Username *
Password *
Remember Me
Lazada Malaysia

6 Sebab Kenapa Musim Raya Waktu Paling Best Dan Terbaik Untuk 'Shopping' Sakan

Written by  Jun 04, 2017

Dah nama pun Hari Raya, mestilah kena shopping!

Sudah menjadi lumrah rakyat Malaysia untuk berbelanja sakan menjelang Hari Raya. Daripada baju, ke perabot, sehinggalah ke kereta, kalau boleh semua benda nak tukar baru. Barulah Raya! Malah, musim perayaan juga merupakan masa yang terbaik untuk shopping atau membeli-belah. Kenapa? Kami senaraikan 6 sebab di bawah :

  1. Inilah masanya untuk dapat benda baru.


    Mungkin kalau bukan sebab Raya, kita tak akan terfikir pun untuk shopping atau untuk tukar barangan lama kepada yang baru. Jujurnya, waktu lain tampak seperti tidak sesuai untuk lakukan semua perkara ini kerana tidak ada tujuannya. Masa Raya ni lah nak beli baju baru, beli kereta baru supaya boleh balik kampung dengan lebih style, bawa keluarga jalan-jalan sekitar kampung dengan kereta baru, dan banyak lagi, semuanya serba baru!

  2. Tak rasa bersalah untuk shopping sebab semua orang pun shopping jugak


    Pergilah mana-mana market, mana-mana shopping mall sekali pun, mesti penuh dengan manusia, terutamanya pada waktu malam. Sebab dah alang-alang berbuka puasa, terus pergi shopping dan beli apa yang patut untuk persiapan Raya. Walaupun penuh dengan manusia, orang ramai tak pernah kisah untuk shopping walaupun perlu bersesak dan beratur panjang.

  3. Promosi di mana-mana. Lagi dekat nak Raya lagi murah! 


    Bila ada promosi, nak beli barang pun tak mahal berbanding kalau bukan musim Raya. Kalau boleh, sehari sebelum Raya pun masih nak shopping sebab ada saja promosi yang gempak. Syarikat kereta pun tak lepaskan peluang buat promosi besar-besaran. Kali ini, anda boleh miliki sebuah kereta Volkswagen serendah RM25 sehari! Promosi dari Volkswagen Malaysia ni memang terbaik.

  4. Banyak pilihan. 


    Masa Raya inilah semua peniaga berpusu-pusu keluarkan produk terbaru dan terbaik mereka untuk orang ramai beli. Kalau sebelum ini pilihan sedikit dan terhad, masa Raya semuanya akan jadi banyak. Stok pun sampai bersusun-susun dalam kedai. Jadi, tak ada masalah untuk orang shopping dan beli barang kegemaran mereka menjelang Hari Raya. Mesti ada punya.

  5. Tawar-menawar selagi boleh! 


    YES, Ini yang paling best! Disebabkan semua peniaga memang target nak habiskan stok barangan yang mereka jual, maka kesempatan ini juga boleh diguna pakai oleh pembeli untuk tawar-menawar! Display price memang kadang-kadang di luar bajet, tapi dengan the power of negotiation, mungkin harga seluar yang RM150 tu boleh dapat RM100 je. Musim Raya je boleh dapat macam ni tau!
  6. Boleh beli hadiah untuk orang tersayang. 


    Daripada beli barang untuk diri sendiri, apa salahnya kalau beli sesuatu yang bermakna dan hadiahkan kepada orang tersayang sama ada suami, isteri, mak ayah, anak-anak, dan sanak saudara. Pastinya, Hari Raya akan jadi lebih bermakna buat mereka. Kan lebih sweet!

Apa kata untuk Raya kali ni, beli kereta pulak? ;)

Last modified on Sunday, 04 June 2017 02:07

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Facebook

  1. Popular
  2. Trending
  3. Comments
Never

Never

Mar 02, 2011 159 Kata-Kata Mutiara

Enjoy Your Life

Enjoy Your Life

Feb 28, 2011 158 Motivasi

Buah Tamar

Buah Tamar

Nov 19, 2010 153 Kata-Kata Mutiara

Calender

« October 2017 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
            1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31