 tin susu khas berharga RM65 setin dan 10 bungkus lampin pakai buang.

“Bulan lepas ada NGO hulurkan empat tin susu itu, sedikit sebanyak membantu saya, saya juga ada menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan, wang itu saya gunakan untuk beli lampin pakai buang,” katanya.

Menurutnya, sejak kebelakangan ini, suaminya menunjukkan tindak balas positif apabila boleh mengerakkan mata dan jarinya.

“Saya juga ada ikhtiar rawatan tradisional, memanggil tukang urut mengurutnya,” katanya.

Pihak yang sudi membantu boleh salur bantuan: Bank Simpanan Nasional: 0301-8410-0011-8561

Sumber : Sinar Harian 25 Feb 2016

 

# UPDATE 02 OKTOBER 2016

Alhamdulillah, pada hari ini, dapat juga kami bersua dengan sahabat yang sedang diuji dengan stroke sejak 2 tahun lepas, Amin Kaysfi aka Kepi, di Tumpat. Kutipan derma yang telah dilancarkan dan jumlah yang terkumpul sebanyak RM3600 telah disampaikan kepada isteri beliau Pn. Azizah. 

Berdasarkan pemerhatian dan perbualan dgn isteri dan keluarga beliau, ada perkembangan positif ditunjukkan. Kepi sudah boleh menggerakkan tangan kanan untuk bersalam, menunjuk (pointing), menulis sikit, menggerakkan kedua kaki sedikit untuk mengeliat, dan sedikit suara. Perbelanjaan bulanan untuk kepi (adult diapers dan susu khas) lebih kurang rm1500 sebulan. Ini belum termasuk sara hidup keluarga beliau (isteri, anak; 7 tahun dan 2 tahun). Bantuan zakat MAIK (RM2000 setahun) dan JKM (RM300 sebulan) amat dihargai, namun pastinya belum mencukupi.

Sape2 yg berhajat nk membantu boleh salurkan ke akaun BSN 0301-8410-0011-8561Telefon: +60199054838. Lebih membuatkan hati ini sayu bila si anak yg berusia 2 thn mcium2 tgn si ayah yg xdpt mendodoi, mendukung dan bermain dgnnya sejak dilahirkan.. smoga anak ini dpt memberi semangat dan kekuatan utk Amin Kupi Bazooka cepat sembuh. Amiin..

 

Lama rasanya tidak berblog disebabkan kesibukan dengan 2 3 tugas yang perlu dibuat dalam satu masa. Blog pun dah berhabuk tengok. Cuti Hari Pekerja diluangkan masa kemaskini blog ni. Sepeti yang dah dimaklumkan di dalam laman page FB Alkhudhri.. tinggal 11 hari lagi untuk TOPUP GIVEAWAY. So mana-mana yang belum lagi Like Page FB Alkhudhri, cepat-cepat LIKE. Mana tau ada rezeki dapat topup RM10 FREE! Tunggu 12 Mei ni...

Dalam sedar tak sedar kita banyak melakukan kesalahan dalam menunaikan kewajipan kita kepada Allah SWT. Jom tonton video tentang kesalahan dalam melakukan rukun islam yang kedua ini...

Bila Teresa Kok menghina PM Najib, serentak segerombolan NGO UMNO mencari ayam untuk disembelih atas foto Teresa, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Mengapa mereka bertiga dilumur darah? Kerana mereka Cina dan DAP.

Tetapi bila Kasim Ahmad membawa pemikiran sesatnya di pejabat Mahathir dan Mahathir rasmikannya, tiada seekor pun ayam disembelih dan tiada setitik pun darah ayam atas foto Kasim dan Mahathir. Mengapa mereka berdua terselamat dari darah ayam? Kerana mereka UMNO dan Melayu.

Teresa, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tidak hina Islam, tidak hina ulama' tetapi menghentam dan kritik kerajaan dan PM Najib. Kasim Ahmad menghina Islam, Rasulullah SAW dan ulama' serta Mahathir tukang promosi dan dokong.

Bagi NGO UMNO menghina Najib lebih besar dosa dari menghina Islam dan Rasulullah SAW. Tidak banyak NGO UMNO yang berani bersuara tentang kesesatan Kasim. Semua menikus takut kemurkaan Mahathir! Tiada setitik darah gugur di...... Mari kita tegakkan kebenaran atas landasan Islam, bukan yg lain... ALLAHU AKHBAR!!!

Ucapan Kepada Konferensi Politik Nasional - Kassim Ahmad Dr Mahathir pertahan Kassim Ahmad, sindir pihak buat laporan polis Video Inside. Penipuan Tun Mahathir Terdedah. Kenyataannya Yang Mempertahankan Kassim Ahmad Memalukan Dirinya Sendiri

Love your job but don't love your company, because you may not know when your company stops loving you.

Dr. APJ Abdul Karim

  1. Work is a never-ending process. It can never be completed!

  2. Interest of a client is important, so is your family.

  3. If you fall in your life, neither your boss nor client will offer you a helping hand; your family and friends will.

  4. Life is not only about work, office and client. There is more to life. You need time to socialize, entertain, relax and exercise. Don't let life be meaningless.

  5. A person who stay late at the office is not a hardworking person! Instead he/she is a fool who does not know how to manage work within the stipulated time. He/She is inefficient and incompetent in his work.

  6. You did not study hard and struggle in life to become a machine.

  7. If your boss force you to work late, he/she may be ineffective and have a meaningless life too; so  forward this to him/her.

 

Leaving Office On Time

  • Efficient

  • Good social life

  • Quality family life

Leaving Office Late

  • Inefficient and incompetent

  • No social life

  • Less family life

 

7 Sebab Kenapa Kena Balik Kerja ON TIME

  • Kerja memang tak pernah habis
  • Keluarga lebih penting dari kerja
  • Kalau korang susah bukannya Bos nak tolong pun kan?
  • Manusia hidup bukan untuk kerja tapi kerja untuk hidup
  • Orang yang suka duduk kat pejabat maknanya dia forever alone
  • Kita ni manusia bukannya robot. Betul tak?
  • Pesanan terakhir, kalau Bos korang suruh kerja lebih masa, share ngan dia post ni

 

JOM BALIK ON TIME!!! Kalau tak korang memang forever alone...