Username *
Password *
Remember Me

Zaman Batu Hanyalah Satu Konspirasi Freemanson

Written by  Sep 02, 2011

2:30And [mention, O Muhammad], when your Lord said to the angels, "Indeed, I will make upon the earth a successive authority." They said, "Will You place upon it one who causes corruption therein and sheds blood, while we declare Your praise and sanctify You?" Allah said, "Indeed, I know that which you do not know."

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat… “Sesungguhnya Aku ingin menjadikan seorang khalifah di muka bumi…” Lalu para malaikat menjawab… “Adakah kamu ingin menjadikan di atas muka bumi ini orang-orang yang akan merosakkan bumi dan menumpahkan darah? Sedangkan kami pula sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau..” Tetapi ALLAH berfirman.. “Sesungguhnya Aku tahu apa yang kamu semua tidak tahu..”

Surah Al-Baqarah ayat 30

 

Persoalannya, apakah perkara yang dimaksudkan oleh ALLAH yang tidak diketahui oleh para malaikat? Persoalan tersebut telah dijawab dalam ayat-ayat seterusnya.. ALLAH telah mengajarkan kepada Nabi Adam AS “nama-nama” keseluruhannya. Setelah Nabi Adam AS mengetahui semua “nama-nama” tersebut, maka bersujudlah para malaikat tanda penghormatan kepada manusia kecuali Iblis laknatullah kerana kesombongan dan merasakan bahawa manusia tetap akan melakukan kerosakan di muka bumi dan menumpahkan darah walaupun sudah diajarkan mengenai “nama-nama” oleh Tuhannya. Kerana itu dia enggan sujud dan telah berikrar sehingga hari Qiamat untuk membuktikan bahawa manusia tetap akan merosakkan bumi dan menumpahkan darah walaupun telah mengetahui akan “nama-nama” tersebut. Apakah yang dimaksudkan dengan “nama-nama” tersebut? Kerana “nama-nama” itulah sebenarnya penyelesaian kepada setiap kerosakan dan pertumpahan darah yang sedang berlaku kepada umat manusia di akhir zaman ini sebagaimana yang telah dijangkakan oleh para malaikat.

Mari kita imbas kembali sejarah ketamadunan manusia. Kita sering menyangka sejarah ketamadunan manusia bermula dengan zaman batu. Kononnya manusia zaman tersebut tidak mengetahui apa-apa. Malah tidak tahu bercakap. Tiada bahasa. Tetapi berkembang sedikit demi sedikit mencapai kemajuan. Dan akhirnya memasuki zaman moden di mana kita berada sekarang. Itulah sejarah yang dipercayai oleh majoriti manusia sekarang dan diajar di sekolah dan universiti. Tanyalah sesiapa sahaja, garis masa seperti itulah yang akan dijawab oleh mereka. Apabila disebut zaman purba, mereka akan membayangkan orang yang tinggal di dalam gua.

Tetapi lupakah anda bahawa kaabah dan masjid Al-Aqsa sebenarnya dibina oleh Nabi Adam AS sebagaimana yang telah diberitahu di dalam hadith Rasulullah SAW? Ini menunjukkan bahawa manusia pertama sudah pandai membina bangunan! Adakah mereka tinggal di dalam gua seperti binatang? Malah Nabi Adam AS sudah pandai berkata-kata, berpakaian dan bertindak seperti manusia yang waras seperti manusia yang wujud pada hari ini. Adakah Nabi Adam AS diturunkan dalam keadaan yang hina seperti monyet oleh ALLAH tanpa sebarang ilmu? Nabi Nuh sudah pandai membuat bahtera yang besar. Stonhege dan Piramid Giza adalah contoh binaan orang-orang yang kita gelar kononnya sebagai “orang gua”? Sebuah artifak yang begitu unik telah ditemui dalam tamadun Babylon. Dan setelah dikaji, ianya merupakan sebuah bateri. Dan ini menunjukkan kerajaan kuno Babylon sudah pandai menggunakan tenaga elektrik berjuta-juta tahun dahulu sebelum kita.

Zaman Batu tidak pernah wujud!!! Zaman Gangsa tidak pernah wujud!!! “Paleolitik” hanya satu istilah khayalan. “Mesolitik” hanya satu istilah dongeng. Tahukah anda siapakah dalang di sebalik penipuan sejarah ini? CHARLES DARWIN dan para penyokong teori evolusi. Teori evolusi hanyalah pembohongan semata-mata!

