Username *
Password *
Remember Me
Lazada Malaysia

Raya Dah Dekat? Ini 6 Perkara Yang Korang Kena ‘Settle’ Sebelum Nak Pulang Beraya

Written by  Jun 12, 2017

Ohooi! Tak lama lagi nak raya! Adik beradik di kampung dah mula mengampu untuk dapatkan baju raya baru. Uih.. Nak yang branded je. Boleh mengalami kegawatan ekonomi macam ni. Ha.. Jangan serabut-serabut. Apakata kita buat dulu checklist supaya dapat mengelakkan kita terlupa ataupun tertinggal perkara-perkara penting yang perlu dilaksanakan sebelum nak menyambut hari lebaran bersama keluarga tercinta ni.

1) Dah settle ke perkara wajib dan sunat tu?? Ha… Jangan buat tak tahu!

Jangan ingat nak raya je! Masa bulan Ramadhan ni lah masa nak mengumpul pahala ya cik kak dan cik abang semua! Lepas tu, perkara-perkara yang lagha tu kurang-kurangkanlah. Jangan jadi bocor pahala tu! Jika mampu, tunaikanlah ibadah terawih hari-hari daripada dok tengok drama Melayu yang ntah apa-apa tu. Balik-balik cerita sama je pun! Ha.. Lepas tu, banyakkan bersedekah dan jangan lupa pula untuk tunaikan zakat fitrah!

2) Kira budget untuk baju raya, kuih raya, rambut raya, duit raya… semualah yang untuk raya!

Memang boleh bikin pening kepala bila terkenangkan ‘permintaan’ keluarga di kampung. Nak semua serba baru. Nasib tak minta rumah baru je. Inilah pentingnya checklist dan budgeting. Kalau tak, lepas raya memang boleh tinggal syiling je! Jadi, kebiasaannya kaum wanita yang akan selesaikan pekara ni dulu untuk persiapan raya. Yalah, kalau lambat kang takda pulak saiz baju dan warna yang berkenan di hati. Maklumlah, kalau boleh nak satu keluarga pakai warna dan corak yang sama. Baru lah meriah! Bab kuih raya pulak, buat yang rajin, bolehlah buat sendiri. Buat mereka yang selalu sibuk, kebiasaannya mesti ‘tunjuk-tunjuk’ kat kedai je. Tapi, make sure rasanya sedap macam homemade tau. Barulah tetamu yang datang beraya nanti akan impress!

3) Elak bersedih di hari raya kerana kena buat kerja ofis

Sakitnya hati kalau time tengah makan ketupat, tiba-tiba bos whatsapp minta buat kerja. Boleh tercekik ooo! Tapi, salahnya korang jugak sebab tak setelkan betul-betul kerja sebelum nak bercuti. Jangan ada yang tangguh-tangguh nak buat lepas raya la, apa la sebabnya nanti anda pasti kelam kabut dan hati tak senang nak enjoy raya. Bila dah ‘settle’ semua, baru boleh raya sakan! Tengok macam mamat dalam gambar atas ni, komited sangat buat kerja… (kononnya)

4) Kereta, rumah, bil api, bil air dan sewaktu dengannya tu semua dah bayar?

Raya tu raya jugak! Tapi jangan over berbelanja beli baju raya, kuih raya, perabot raya dan sebagainya sampai lupa nak bayar komitmen bulanan seperti kereta, rumah dan barang-barang dapur. Silap haribulan, tengah busy beraya, ada pulak orang bank datang nak tarik kereta. hiks! Oh ya.. Lagi satu kalau ada berhutang dengan member ke family ke, eloklah bayar! Jangan suka sangat kumpul hutang. Ini semua penting supaya korang tak garu kepala bila lepas raya nanti.

5) Kereta tu dah servis ke belum?

Uih.. ini sangat-sangat penting okay! Pastikan kereta korang dah diservis dengan ‘tip top', baru boleh balik kampung! Cek minyak, cek brake, cek tayar dan semua yang berkenaan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Lepas tu, jangan pula nak bawak kereta macam berlumba di atas highway tu. Biar lambat, asal selamat! Enjoy je moment nak balik kampung sambil nyanyi lagu raya.

6) Dah semak ke saman-saman tertunggak? Zakat dah bayar ke? Hewhew…

Ha.. Terkedu? Terkesima? Relax-relax. Bulan puasa ni. Jangan stress okay. Yang korang pun kenapa dok tangguh-tangguh bayar saman tu. Kan terus terlupa dah. Macamana pulak dengan roadtax? Dah settle ke? Nak jalan jauh balik kampung ni kenalah prihatin dengan perkara-perkara sebegini. Silap haribulan, kena tahan roadblock nanti. Kan dah spoil je mood raya. 

 

Boleh bayar zakat jugak tau di MyEG! 

Mudah dan ringkas! Semua boleh ‘settle’ semasa bulan Ramadhan ni tau! Untuk pengetahuan anda, MyEG menyediakan servis terbaik untuk memudahkan anda membuat urusan pembayaran kepada pelbagai perkhidmatan. Paling best, bila korang boleh jelaskan pembayaran zakat secara online tau di MyEG! Klik sana, klik sini, terus settle! Barulah rasa lega hati bila kewajipan sebagai umat Islam dah diselesaikan.

Eh, sebelum tu, jom kita tengok video  bertajuk Gitar Buruk ni. Mesejnya memang deep okay! Mesti korang terkenang adik beradik korang. Ha..  Nanti raya pertama, jangan lupa memohon ampun sesama keluarga, kita kasi ‘settle’ segala masalah! Terbaik!

Jika anda nak maklumat yang lebih terperinci, anda boleh layari www.myeg.com.my

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Facebook

  1. Popular
  2. Trending
  3. Comments

Calender

« September 2017 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
        1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30