Username *
Password *
Remember Me

Konsert K-POP: Pembohongan Kementerian Belia dan Sukan Kantoi Akhirnya...

Written by  Oct 02, 2013

Tahun lalu.. apabila terdedah kepada umum invois awal yang menunjukkan jumlah yang telah dibayar oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada artis-artis K-Pop yang didatangkan khas dari Korea untuk menarik minat belia bagi menghadiri program Himpunan Jutaan Belia 2012.. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menafikan bahawa ianya menggunakan wang kerajaan sebaliknya tiga kumpulan K-Pop dikatakan dibayar menggunakan wang penajaan untuk konsert berkenaan..

"Kos RM900,000 ini ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak swasta untuk menyelesaikannya," katanya..

Ini laporan berkaitan oleh Bernama yang disiarkan oleh mStar pada Sabtu 2 Jun 2012 ..

KBS Tidak Guna Wang Kerajaan Bayar Persembahan K-Pop KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak menggunakan wang kerajaan untuk membayar persembahan tiga kumpulan K-Pop dari Korea Selatan pada Himpunan Jutaan Belia 2012 dari 23 hingga 27 Mei lepas, di Putrajaya. Ketua Setiausaha KBS, Datuk Mohid Mohamed berkata kos membawa kumpulan itu oleh Stadium First Sdn Bhd (Stadium First) berjumlah RM900,000 (USD$300,000), dibayar menggunakan wang penajaan untuk konsert berkenaan. "Bagaimanapun, sehingga hari ini, KBS masih belum membuat sebarang pembayaran kepada Stadium First kerana ia masih dalam proses perincian. "Kos RM900,000 ini ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak swasta untuk menyelesaikannya," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat. Tiga kumpulan K-Pop yang membuat persembahan itu ialah U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet. Persembahan itu adalah antara 500 aktiviti yang dijalankan sepanjang lima hari Himpunan Jutaan Belia 2012. Mohid berkata KBS menerima tajaan berjumlah RM28 juta daripada syarikat-syarikat swasta dalam bentuk wang tunai, barangan dan pelaksanaan pelbagai program. "Kementerian ingin menjelaskan bahawa invois bernilai RM2.4 juta yang didedahkan dalam laman blog adalah invois awal yang dibuat berdasarkan kepada perkiraan awal yang dikeluarkan oleh agen kepada Stadium First. "Bagaimanapun, hasil perbincangan dengan agen berkenaan, Stadium First berjaya mendapatkan pengurangan dengan kos akhir membawa kumpulan K-Pop tersebut kepada RM900,000," katanya. - BERNAMA

 

 

********************

 

Bagaimanapun akhirnya terdedah juga siapa yang membayar kepada artis dari Korea Selatan itu dan jumlahnya bukanlah RM900,000 tetapi RM1.600,000!!

 

 [ Sumber dari Laporan Audit Tahun 2012 ]

 

 

P/S : Tak habis-habis menipu rakyat BN/UmPORNO nih!! Salute Khairy Jamaluddin aka KJ atas pengakuan yang berani dan ikhlas. Mana Shabery Cheek selaku Menteri KBS masa tu???

Last modified on Thursday, 27 April 2017 20:36

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Facebook

  1. Popular
  2. Trending
  3. Comments
Never

Never

Mar 02, 2011 180 Kata-Kata Mutiara

Enjoy Your Life

Enjoy Your Life

Feb 28, 2011 178 Motivasi

Buah Tamar

Buah Tamar

Nov 19, 2010 175 Kata-Kata Mutiara

Calender

« December 2017 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
        1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31