Dan menjadi satu keperluan untuk kita mengenali sejarah sebenar kita. Al-Quran hanya menggunakan nama-nama para Nabi sebagai ukuran masa dalam sejarah. Contoh : 1)”…di masa kerajaan Sulaiman….”(Baqarah 102) 2)”…sesudah Musa….”(Baqarah 246) 3)”…sesudah Nuh….”(Isra’ 17) Kerana para Nabi ini adalah wakil kaum mereka pada tempat, waktu dan ketamadunan yang tertentu. Inilah cara sebenar untuk mengkaji sejarah. Kajilah berdasarkan Nabi-Nabi yang telah diutuskan. Dan anda akan faham bagaimana dan bila perkembangan ketamadunan kaum tersebut. Dan bagaimana ketamadunan mereka yang begitu canggih boleh HANCUR sekelip mata sehingga kita menyangka mereka berada di ZAMAN BATU.

“Telah berlalu aturan-aturan yang tetap sebelum kamu, maka kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (ayat-ayat ALLAH)”

Surah Ali Imran : 137

Mereka bukanlah “orang gua” yang hanya tahu makan dan tidur. Tetapi mereka telah membina satu ketamadunan yang begitu hebat. Malah mungkin kecanggihan mereka lebih hebat daripada kita pada hari ini! Ilmu pengetahuan mereka begitu tinggi sehingga mereka mampu mencerap bintang-bintang di langit tanpa menggunakan sebarang teknologi yang ada pada hari ini. Tetapi kerana kekufuran sebahagian daripada mereka kepada ALLAH, maka kehebatan ketamadunan mereka telah dihancurkan dalam masa satu malam sahaja, sehingga kita menyangka mereka ini adalah orang-orang zaman batu yang tidak pernah mencipta apa-apa.

Begitulah bagaimana sejarah-sejarah berulang, tetapi amat sedikit yang mengambil pengajaran. Dan sejarah terus berjalan, sehinggalah ke peringkat akhir. Jangka masa dalam sejarah manusia ditanda mengikut Nabi-nabi yang diutuskan. Dan apabila Nabi yang terakhir telah diutuskan, maka ini juga bermakna sejarah sudah sampai ke fasa terakhir. Fasa ini begitu penting bagi makhluk yang bernama Iblis! Kerana Iblis sudah berjanji kepada Allah sejak awal sejarah manusia lagi untuk membuktikan bahawa manusia adalah makhluk yang akan merosakkan bumi dan saling menumpahkan darah.

Mengikut hadith, zaman umat Nabi Muhammad SAW dibahagikan kepada 5 bahagian mengikut kerangka masa:

  • “Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak ALLAH, kemudian ALLAH mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
  • Selanjutnya adalah masa khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak ALLAH mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
  • Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan ‘Adnan), adanya atas kehendak ALLAH, kemudian ALLAH mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
  • Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak ALLAH, kemudian ALLAH mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
  • Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah).

Kemudian beliau (Nabi SAW) diam..”

[ HR Ahmad dan Baihaqi dari Nuaman Bin Basyir dari Hudzaifah ]

Mengikut Rasulullah SAW, fasa pertama bagi umat ini adalah ketika Nabi masih hidup. Zaman ini sudah berlalu. Kemudian, datang pula zaman pemerintahan yang mengikut cara kenabian. Pada zaman ini, kita dapat lihat umat Islam diperintah oleh 4 Khulafa’ Rasyidin. Zaman ini juga sudah berlalu. Kemudian datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang “menggigit”. ”Menggigit” di dalam hadith tersebut bermaksud mereka hanya menyerahkan kekuasaan kepada keturunan mereka. Kita dapat lihat pada fasa ini kerajaan Umayyah, Abassiyah dan Uthmaniah yang berkuasa dengan menggunakan sistem monarki. Zaman ini juga sudah berlalu. Kemudian datang pula satu zaman yang dunia diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela. Dan fasa itu ialah zaman sekarang. Kemudian setelah berlalunya fasa keempat, akan datang pula fasa kelima. Fasa kelima, dunia akan kembali diperintah mengikut cara Nabi berasaskan syariat Islam. Setelah habis bercerita mengenai lima fasa tersebut, tiba-tiba Rasulullah SAW diam. Dan diam tersebut bermaksud sejarah manusia sudah tamat!

