Username *
Password *
Remember Me

Lebuhraya Rakyat

Written by  Oct 01, 2012

Apabila kerajaan Kelantan mengumumkan akan membina Lebuhraya Rakyat sepanjang 73 kilometer dengan belanja sebanyak RM1.8 bilion dari Kuala Krai ke Kota Bharu, berbagai cemuhan dan perhinaan dilakukan oleh pembangkang kerajaan Kelantan. Media cetak dan elektronik mula mencanangkan ke seluruh negara yang projek itu hanyalah gimik politik PAS untuk meraih simpati rakyat Kelantan.

Projek Lebuhraya Kuala Krai ke Kota Bharu sebenarnya bukanlah janji PAS tetapi ia adalah janji Kerajaan Pusat pada Rancangan Malaysia (RMK) ke 5 lagi dan ia terus dijanjikan lagi pada RMK9 semasa pentadbiran Pak Lah demi meraih undi rakyat Kelantan. Tidakkah ia menunjukkan yang projek bernilai RM 1.8 bilion ini adalah gimik politik Umno dan ianya bukan dari PAS?

Apatah lagi dengan rayuan kerajaan Kelantan yang diterajui oleh TG Nik Aziz agar rakyat Kelantan sama-sama membantu pembinaanya dengan menyumbang apa sahaja yang termampu oleh mereka kerana itulah ia dinamakan Lebuhraya Rakyat yang tidak akan dikenakan tol. Kesungguhan kerajaan Kelantan dalam menjayakan projek ini benar-benar menyakitkan hati pembangkang Kerajaan Kelantan dan Gerakan Tukar Kerajaan Pas Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) yang dianggotai oleh penyokong-penyokong parti pembangkang Kerajaan Kelantan.

Jika di buka kembali lembaran sejarah satu masa dahulu, rakyat Kelantan tidak pernah terfikir kerajaannya mampu membina jambatan merentangi Sungai Kelantan yang dinamakan Jambatan Sultan Yahya Petra. Jambatan yang dibina pada tahun 1963 itu siap 2 tahun kemudian dan dirasmikan pada 17 April 1965 oleh KDYMM Al-Marhum Sultan Yahya Petra yang menelan belanja RM6.7 juta.

Allahyarham Tuan Haji Mohd Amin Yaakob, bekas Exco kerajaan negeri menyatakan:

"Setelah perundingan dibuat (antara kerajaan negeri dan Persekutuan), keputusannya amat mendukacitakan. Sebaliknya segala peralatan yang telah dibawa bagi melaksanakan projek tersebut terus dipindahkan ke Temerloh, Pahang untuk membina jambatan di sana bagi menggantikan perkhidmatan feri pada masa itu." 

Allayharham juga menyatakan, terdapat pihak-pihak tertentu mengejek bahawa tanpa bantuan kerajaan Pusat, kerajaan negeri tidak akan dapat menyempurnakan pembinaan jambatan tersebut bahkan mereka bernazar andai kata jambatan tersebut mampu disiapkan, maka mereka akan bertelanjang di atas jambatan tersebut. Soalnya sekarang, adakah mereka (mungkin dah meninggal) telah menunaikan nazar mereka atau belum? Ini semuanya menunjukkan sikap bongkak dan takbur mereka.

Itu yang tercatat dalam lipatan sejarah. Hari ini kita generasi baru akan mengukir sejarah baru bersama kerajaan negeri dengan pembinaan lebuhraya rakyat. Kenapa perlu dipandang dengan ejekan dan sindiran? Biarkan mereka dengan keangkuhan. Semoga pemimpin pembangkang Kerajaan Kelantan, menteri-menteri kabinet yang berasal dari Kelantan dan Gerakan TUKAR akan insaf kelak.

Satu cadangan khas kepada Gerakan TUKAR dan yang seangkatan dengan mereka yang perli bila kerajaan negeri Kelantan nak bina lebuhraya. Kalau tahun 60-an dulu, ayah dan datuk mereka boleh berniat kalau siap Jambatan Sultan Yahya Petra, mereka nak telanjang atas jambatan, hari ini anak-beranak Gerakan TUKAR kena niat perkara yg sama. "Kalau siap lebuhraya,niat nak jalan kaki dari Kota Bharu ke Kuala Krai tanpa berpakaian" Baru nampak bersungguh sikit. Ada berani?

Credit to : Pena Daie & Musafirlalu

p/s : Pakat-pakat la kita derma untuk bina 'lebuhraya ke syurga' kita. Kalau tak ada duit RM10 yang baru, bagi RM100 yang buruk-buruk pun tak apa...

Last modified on Sunday, 30 April 2017 09:13

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Facebook

  1. Popular
  2. Trending
  3. Comments
Buah Tamar

Buah Tamar

Nov 19, 2010 275 Kata-Kata Mutiara

Pedoman

Pedoman

Nov 30, 2010 266 Kuliah/Tazkirah

Hot Line 24434

Hot Line 24434

Nov 24, 2010 262 Kuliah/Tazkirah

Calender

« May 2018 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
  1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31