Username *
Password *
Remember Me
Lazada Malaysia

Kunci Komputer Dengan USB Flash Drive

Written by  Sep 06, 2011

Keselamatan komputer riba telah berkembang dengan teknologi baru seperti pembaca cap jari, pengimbas mata, pengimbas muka dan lain-lain. Untuk mendapatkan komputer riba dengan ciri-ciri tersebut, anda perlu mengeluarkan wang yang lebih. Tetapi bagaimana pula dengan komputer peribadi anda tanpa teknologi tersebut?

Anda boleh mendapatkan teknologi yang seumpama dengannya hanya menggunakan USB Flash Drive. [private]Menggunakan trik ini, anda akan dapat mengunci komputer anda dengan USB. Komputer akan bekerja hanya apabila USB dipasang. Apabila USB dikeluarkan, papan kekunci dan tetikus secara automatik akan dimatikan dan skrin anda akan menjadi gelap. Ringkasnya, komputer anda langsung tidak boleh digunakan tanpa USB. Untuk membuka kunci komputer, anda hanya perlu memasukkan USB sekali lagi. Trik ini boleh bekerja di semua versi windows termasuk kedua-dua bit windows 32 dan 64 bit. Berikut adalah cara bagaimana mengunci komputer anda dengan USB menggunakan Predator.

Muat turun perisian Predator Windows 32 bit --> Klik di SINI Windows 64 bit --> Klik di SINI

  1. Predator akan dilancarkan secara automatik selepas proses pemasangan sudah selesai, jika tidak anda boleh menjalankannya dari Start/Programs/Predator.
  2. Sekarang masukkan USB anda. Anda akan mendapati satu paparan mesej untuk menentukan kata laluan baru anda (Proses ini tidak akan menformat pendrive anda dan segala data di dalam pendrive tidak akan terjejas)
  3. Klik Ok dan masukkan kata laluan baru anda dalam kotak dialog yang disediakan.
  4. Periksa bahawa huruf pemacu yang dipaparkan di bawah “USB key drive” adalah sepadan dengan pemacu anda atau huruf yang betul dari senarai “Dropdown“.
  5. Akhir sekali klik pada butang Create Key dan kemudian tekan butang OK.
Selepas ini, perisian secara automatik akan ditutup. Sekarang mulakan semula program dengan mengklik ikon di desktop anda. Predator akan mengambil beberapa saat untuk pengawalan. Apabila ikon dalam bar tugas (Taskbar) bertukar menjadi hijau, maka perisian anda telah pun dimulakan dengan sendirinya.
Last modified on Wednesday, 26 April 2017 08:22

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Facebook

  1. Popular
  2. Trending
  3. Comments
Enjoy Your Life

Enjoy Your Life

Feb 28, 2011 140 Motivasi

Never

Never

Mar 02, 2011 139 Kata-Kata Mutiara

Buah Tamar

Buah Tamar

Nov 19, 2010 133 Kata-Kata Mutiara

Calender

« September 2017 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
        1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30