Username *
Password *
Remember Me
Lazada Malaysia

Bahaya Tidur Selepas Subuh

Written by  Feb 02, 2013

Kita telah ketahui bahawa waktu pagi adalah waktu yang penuh barakah dan di antara waktu yang kita diperintahkan untuk memanfaatkannya. Akan tetapi, pada kenyataannya kita banyak melihat ramai orang melalaikan waktu yang mulia ini. Waktu yang seharusnya dipergunakan untuk bekerja, melakukan ketaatan dan beribadah, ternyata dipergunakan untuk tidur dan bermalas-malasan.

Ingatlah bahawa orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Kita dapat melihat ini dari penuturan Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta membuang waktu. Beliau rahimahullah mengatakan,

“Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan".

Waktu tidur yang paling bermanfaat iaitu :

  1. Tidur ketika perlu tidur.
  2. Tidur di awal malam – ini lebih manfaat daripada tidur lewat malam
  3. Tidur di pertengahan siang –ini lebih bermanfaat daripada tidur di waktu pagi dan petang.

Apatah lagi pada waktu pagi dan petang sangat kurang manfaatnya bahkan lebih banyak bahaya yang ditimbulkan, lebih-lebih lagi tidur di waktu Asar dan awal pagi kecuali jika memang tidak tidur semalaman.

Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerana pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)

BAHAYA TIDUR PAGI

  • Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.
  • Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.
  • Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.
  • Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya. Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula.
  • Menghambat datangnya rezeki.
    Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah tidur di waktu pagi, sedikit solat, malas-malasan dan berkhianat." (Zaadul Ma’ad, 4/378)
  • Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)

TIDUR DALAM SAINS

Kajian sains terhadap kelebihan bangun awal pada waktu pagi untuk kesihatan jasmani

  1. Sains menyatakan kandungan gas ozon dalam udara pada waktu pagi adalah tertinggi berbanding pada waktu lain. Gas ozon amat penting untuk tubuh badan. Kesannya untuk kesihatan adalah amat baik, ini lebih baik jika seseorang itu menunaikan solat subuh di masjid, semakin jauh masjid maka semakin baik. Ganjaran pahala pun bertambah. Insyaallah
  2. Kandungan ' al-kartozon' dalam darah adalah tertinggi pada waktu pagi sebelum matahari terbit. 'Al-kartozon' baik untuk badan yang mengaktifkan sel dalam badan, dan juga menambahkan kandungan gula dalam darah.
  3. Bangun awal di waktu pagi dapat mencegah daripada penyakit hati.
  4. Membantu membekalkan kandungan vitamin untuk tubuh badan.
  5. Membantu dalam membekalkan tenaga, mencergaskan tubuh badan

 

Last modified on Tuesday, 25 April 2017 13:33

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Facebook

  1. Popular
  2. Trending
  3. Comments
Enjoy Your Life

Enjoy Your Life

Feb 28, 2011 140 Motivasi

Never

Never

Mar 02, 2011 139 Kata-Kata Mutiara

Buah Tamar

Buah Tamar

Nov 19, 2010 133 Kata-Kata Mutiara

Calender

« September 2017 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
        1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30