Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Name *
Username *
Password *
Verify password *
Email *
Verify email *
Captcha *
Reload Captcha
Super User

Super User

Owner Alkhudhri.com | kedaitopup1malaysia.blogspot.my | maribeli.com.my

Jajahan Tumpat ialah sebuah jajahan di negeri Kelantan. Jajahan ini terletak kira-kira 15 kilometer dari bandar Kota Bharu, ibu negeri Kelantan. Jajahan Tumpat telah dibina pada 1 Januari, 1949 di Kawasan Padang Mahkota iaitu di hadapan kediaman rasmi Ketua Jajahan. Kepesatan pembangunan yang dialami di Jajahan Tumpat pada waktu itu serentak dengan perkembangan pelabuhan dan stesen keretapi yang merupakan nadi perhubungan dan pengangkutan di Pantai Timur.

Jajahan Tumpat adalah satu-satunya jajahan yang paling kecil antara jajahan di Negeri Kelantan dengan keluasannya hanya 169.5 km2. Bagaimana pun Tumpat merupakan jajahan yang paling unik sekali kerana mempunyai dataran dan beratus-ratus buah pulau sungai (River Island) yang tidak berbukit yang amat sesuai serta berpotensi untuk dijadikan kawasan Pelancongan Antarabangsa. 

Antara pekan utama di Jajahan Tumpat adalah

  1. Bandar Tumpat
  2. Palekbang
  3. Pengkalan Kubur
  4. Wakaf Bharu

Tempat-tempat menarik :

  1. Masjid Al-Ismaili, Pasir Pekan
  2. Masjid Wakaf Bharu
  3. Pantai Sri Tujuh
  4. Pantai Suri
  5. Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor
  6. Info Geleri Tengku Anis
  7. Stesen Keretapi Tumpat
  8. Wat Machimmaram
  9. Wat Prachumthat Canaram
  10. Wat Phikulthong Vararam
  11. Wat Phothiviharn

Pusat beli belah dan Pasaraya : 

  1. Pasaraya Pkt Wakaf Bharu
  2. Pasaraya Salamku Pasir Pekan
  3. Pasaraya Salamku Taman Indah
  4. Pasaraya Pantai Timur
  5. Pasaraya Supermas Tumpat
  6. Kompleks Bebas Cukai Pangkalan Kubur

Tempat bersejarah :

  1. Istana Bukit Tanah
  2. Bangunan Majlis Daerah Tumpat
  3. Kelab Kasino
  4. Suluk Tok Selehor
  5. Makam Tok Janggut
  6. Masjid Kampung Laut
  7. Kolah Masjid Kampung Laut
  8. Mimbar Masjid Kampung Laut
  9. Sungai Raja Gali Pasir Pekan
  10. Jambatan Bijih Jubakar Pantai
  11. Kubu British (1942) Tumpat
  12. Rumah Api Tumpat
  13. Pondok Agama Berangan
  14. Pondok Agama Talak
  15. Tugu Pendaratan Vietnam

Pasir Mas adalah sebuah jajahan daripada 10 buah jajahan yang terdapat dalam negeri Kelantan. Ia bersempadan dengan Kota Bharu di sebelah timurnya dan Tumpat di sebelah utaranya. Ia juga bersempadan dengan negara Thailand di sebelah barat dan di sebelah selatan bersempadan dengan Tanah Merah. Seluas 3.9 peratus daripada keluasan negeri Kelantan ialah keluasan Pasir Mas atau 57,800 hektar.

Sebelum Jajahan Pasir Mas diwujudkan, ia merupakan sebahagian daripada Jajahan Kota Bharu. Walau bagaimanapun setelah dipersetujui bersama, Jajahan Pasir Mas telah diasingkan pada tahun 1918 dan diletakkan dibawah pentadbiran sendiri di bawah Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas.

Mengikut sejarah kewujudan Pasir Mas, sebuah penempatan telah dibuka oleh Che Leh Ismail atau lebih dikenali sebagai Che Leh Tok Pendekar. Beliau telah dipaksa ke Pasir Mas setelah tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan bagi tujuan membina istana. Pada masa itu, terdapat seorang guru agama dari Bachok, datang untuk mengajar kelas keagamaan di Pasir Mas.

