Username *
Password *
Remember Me

SARA 1M Halal Atau Haram?

Written by  Feb 02, 2012

SARA 1Malaysia (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia) , skim yang terbaru yang dilancarkan oleh PM Najib. Kalau dapat 100,000 pelabur pukul rata masing-masing membuat pelaburan RM5,000, kerajaan Malaysia sudah dapat tabungan sebanyak RM500 Juta.

SARA 1M yang dilancarkan Najib bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah khususnya untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Katanya ia merupakan satu produk pelaburan unit amanah yang digabungkan dengan produk pinjaman bagi menghasilkan satu produk hibrid yang mampu menjana aliran pendapatan tunai atau insentif bulanan yang konsisten. Hadnya ialah RM5,000, dan mereka boleh membelinya melalui simpanan atau memohon pinjaman pelaburan daripada institusi kewangan terpilih.

Daripada pelaburan itu, rakyat dijamin mereka akan menikmati pendapatan RM134 sebulan, manakala yang membuat pinjaman, mereka hanya perlu membuat pembayaran balik sebanyak RM84 sebulan dan meraih untung RM50 sebulan

Bagaimana berminat dengan tawaran skim Sara 1M? Bagaimanapun sebelum itu, di sini ada beberapa perkara yang masih lagi samar-samar dan perlu diambil kira sebelum menyertai skim Sara 1M. Antaranya ialah :

  • Ada atau tidak penasihat syariah dalam skim Sara 1M ini? Patuhi shariah compliance atau tidak
  • Kita tidak dijelaskan dan samar-samar ke mana dan apa sebenarnya yang dilaburkan oleh kerajaan untuk memberi pulangan yang tetap.
  • Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 10-12 April 2007, menyatakan "Sebarang pelaburan yang menjamin keuntungan secara tetap seperti ditawarkan oleh beberapa syarikat pelaburan dalam dan luar negara seperti Swiss Cash Mutual Fund dan lain-lain adalah haram kerana ia mengandungi unsur riba dan gharar"
  • Sara1M menggalakkan pelabur membuat pinjaman untuk membeli 5000 unit saham. Ini adalah satu nasihat kewangan yang salah.
         RM84 sebulan X 12 bulan X 5 tahun = RM5040
    Jumlah bayaran balik kepada bank adalah sebanyak RM5040.

 

Kesimpulannya, berhati-hatilah dalam membuat sesuatu pelaburan. Janganlah disebabkan beria-ria nak menyertai skim Sara 1 Malaysia tanpa memikirkan halal haram, diakhirnya kelak sengSara 1 Malaysia dunia dan akhirat.

Rujukan :

e-Fatwa : Portal Rasmi Fatwa Malaysia

Mengapa Pelaburan Tidak Boleh Menjamin Keuntungan : Us Zaharuddin Abd Rahman 

Last modified on Sunday, 30 April 2017 11:42

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Facebook

  1. Popular
  2. Trending
  3. Comments
Never

Never

Mar 02, 2011 180 Kata-Kata Mutiara

Enjoy Your Life

Enjoy Your Life

Feb 28, 2011 178 Motivasi

Buah Tamar

Buah Tamar

Nov 19, 2010 175 Kata-Kata Mutiara

Calender

« December 2017 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
        1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31