Username *
Password *
Remember Me
Lazada Malaysia

Ibu, Bila Ayah Nak Bangun

Written by  Feb 27, 2016

TUMPAT – Hati ibu mana tidak tersentuh jika anak sering bertanya bila ayahnya akan bangun sedangkan tubuh yang terlantar itu sedang bertarung nyawa untuk pulih dari separuh sedar. Nor Azizah Ibrahim, 32, berkata, pada Mei ini genap dua tahun suaminya, Mohd Amin Khasfi, 34, terlantar lumpuh akibat serangan angin ahmar ketika bekerja di Sarawak. Menurutnya, sejak itu, kehidupan bahagia keluarganya bagaikan disentap apabila dia bersama dua anaknya, Nor Arissa Balqis, 7, dan Nor Awatif Sofia, 2, hilang tempat bergantung dan punca pendapatan.

“Arissa rapat sangat dengan ayahnya tapi bila terlalu lama sangat ayahnya terbaring macam itu, dia mula putus asa... 'Ayah tak bangun pun' kata dia...” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru, Pasir Pekan.

Hati Nor Azizah lagi tersentuh apabila melihat anak bongsunya tidak sempat merasai kasih sayang seorang ayah kerana ketika suaminya koma, dia sedang mengandung tujuh bulan anak keduanya itu. Nor Azizah berkata, dia juga bagaikan hilang punca namun bersyukur apabila adik-beradik dan ibu mertua sentiasa di sisi membantu dari segi kewangan dan sokongan moral.

“Mudah-mudahan ALLAH jaga hati saya untuk bersama suami walau apa jua keadaan dia sekali pun, saya dan anak-anak akan tunggu abang sedar,” katanya.

Sejak suami Nor Azizah terlantar itu, peralatan katil dan tilam khas untuk suaminya dibeli hasil kewangan daripada adik beradik. Katanya, dia tidak bekerja dan pernah mengambil alih tugas suaminya sebagai agen pengambilan pelajar kolej swasta tetapi tidak berjaya menguruskannya kerana tiada pengalaman. Menurut Nor Azizah, suaminya bergantung kepada susu sepenuhnya dan setiap bulan memerlukan 12 tin susu khas berharga RM65 setin dan 10 bungkus lampin pakai buang.

“Bulan lepas ada NGO hulurkan empat tin susu itu, sedikit sebanyak membantu saya, saya juga ada menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan, wang itu saya gunakan untuk beli lampin pakai buang,” katanya.

Menurutnya, sejak kebelakangan ini, suaminya menunjukkan tindak balas positif apabila boleh mengerakkan mata dan jarinya.

“Saya juga ada ikhtiar rawatan tradisional, memanggil tukang urut mengurutnya,” katanya.

Pihak yang sudi membantu boleh salur bantuan: Bank Simpanan Nasional: 0301-8410-0011-8561

Sumber : Sinar Harian 25 Feb 2016

 

# UPDATE 02 OKTOBER 2016

Alhamdulillah, pada hari ini, dapat juga kami bersua dengan sahabat yang sedang diuji dengan stroke sejak 2 tahun lepas, Amin Kaysfi aka Kepi, di Tumpat. Kutipan derma yang telah dilancarkan dan jumlah yang terkumpul sebanyak RM3600 telah disampaikan kepada isteri beliau Pn. Azizah. 

Berdasarkan pemerhatian dan perbualan dgn isteri dan keluarga beliau, ada perkembangan positif ditunjukkan. Kepi sudah boleh menggerakkan tangan kanan untuk bersalam, menunjuk (pointing), menulis sikit, menggerakkan kedua kaki sedikit untuk mengeliat, dan sedikit suara. Perbelanjaan bulanan untuk kepi (adult diapers dan susu khas) lebih kurang rm1500 sebulan. Ini belum termasuk sara hidup keluarga beliau (isteri, anak; 7 tahun dan 2 tahun). Bantuan zakat MAIK (RM2000 setahun) dan JKM (RM300 sebulan) amat dihargai, namun pastinya belum mencukupi.

Sape2 yg berhajat nk membantu boleh salurkan ke akaun BSN 0301-8410-0011-8561Telefon: +60199054838. Lebih membuatkan hati ini sayu bila si anak yg berusia 2 thn mcium2 tgn si ayah yg xdpt mendodoi, mendukung dan bermain dgnnya sejak dilahirkan.. smoga anak ini dpt memberi semangat dan kekuatan utk Amin Kupi Bazooka cepat sembuh. Amiin..

 

Last modified on Monday, 01 May 2017 16:20

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Facebook

  1. Popular
  2. Trending
  3. Comments
Never

Never

Mar 02, 2011 159 Kata-Kata Mutiara

Enjoy Your Life

Enjoy Your Life

Feb 28, 2011 158 Motivasi

Buah Tamar

Buah Tamar

Nov 19, 2010 153 Kata-Kata Mutiara

Calender

« October 2017 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
            1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31