Guru agama itu kemudiannya pulang semula ke Bachok setelah selesai mengajar tetapi selang beberapa hari setelah kepulangan guru itu, secara tiba-tiba muncul 3 biji mangkuk emas dari dalam semak. Mangkuk ini kemudiannya berpusing membentuk pusar di sekitar semak dan secara tidak langsung, penduduk yang melihat kejadian itu menjerit ‘Mas! Mas!’. Perkataan pasir terbit kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing sungai Kelantan, terdapat beberapa longgokkan pasir sehingga membentuk padang yang luas. Pasir Mas adalah cantuman dari perkataan Pasir dan Mas.

Antara pusat membeli-belah dan pasaraya yang terdapat di Jajahan Pasir Mas adalah : 

  1. MYDIN Mall Bandar Tasek Raja (AKAN DIBUKA)
  2. Emporium MYDIN Rantau Panjang
  3. Plaza Serakai Mas
  4. Pasaraya PKT Tendong
  5. Pasaraya Pantai Timor Pasir Mas
  6. Pasaraya Pantai Timor Rantau Panjang
  7. Zon Bebas Cukai
  8. Kompleks Bebas Cukai Rantau Panjang
  9. Pasaraya Pantai Timor Mart Lubuk Jong
  10. Pasaraya Salamku Tendong

Disenaraikan beberapa tempat menarik di Pasir Mas : 

  1. Masjid Beijing, Rantau Panjang (Masjid Jubli Perak Sultan Ismail)
  2. Masjid Brunei (Masjid Terapung Pasir Mas)
  3. Zon Bebas Cukai, Rantau Panjang
  4. Dataran Air Muleh Pasir Mas
  5. Taman Rekreasi Tengku Anis
  6. Rantau Panjang
  7. Masjid Bandar Pasir Mas
  8. Plaza Serakai Mas
  9. Tasik Danau To‘Uban
  10. Tasik Kwong
  11. Pusat Pengajian Pondok di Daerah Pasir Mas

Jajahan Kota Bharu terletak di utara Kelantan, Malaysia. Jajahan Kota Bharu dikelilingi oleh enam jajahan lain iaitu Jajahan Bachok, Jajahan Pasir Puteh, Jajahan Machang, Jajahan Tanah Merah, Jajahan Pasir Mas dan Jajahan Tumpat.

Jajahan Kota Bharu terbahagi pula kepada 15 daerah iaitu :

  1. Panji
  2. Kubang Kerian
  3. Ketereh
  4. Bandar Kota Bharu
  5. Kemumin
  6. Badang
  7. Kota
  8. Sering
  9. Peringat
  10. Banggu
  11. Kadok
  12. Limbat
  13. Pendek
  14. Salor
  15. Dewan Beta

Mengikut sejarah, Kota Bharu telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1844 oleh DYMM Sultan Muhammad II sebagai ibu negeri Kelantan yang baru bagi menggantikan Kota Saba yang tidak lagi sesuai untuk dijadikan pusat pentadbiran negeri kerana selalu diancam dengan banjir. Baginda telah bersemayam di sebuah istana yang digelar "Kota Bharu" sempena kota yang baharu dibuka oleh baginda. Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian, istana Kota Bharu tersebut telah ditukar nama kepada Istana Balai Besar ekoran kekeliruan yang timbul di antara nama tempat dan juga nama sebuah istana.

Sejak itu, Kota Bharu telah mengalami proses urbanisasi yang pesat dan menjadi tumpuan penduduk. Hari ini, Kota Bharu telah muncul sebagai bandar terbesar dan bandar tertua di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan jumlah penduduk 491,237 orang (banci 2010).

Penduduk Kota Bharu kaya dengan budaya yang sungguh unik. Lantaran itu, pada 25 Julai 1991, ibu negeri Kelantan ini telah diisytiharkan sebagai "Kota Budaya" oleh DYMM Sultan Ismail Petra. Manakala pada 1 Oktober 2005, ibu negeri Kelantan ini telah diisytiharkan sebagai sebuah bandar raya Islam dengan gelaran "Kota Bharu Bandar Raya Islam".

