Username *
Password *
Remember Me

Google Plus Hangout

Written by  Oct 07, 2012

Google+ Hangout - Bertanya khabar secara bersemuka

 

Bersembang secara bersemuka, di mana sahaja anda berada


Ketahui perkembangan seisi keluarga -- pada komputer, telefon atau peranti tablet anda. Hangout membolehkan anda bertanya khabar rakan dan keluarga sama ada pada komputer anda di rumah atau menggunakan apl mudah alih Google+ semasa dalam perjalanan. Sehingga 10 orang boleh menyertai hangout dan tidak sukar untuk menjemput rakan atau kalangan tertentu. Jadi, berkongsilah berita terbaru dan lihat reaksi setiap orang secara langsung atau tambahkan apl pada hangout anda untuk menonton klip YouTube bersama-sama, bermain dengan kawan atau dengan anak-anak apabila anda tiada di rumah.

Hoskan mesyuarat maya

Tingkatkan produktiviti pasukan anda dengan mengadakan mesyuarat yang boleh disertai sehingga 10 orang serentak dan menggunakan alatan seperti perkongsian skrin dan Google Docs. Kerjasama kumpulan semakin cekap apabila anda melakukannya secara bersemuka. Hangout menawarkan suit apl produktiviti yang membolehkan anda berkongsi apa yang terpapar pada skrin anda, bekerjasama dalam Google Docs, melihat pembentangan dan gambar rajah bersama-sama. Untuk mengaksesnya, cuma klik butang “Tambah apl” dalam hangout anda untuk menyemak imbas dan menambahkan apl baharu. Sekiranya seorang ahli pasukan tidak dapat menyertai hangout, anda juga boleh mendail orang itu dengan mengklik butang “Jemput” dan kemudian pautan “+telefon”. Panggilan ke A.S. dan Kanada adalah percuma dan kadar panggilan antarabangsa yang dikenakan amat rendah sekali.

Siarkan perbualan anda ke seluruh dunia

Sama ada anda seorang artis yang beraspirasi, selebriti dunia atau warga yang mengambil berat, anda boleh bersiaran secara langsung di hadapan khalayak global. Ada perbualan yang mahu anda kongsi dengan seluruh dunia? Apabila anda memulakan hangout, tandakan “Dayakan Hangout Dalam Siaran” untuk menstrim hangout langsung anda secara terbuka pada profil Google+, saluran YouTube dan tapak web anda. Dalam tempoh siaran itu, anda boleh melihat dalam Hangout untuk mengetahui bilangan penonton yang menontonnya secara langsung. Apabila anda di luar siaran, kami akan memuat naik rakaman awam ke saluran YouTube anda dan ke siaran Google+ asal anda, supaya perkongsian dan perbincangan tentang siaran dapat dilakukan dengan mudah setelah siaran itu tamat.

 

p/s:
Pada 3 Okt 2012, Najib menjadi pemimpin negara pertama di Asia yang guna Google Hangout, Bertemakan Bajet 2013, perbualan itu dihoskan oleh Suhaimi Sulaiman daripada Astro Awani. Tapi kalau dikira pemimpin politik di Asia, Najib dah ketinggalan!!! Anwar dah guna Google Hangout pada 17 Ogos 2012 lagi. Najib bukan saja ketinggalan dari segi penggunaan Google Hangout, tapi jumlah pengguna yang like pada video perbualan tersebut di YouTube. Sehingga pukul 11:00 AM 7 Okt 2012, perbualan Hangout Najib hanya mencatatkan 465 like sahaja manakala yang dislike sejumlah 14,723 penonton. Berbanding dengan Anwar, perbualan Hangout Anwar mengatasi Najib dengan 2001 like manakala yang dislike sejumlah 176 sahaja.

Last modified on Wednesday, 26 April 2017 16:32

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Facebook

  1. Popular
  2. Trending
  3. Comments
Buah Tamar

Buah Tamar

Nov 19, 2010 304 Kata-Kata Mutiara

Pedoman

Pedoman

Nov 30, 2010 291 Kuliah/Tazkirah

Hot Line 24434

Hot Line 24434

Nov 24, 2010 288 Kuliah/Tazkirah

Calender

« July 2018 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
            1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31