Username *
Password *
Remember Me
Lazada Malaysia

Samsung Galaxy Tab 3 Kids

Written by  Nov 25, 2013

Samsung Galaxy Tab 3 Kids

  • Pemproses 1.2 GHz Dua Teras
  • Skrin 7″ 600 x 1024 pixel
  • RAM 1 Gigabyte
  • Storan Terbina 8 Gigabyte dengan sokongan kad MikroSD
  • Kamera 3.1 Megapixel
  • Bateri 4000 mAH
  • Fungsi Tambahan Stylus C Pen, casing khas

Dunia semakin moden dan melihatkan anak kecil menggunakan telefon dan tablet pintar kini adalah pemandangan biasa. Foto tablet dan kamera pintar yang pecah juga selalu kami lihat di laman media sosial kerana dimuat naik oleh ibu bapa yang merungut pernati mereka musnah ketika digunakan oleh anak mereka. Oleh itu terdapat pasaran untuk menghasilkan peranti khas untuk kanak-kanak. Samsung memasuki pasaran tablet untuk kanak-kanak dengan menghasilkan Samsung Galaxy Tab 3 Kids. Ianya sebuah Tab 3 dengan casing mesra kanak-kanak, stylus C Pen dan antaramuka khas untuk kanak-kanak

Rupa Fizikal

Tiada perubahan berlaku dari segi spesifikasi dan rekabentuk diantara Tab 3 7″ dan Tab 3 Kids. Perubahan kosmetik yang berlaku ialah Tab 3 kids ialah sebuah Tab 3 yang dipasangkan casing khas. Casing ini diperbuat daripada plastik dan bahan bergetah. Ia juga turut dileangkapi dengan sebuah stylus C Pen yang besaiz besar. Casing Tab 3 Kids berfungsi sebagai alat pemegang, tablet stand dan cengkerang tahan lasak. C Pen yang disertakan boleh disimpan di dalam alat pemegang yang sama.

Pada pendapat kami casing begetah pada badan Tab 3 Kids kelihatan cukup tebal untuk menahan hentakan sekiranya ia terjatuh secara sisi. Sungguhpun begitu bahagian skrin masih terdedah sekirnya ia terjatuh secara face down. Pemengang plastik merangkap tempat menyimpan stylus dan tablet stand pula pada hemat kami tidak nampak seperti diperbuat dari bahan tahan hentakkan.

Tab 3 Kids mempunyai muatan dalaman sebesar 8 Gigabyte. Ia menyokong penambahan memori dalaman dengan menggunakan kad MikroSD sehingga 64 Gigabyte.

Antaramuka

Kerana ianya tablet khas untuk kanak-kanak, Tab 3 Kids didatangi dengan antaramuka khasnya sendiri. Aplikasi yang dimuat turun disusuan dalam bentuk flash card dan watak-watak kartun bergerak mengikut tatalan pengguna. Ibu bapa boleh mengawal flash card mana yang boleh dipaparkan pada home screen. Aplikasi yang disorokkan boleh diaktifkan semula dengan bantuan panel pentadbirannya sendiri. Terdapat juga sistem kawalan masa dimana anda boleh menatapkan berapa lama tablet aplikasi boleh dimainkan oleh anak anda. Selain daripada itu terdapat juga kemampuan untuk merubah antaramuka kepada antaramuka TouchWiz biasa sekiranya tablet ingin digunakan oleh ibu bapa pula.

Samsung berkata mereka akan menghasilkan lebih banyak aplikasi khas yang mengunakan sepenuhnya semua fungsi Tab 3 Kids. Kesemua aplikasi ini boleh dimuat turun dari Samsung App store milik mereka.

Kesimpulan

Samsung Galaxy Tab 3 Kids ialah sebuah Tab 3 7″ yang diberikan casing luaran baru dan antaramuka khas untuk kanak-kanak. Dari segi spesifikasi tiada perbezaan langsung diantara kedua-dua peranti ini. Antaramuka kanak-kanak yang direka nampak menarik untuk digunakan oleh kanak-kanak. Casing Tab 3 kids juga kelihatan tahan lasak pada bahagian yang diperbuat daripada getah tatapi kami kurang pasti sama ada pemegang plastik merangkap tablet stand terbina boleh bertahan lama kerana tidak diperbuat dari bahan yang tahan lasak.

Kemampuan mengawal aplikasi yang boleh digunakan oleh kanak-kanak dan meletakkan had masa adalah fungsi yang baik. Fungsi mengubah antaramuka kepada TouchWiz sekiranya ibu bapa mahu manggunakan tablet ini juga bagus. Tab 3 Kids tidak terhad untuk digunakan oleh si kecil.

Permulaan yang baik bagi Samsung untuk menghasilkan peranti untuk golongan kanak-kanak. Mungkin untuk versi tahun seterusnya kelemahan yang kami naytakan di atas dapat diperbaiki.

PRO dan Kelebihan

  • Antaramuka khas untuk kanak-kanak. Grafik yang terang dan besar memudahkan kanak-kanak menggunakan peranti.
  • Terdapat fungsi mengawal aplikasi apa yang boleh digunakan dengan kawalan masa.
  • Masih mempunyai antaramuka TouchWiz biasa sekiranya ibu bapa mahu menggunakan tablet ini.
  • Casing getah tahan hentakan
  • Casing juga berfungsi sebagai tablet stand terbina.

KONTRA dan Kekurangan

  • Tablet stand dibina dari bahan plastik yang nampak tidak cukup teguh. Berkemungkinan patah apabila digunakan kanak-kanak

Samsung Galaxy Tab 3 Kids dijual pada harga RM 799 bermula 20 November lepas.

P/S : Dapatkan Samsung Galaxy Tab 3 Kids daripada kami dengan harga RM699.

Last modified on Wednesday, 26 April 2017 08:45

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Facebook

  1. Popular
  2. Trending
  3. Comments
Never

Never

Mar 02, 2011 159 Kata-Kata Mutiara

Enjoy Your Life

Enjoy Your Life

Feb 28, 2011 158 Motivasi

Buah Tamar

Buah Tamar

Nov 19, 2010 153 Kata-Kata Mutiara

Calender

« October 2017 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
            1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31