Kota Bharu juga merupakan tapak pendaratan angkatan tentera pencerobohan Jepun pada 8 Disember 1941 semasa Perang Dunia Kedua.

Antara pusat membeli-belah yang ada di Kota Bharu adalah :

  1. Pasar Siti Khadijah
  2. KB Mall @ Pacific Hypermarket
  3. Kota Bharu Trade Center @ Giant & Parkson
  4. Kota Seri Mutiara @ Billion
  5. Pantai Timur Shopping Centre
  6. Tesco Lembah Sireh
  7. Giant Superstore Tunjong
  8. MYDIN Emporium
  9. MYDIN Hypermarket Kubang Kerian
  10. MYDIN Hypermarket Tunjong (akan dibuka)
  11. The Store
  12. Bazar Tok Guru
  13. Bazar Tengku Anis
  14. Bazar Buluh Kubu
  15. AEON Mall Lembah Sireh
  16. Che Siti Village Mall Tunjong (dalam perancangan)
  17. The Galleria Retail Mall (dalam perancangan)
  18. Lulu Hypermarket (akan dibuka)
  19. Platinum Mall (akan datang)

Antara keistimewaan dan tempat menarik untuk dilawati di Kota Bharu :

  1. Masjid Muhammadi
  2. Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian
  3. Masjid Ar-Rahman, Pengkalan Chepa
  4. Masjid Kampung Laut, Nilam Puri
  5. Istana Jahar (Muzium Adat Istiadat)
  6. Istana Batu (Muzium Di Raja)
  7. Bank Kerapu (Muzium Perang)
  8. Kampung Kraftangan
  9. Pasar Besar Siti Khadijah (Kaum wanita banyak berniaga di sini)
  10. Kota Sultan Ismail Petra
  11. Pasar Malam Wakaf Che Yeh
  12. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
  13. Bazar Tok Guru
  14. Bazar Buluh Kubu
  15. Muzium Negeri Kelantan
  16. Menara Jam Tambatan Di Raja
  17. Gelanggang Seni (Tempat kegiatan kesenian dan kebudayaan)
  18. Perusahaan batik (Perusahaan yang terkenal di Kelantan)
  19. Taman Perbandaran Tengku Anis
  20. Taman Air Splash
  21. Pantai Cahaya Bulan

 

Di sebuah kedai sukan seorang isteri bertengkar dgn suaminya & menyuruh suaminya masuk ke dlm kedai sukan sementara dia duduk di bangku tidak ikut sama. Ia diperhatikan oleh seorang makcik yang berumur dalam 60-an. Makcik itu hampiri wanita tersebut lalu bertanya :

"Apa masalah ni nak marah-marah pada suami, maaf makcik bertanya".

 

Isteri itu menjawab :

"Takde apa makcik. Suami saya ni ajak masuk dalam kedai kasut ikut dia cari-cari barang. Saya malas la makcik letih & bosan dengan perangai orang lelaki ni".

 

Makcik tu tersenyum sambil berkata : 

"Nak makcik dulu dengan suami makcik pergi ke mana-mana berdua. Tapi suami makcik baru 5 bulan meninggal.. Kami lebih kurang sebaya. Kami polis. Bila bersara, kami sama-sama ke Mekah. Kami tinggal berdua di rumah sebab anak-anak kami 8 orang semuanya dah kahwin dan tinggal di rumah masing-masing2..."

"Suami makcik malangnya mengidap kencing manis dan darah tinggi. Tiap-tiap hari kena makan ubat. Dia selalu tak berapa cergas dan makcik la yang menjaganya. Kini dia telah tiada dan makcik rasa amat keseorangan. Siang rasa terlalu panjang dan malam terlalu sunyi"

"Tiap-tiap satu benda kepunyaan arwah mengingatkan makcik padanya. Sebak dan sedih melihat ubat-ubat yang masih belum dimakannya. Ada nombor hp dia tapi makcik tau dia tak akan jawab panggilan dan mesej whatsapp kepadanya pun dia tak akan baca..."

