Username *
Password *
Remember Me

Samsung Galaxy Note 3 Dan Galaxy Gear Di Malaysia – RM2,399 & RM 999

Written by  Oct 14, 2013

Samsung Malaysia secara rasminya telah melancarkan phablet terbaru mereka iaitu Galaxy Note III yang telah mula dijual di pasaran tempatan mulai 25hb September lepas. Untuk pengetahuan anda, Samsung secara rasminya mengumumkan phablet terbaru ini pada sidang pameran IFA yang diadakan di Berlin awal bulan September. Selain itu, Samsung menawarkan versi Galaxy Note III yang menyokong 4G LTE pada harga yang bermula daripada RM 2399 ( versi 32GB).

 

Dari segi spesifikasi , phablet terbaru Samsung ini dilengkapi dengan skrin paparan Super AMOLED 5.-7inci, pemproses Snapdragon 800 berkelajuan 2.3GHz yang akan disertakan dengan RAM 3GB – merupakan telefon pintar pertama di dunia dengan 3GB RAM dan akan ditawarkan di dalam dua pilihan memori simpanan dalaman iaitu 32GB dan 64GB serta mempunyai bateri berkapasiti 3200 mAh yang mampu memberikan anda jangka hayat peranti yang lebih lama. Note juga akan hadir dengan menggunakan OS Android 4.3 Jelly Bean yang disertakan dengan TouchWiz UI.

Bagi anda yang ingin memiliki phabet ini dengan pelan panggilan, Celcom dan DiGi menawarkan pelan pasca-bayar bagi Galaxy Note III ini yang bermula daripada RM 1538 melalui Celcom manakala RM 1319 dengan pelan pasca-bayar DiGi. Selain itu, ketika di tanya, pihak Samsung menyatakan bahawa mereka tidak bercadang memperkenalkan versi 3G Galaxy Note III di Malaysia.

Selain daripada Galaxy Note III, Samsung Malaysia turut mengumumkan jam pintar Galaxy Gear yang dilengkapi dengan skrin paparan 1.63-inci dengan resolusi 320×320 piksel, kamera 1.9 megapiksel, dua mikrofon serta satu speaker. Selain itu, Galaxy Gear boleh dihubungkan kepada peranti Android anda melalui Bluetooth 4.0 BLE, dan dilengkapi memori 512MB RAM serta mempunyai memori simpanan dalaman 4GB. Samsung akan menjual Galaxy Gear ini pada harga RM 999.

P/S : Berminat? Samsung Galaxy Note III (RM2399) + Galaxy Gear (RM999) = RM3398 RM2500!!!

Sila 'Like' Page Alkhudhri dan PM utk maklumat lanjut.

Last modified on Wednesday, 26 April 2017 16:48

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Facebook

  1. Popular
  2. Trending
  3. Comments
Never

Never

Mar 02, 2011 180 Kata-Kata Mutiara

Enjoy Your Life

Enjoy Your Life

Feb 28, 2011 178 Motivasi

Buah Tamar

Buah Tamar

Nov 19, 2010 175 Kata-Kata Mutiara

Calender

« December 2017 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
        1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31