Rasulullah SAW pernah mengingatkan umatnya yang akan hidup pada fasa ke-4 ini akan kedatangan satu fitnah. Fitnah yang paling besar dalam sejarah ketamadunan manusia. Itulah fitnah Al-Masih Ad-Dajjal! Dajjal tidak akan datang dalam fasa ke-5 kerana fasa ke-5 kekuasaan telah berada di pihak orang-orang yang beriman. Dajjal juga tidak akan muncul selepas fasa ke-5 kerana selepas itu sejarah ketamadunan manusia sudah tamat. Hanya fasa ke-4 sahaja peluang untuk Iblis mengumpulkan pengikutnya seramai mungkin yang akan ke neraka. Dan fasa ke-4 itu adalah zaman yang kita berada di dalamnya. SEKARANG!! Sebelum turunnya Nabi Isa AS dan munculnya Imam Mahdi yang akan memindahkan kita ke fasa yang ke-5. Seterusnya mengakhiri sejarah ketamadunan manusia dan mengalahkan usaha Iblis di peringkat terakhir zaman manusia.

Siri Perang Salib pada tahun 1099 adalah permulaan kepada dunia yang dikatakan “moden” ini. Ketika itu, Jerusalem telah jatuh ke tangan tentera Salib. Pada 1118, sebuah kumpulan tentera yang bernama Knight Templar telah dibentuk. Knight Templar ini telah mengawal keadaan di Jerusalem dan juga telah mencipta satu sistem ekonomi sendiri. Tetapi sesuatu yang unik telah berlaku kepada kumpulan Knight Templar yang jarang kita dengar. Kumpulan tersebut telah menemui “harta” yang tidak ternilai di bawah Masjid Al-Aqsa ketika berada di Jerusalem. ”Harta” tersebut sebenarnya merupakan buku-buku sihir purba milik Bani Israil yang dirampas oleh Nabi Sulaiman AS. Nabi Sulaiman AS merampas semua buku-buku sihir dan menyimpannya di dalam sebuah bilik rahsia di bawah Al-Aqsa. Knight Templar telah menemui bilik tersebut dan mempelajari simbol-simbol dan sihir-sihir Bani Israil. Sihir-sihir tersebut sangat hebat, lantas mereka meninggalkan agama Kristian dan mengamalkan upacara penyembahan Iblis. Mereka dapat berkurung dengan Al-Massih Ad-Dajjal yang sedang dikurung sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW lagi. Dajjal menjanjikan mereka kekuasaan, kekayaan dan segala macam kenikmatan yang tiada tandingan. Sebagai balasan, para penyembah Iblis ini perlu bekerja untuk Dajjal dalam melaksanakan semua konspirasi agungnya. Termasuklah membina Haikal Sulaiman, sebagai istana tempat Dajjal akan memerintah dunia apabila dilepaskan nanti.

“Dan mereka mengikut apa yang telah dibacakan oleh syaitan-syaitan di zaman kerajaan Nabi Sulaiman. Dan bukanlah Nabi Sulaiman itu kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada 2 malaikat Harut dan Marut di negeri Babil.."

Al-Baqarah 102

Tetapi Jerusalem berjaya dirampas oleh tentera Islam kembali. The Knight Templar terpaksa lari ke balik Eropah. Lantas mereka membina semula kekuatan di Eropah. Menyedari hal ini, raja-raja Eropah telah mengharamkan Knight Templar. Amalan sihir mereka terbongkar. Hampir semua ahli ditangkap, dibunuh dan dibakar hidup-hidup. Tetapi kita diajar di dalam sejarah kononnya mereka yang ditangkap itu adalah para saintis yang tidak sehaluan dengan pihak gereja di zaman kegelapan Eropah. Namun sebahagian kecil daripada mereka terselamat. Pergerakan mereka disusun semula dan ditukar nama menjadi “Freemason”.

Last modified on Sunday, 30 April 2017 12:07

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Facebook

  1. Popular
  2. Trending
  3. Comments
Buah Tamar

Buah Tamar

Nov 19, 2010 275 Kata-Kata Mutiara

Pedoman

Pedoman

Nov 30, 2010 266 Kuliah/Tazkirah

Hot Line 24434

Hot Line 24434

Nov 24, 2010 262 Kuliah/Tazkirah

Calender

« May 2018 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
  1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31