"Dulu makcik tidur dikatil di sebelah bahagian sebab dia ada di sebelah. Tapi sekarang makcik tidur sorang-sorang di tengah-tengah katil. Bila ke dapur sekarang makcik sorang-sorang buat sarapan. Tiada lagi kami ke surau bersama. Bayangkan nak.. kami punyai sorang satu kereta tapi sekarang kereta dia kaku tak bergerak cuma sesekali makcik pandu"

"Oleh itu nak, sementara suami anak masih ada.. hargai lah dia dan sayangi lah dia. Kita hidup sementara di dunia ini. Makcik hari-hari ke pusaranya dan makcik selalu berkata di pusaranya... 'kau pegi la dulu, sayang akan ikut kemudian...' "

"Maaf makcik hanya berkongsi dan makcik balik dulu..."

 

Si isteri terpegun dan terus bangun masuk ke kedai kasut mencari suaminya.

 

Moral of the story : Sayangi suami anda.

Share cerita ini kepada kepada isteri anda dengan mesej "Sayangilah suami anda sebelum wanita lain mengintai dan mengambil suami anda"  :-D

Netflix semakin popular setiap hari dan salah satu sebab utama ialah jumlah kandungan Netflix yang ada sekarang. Walau bagaimanapun, jika anda tinggal di luar US, kemungkinan besar anda tidak mempunyai akses kepada semua kandungan yang ditawarkan oleh Netflix. Ini kerana terdapat banyak kandungan yang memerlukan penapisan dan peraturan lain yang berbeza dari sesebuah negara.

netflix

Jangan risau. Jalan penyelesaian untuk mengakses Netflix US adalah menggunakan VPN. Bagi mereka yang tidak tahu, VPN (Virtual Private Network) atau Rangkaian Peribadi Maya melangkaui rangkaian awam atau kongsi dan bertindak sebagai terowong supaya anda boleh bertukar data dengan selamat dan tanpa nama (anonymously) di seluruh internet seolah-olah anda telah disambungkan terus ke rangkaian peribadi. Selain itu, VPN juga menyembunyikan lokasi sebenar anda supaya anda boleh mengakses kandungan yang mungkin tidak boleh diakses. Beberapa tahun lalu, kandungan Netflix di US boleh diakses dengan mudah tetapi syarikat tersebut telah membuat beberapa perubahan dengan menyekat pengguna daripada streaming ketika menggunakan VPN.

netlix

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa VPN yang boleh memintas keselamatan rangkaian Netflix dan membolehkan pengguna streaming pada rangkaian VPN. Malangnya, hampir semua VPN tersebut adalah VPN berbayar dan mahal. Namun sekiranya anda mempunyai pelayar internet Opera, anda boleh menggunakan salah satu fungsi yang terdapat di dalam Opera iaitu Opera VPN. Opera VPN boleh memintas rangkaian keselamatan Netflix dan yang menariknya ianya adalah PERCUMA. Sekiranya anda seorang yang suka menonton kandungan di dalam Netflix tetapi tidak mahu membayar untuk VPN maka anda boleh mengikuti langkah-langkah di bawah untuk menggunakan Opera VPN :

  1. Muat turun dan install Opera Browser untuk Windows jika anda belum memilikinya lagi.
  2. Setelah selesai install, buka Opera dan pergi ke Settings
  3. Dalam Settings, pergi ke Advanced > Privacy and Secrity dan cari VPN
  4. Dayakan pilihan VPN dan sekarang anda akan melihat ikon VPN di sebelah bar alamat di bahagian atas
  5. Klik pada ikon VPN di bahagian atas dan pilih rantau yang anda ingin akses. Opera menyediakan tiga kawasan geografi yang luas iaitu Asia, Eropah dan Amerika
  6. Apabila rantau dipilih, anda boleh menghidupkan VPN
  7. Sekarang pergi ke laman web Netflix dan anda boleh menonton Rancangan TV atau Filem kegemaran anda.

Dengan menggunakan Opera VPN, anda boleh mengakses kepada rancangan dan filem kegemaran anda yang mungkin tidak terdapat di rantau anda. Satu-satunya kelemahan untuk menggunakan Opera VPN ialah ia berfungsi di kawasan geografi yang luas jadi jika pertunjukan atau filem terhad kepada satu negara maka ia mungkin mengambil beberapa percubaan sebelum anda mendapatkan hak wilayah/kawasan tersebut. Selain itu, kelemahan menggunakan mana-mana VPN adalah kelajuan internet berkurang tetapi anda mungkin tidak mempunyai masalah itu sekiranya mempunyai sambungan internet yang baik.

Kelantan Darul Naim atau Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli tempatan. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Narathiwat, Thailand. Kelantan merupakan sebuah negeri pertanian yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan. 

peta Kelantan

Berdasarkan pada Bancian Tahun 2017, Kelantan mempunyai seramai 1,829,000 orang penduduk. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan 96.0%, diikuti dengan kaum Cina 3.1%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.6%.

Kelantan Darul Naim terdiri daripada 11 jajahan iaitu :

  1. Jajahan Kota Bharu
  2. Jajahan Pasir Mas
  3. Jajahan Tumpat
  4. Jajahan Pasir Puteh
  5. Jajahan Bachok
  6. Jajahan Kuala Krai
  7. Jajahan Machang
  8. Jajahan Tanah Merah
  9. Jajahan Jeli
  10. Jajahan Gua Musang
  11. Jajahan Kecil Lojing

Negeri Kelantan mengalami iklim tropika yang baik, di mana hampir setiap tahun hujan turun dengan berselang-seli mengikut bulan tertentu. Kebiasaannya, hujan yang lebat akan berterusan selama beberapa hari atau selama beberapa bulan. Bulan-bulan yang mengalami hujan yang paling kerap ialah bulan November, Disember dan Januari, iaitu pada musim tengkujuh.

Antara tarikan utama di negeri Kelantan adalah : 

  1. Pasar Besar Siti Khadijah - Nama ini berasal dari Khadija binti Khuwaylid, isteri Nabi Muhammad yang merupakan ahli perniagaan pada masa itu
  2. Taman Negara - Terletak di Jajahan Gua Musang, Kelantan, berhampiran sempadan Pahang dan Terengganu. Ia terletak di dalam hutan rizab Bukit Hantu dan Lebir
  3. Wat Photivihan Sleeping Buddha atau Kuil Photivihan - Kuil ini adalah salah satu daripada 25 kuil yang terdapat di Tumpat, dan merupakan salah satu yang paling popular di negara ini
  4. Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra - Seni bina masjid ini amat unik kerana menggabungkan seni bina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing, China
  5. Pantai Irama Bachok - Terletak di dalam Jajahan Bachok dan merupakan tempat kunjungan utama penduduk Jajahan Bachok dan juga penduduk Negeri Kelantan khususnya
  6. Gunung Stong - Gunung Stong setinggi 1,433 meter terletak kira-kira 300 kilometer dari Kota Bharu dan digambarkan sebagai lokasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia kerana mengalir di kawasan itu adalah air terjun Jelawang setinggi 303 meter yang didakwa sebagai tertinggi di Asia Tenggara
  7. Masjid Muhammadi - Salah satu lambang kemegahan di dalam bandar ini yang mempunyai ciri-ciri gerbang yang anggun dan warna keemasan. Nama Masjid Al- Muhammadi sebagai satu penghormatan Almarhum Sultan Muhammad ke IV di atas sumbangan dan jasa terhadap negeri ini
  8. Masjid Al-Ismaili - Masjid yang terletak di Bandar Baru Pasir Pekan, Wakaf Baru
  9. Pantai Bisikan Bayu - Juga dikenali sebagai Pantai Dalam Rhu, angin lembut di pantai menghasilkan bunyi yang tenang, kata penduduk setempat, berbunyi seperti bisikan yang menenangkan
  10. Kraftangan Desa dan Muzium Kraftangan - Juga dikenali sebagai "Balai Getam Guri", ia menempatkan banyak contoh halus ketukangan Kelantan seperti sulaman tradisional, tenunan songket, percetakan batik, kerja perak dan ukiran kayu
  11. Pantai Cahaya Bulan - Merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan, Malaysia. Ia terletak kira-kira 10 km dari Bandar Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941

 

Rujukan :

  1. Anggaran Penduduk Semasa Malaysia 2018 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia

Gugup, cuak, sakit perut, rasa nak masuk tandas dan macam-macam lagi gelagat sesetengah orang bila menghadapi temuduga. Jadi di sini ada tips doa yang diberikan oleh Dato Fadzillah Kamsah dalam rancangan “Bersama Dato”

  1. Sebelum masuk temuduga, semasa tunggu nama anda dipanggil masuk, bacalah al-Fatihah.
    20180808 alfatihah

  2. Baca ayatul Qursi
    20180808 Ayat Qursi

  3. Baca Ayat 1000 Dinar
    20180808 ayat seribu dinar

  4. Akhir sekali Zikir ‘Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir’

20180709 tips beli rumah

Orang tua-tua kata, masa muda lah masa untuk kita kumpul aset kita! Nanti dah tua boleh lah senang-lenang kan? Tapi, kebanyakkan orang muda buntu dan tidak tahu cara yang mana mereka perlu lakukan dahulu. Akhirnya, mereka ambil jalan untuk menyewa sahaja.

Jangan risau, kalau ini merupakan kali pertama anda membeli rumah, ikuti tips-tips yang di bawah ni.

 

SEMAK KREDIT SCORE

Bagi yang tak tahu, credit score ni sebenarnya skor CCRIS (Central Credit Reference Information System). Kalau anda pernah buat pinjaman atau ada kad kredit dan bayar mengikut masa yang ditetapkan, jadi jangan risau kerana anda mempunyai skor yang baik!

Kalau tak pernah buat apa-apa pinjaman pun, anda boleh cuba dahulu dengan bank skor anda.

 

NILAIKAN ASET DAN LIABITI YANG ANDA ADA!

Bila berbicara mengenai pembelian hartanah, faktor kewangan merupakan isu yang utama yang akan diutarakan. Sebelum membeli rumah anda hendaklah menilai kemampuan anda. Pastikan gaji bersih anda cukup supaya bila sudah membeli rumah nanti anda tidak kesempitan wang. Semak aset dan liabiliti yang anda ada untuk memastikan tiada sebarang isu untuk bank luluskan pinjaman anda. Pastikan anda dapat membuat pembayaran pinjaman dengan baik!

 

SEDIAKAN DOKUMEN-DOKUMEN YANG BERKAITAN

Antara dokumen-dokumen yang perlu ada ialah:

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Penyata Pendapatan Tahunan (EA: Swasta, EC: Penjawat Awam) (2 Tahun)
  3. Surat Pengesahan Majikan (penjawat awam boleh sertakan surat lantikan atau pengesahan jawatan)
  4. Slip Gaji (3 bulan atau 6 bulan)
  5. Penyata EPF (terkini)
  6. Penyata Bank (3 bulan – 6 bulan)
  7. Dokumen Sokongan:
    1. TH, ASB, Fixed Deposit
    2. Unit Amanah, simpanan, saham.
    3. Surat perjanjian hutang / komitmen kena bayar pada bank setiap bulan untuk perkiraan DSR.
    4. Sebarang dokumen yang boleh menampakkan yang anda mampu membayar ansuran bulanan.
    5. Laporan CCRIS

 

KAJI CARA YANG PALING TEPAT UNTUK ANDA BAYAR DOWNPAYMENT!

Ada pelbagai cara yang disyorkan oleh pakar-pakar hartanah mengikut jenis rumah dan dealer anda. Sama ada rumah dengan pemaju, rumah subsale/kedai, rumah, rumah lelong atau tanah lot. Tentukan jenis rumah yang dibeli dan cuba survey cara termudah untuk bayar downpayment. Bukan sahaja mudah tetapi untuk elakkan ditipu. Pastikan jangan bayar terlalu tinggi untuk downpayment dan pastikan ada perjanjian yang sah!

 

PERIKSA KAWASAN HARTANAH TERSEBUT

Kalau anda tengok di iklan-iklan rumah, maklumat yang diberikan sememangnya tip-top. Jangan terpedaya dan percaya 100%! Pergi dan periksa kawasan hartanah tersebut sebelum menghubungi dealer tersebut. Buat sedikit kajian mengenai kawasan rumah tersebut sama ada bersih, tahap keselamatan tinggi atau tidak dan adakah kawasan tersebut terlampau padat.