Username *
Password *
Remember Me

Ramadhan Yang Mulia

Written by  Jul 19, 2012

Dalam mengkaji hikmat dan kelebihan bulan Ramadan yang merupakan bulan ujian dan latihan bagi umat Islam, kita akan bertemu dengan beberapa peristiwa penting yang berlaku ke atas umat Islam umumnya dan ke atas Nabi s.a.w. sendiri khususnya. Peristiwa-peristiwa itu beralaku seolah-olah ada ketentuan-ketentuan khusus dari Ilahi bahawa bulan suci ini tidak sahaja bulan amal ibadah tetapi juga bulan jihad dan bulan mengujui kesabaran kita umat Islam.

Dari fakta-fakta sejarah, terdapat beberapa peristiwa penting yang belaku pada bulan ini , di antaranya ialah:-

  1. Pada 17 Ramadan, turun wahyu yang pertama daripada Allah iaitu surah Al Alaq ayat 1 hingga 5. Turunnya wahyu ini menandakan rasmilah Nabi Muhammad s.a.w. menjadi nabi terakhir bagi umat ini, 
  2. Dalam bulan Ramadan juga iaitu pada tahun ke 10 selapas Nabi s.a.w. dilantik menjadi Rasul, bapa saudaranya, Abu Talib yang banyak memberi bantuan dan membelanya telah meninggal dunia. Tidak lama selepas itu, dalam bulan dan tahun yang sama, isteri Baginda s.a.w. yang banyak berjasa iaitu Ummul Mukminin Khadijah binti Khualid r.a. juga telah wafat. Dua peristiwa besar ini menjadikan tahun itu dikenali dengan tahun berdukacita atau 'Amul Hazan. 
  3. Pada tanggal 17 Ramadan tahun kedua Hijrah, terjadi pula Peperangan Badar. Dalam peperangan ini pertama kali kaum muslimin mendapat kemenangan dan ia telah membuka era baru kebangkitan umat Islam menghapuskan kesesatan ummat muslimin menghapuskan kesesatan ummat musyrikin. Pada bulan Ramadan tahun ini juga diwajibkan Zakat Fitrah. 
  4. Pada bulan Ramadan tahun ketujuh Hijrah, Rasulullah s.a.w. mengirim beberapa angkatan Islam untuk meruntuhkan berhala-berhala Musyrikin yang terbesar dan masyhur iaitu berhala 'Uzza, Siswa dan Mana. 
  5. Pada 21 Ramadan tahun 8 Hijrah, Allah s.w.t. memberi ni'mat kepada RasulNya dan muslimin dengan pembukaan dan penaklukan Kota Mekah. 
  6. Dalam bulan Ramadan tahun kesepuluh Hijrah Rasulullah SAW mengirim Ali bin Abi Thalib dengan satu angkatan kaum Muslimin ke negeri Yaman dan membawa bersama surat dari Rasulullah kepada penduduk Yaman, terutama Kabilah Hamdan, dalam masa satu hari sahaja penduduk Yaman khususnya Kabilah Hamdan memeluk Islam dan sembahyang dengan Ali bin Abi Thalib. 
  7. Siti Fatimah binti Rasul, isteri kepada Saidina Ali bin Thalib dan ibu kepada Hassan dan Hussain, wafat pada Ramadhan tahun kesebelas Hijrah . 
  8. Ramadhan tahun kesembilan Hijrah datang rombongan dari daerah Thaif ke kota Madinah menemui baginda Rasulullah untuk memeluk Islam, mereka membayar zakat dan melakukan bersama kaum Muslimin Madinah. 
  9. Dalam Ramadhan tahun yang sama, datang pula utusan dari kerajaan Hummir menemui baginda Rasulullah dan memaklumkan kepada baginda mengenai keislaman kerajaan Hummir dan disambut dengan penuh kehormatan oleh baginda. Rasulullah menyerahkan kepada perutusan itu satu catatan dan garis panduan mengenai hukum, hak dan kewajipan serta dasar-dasar dari sejarah kemajuan dan perkembangan Islam. 
  10. Pada Ramadhan tahun kelima belas Hijrah terjadi peperangan Qadisiah, di mana umat Islam mendapat kemenangan dari kekuasaan kerajaan Parsi, dengan kemenangan umat Islam itu, maka berkibarlah bendera kedaulatan Islam di bumi Parsi. Sementara pada Ramadhan tahun kesembilan belas, pada hari Jumaat satu kemenangan kepada tentera Islam di bawah pimpinan Umar Ibnul 'Ash menghadapi tentangan tentera Mesir. 
  11. Seramai empat ribu orang tentera Mesir menyerbu umat Islam dan menyerang mereka yang sedang mengerjakan sembahyang Jumaat, kemudian tentera Islam dengan persediaan dan kekuatannya membalas serangan itu sehinggalah kemenangan di tangan tentera-tentera Islam. 
  12. Di malam Jumaat pula tahun keempat puluh Hijrah 15 haribulan Ramadhan Khalifah keempat dari Khulafaur-Rashidin Ali Ibnu Abi Thalib ditikam curi ketika baginda keluar dari rumahnya untuk berjemaah sembahyang Subuh. Akibat dari luka itu, baginda wafat pada malam ketujuh belas Ramadhan dua hari berikutnya. 
  13. Pada Ramadhan tahun kesembilan puluh satu Hijrah kaum Muslimin mendarat di pantai selatan tanah Andalusia, dan mendapat tentangan dari pengawal benteng di selatan tanah Portugis itu. Setahun sesudah itu, iaitu pada tahun 92 Hijrah, Thariq bin Ziad yang mengetuai satu barisan tentera Islam telah mengalahkan pasukan raja Rudrik dalam pertempuran yang menentukan kemenangan Islam. 
  14. Pada bulan Ramadhan tahun 584 Hijrah, panglima Salahuddin Al-Ayubi mencapai kemenangan yang besar dan mengalahkan pasukan-pasukan Salib pada beberapa medan pertempuran, serta membebaskan sebahagian besar daerah yang telah diduduki oleh tentera Salib. 
  15. Pada mulanya tentera Salahuddin mencadangkan supaya tentera-tentera Islam berehat sahaja di bulan puasa itu, tetapi sebaliknya ia merasakan tindakannya itu bertentangan dengan hukum ajal dan lalu berkata "Sesungguhnya umur kita pendek sedangkan ajal tidak dapat dijamin", dengan itu diaturnya pasukan penyerang, hinggalah kubu dan benteng pertahanan musuh dapat ditawan pada pertengahan Ramadhan, yang akhirnya mencapai kemenangan di tangan kaum Muslimin. 

Demikianlah beberapa petikan sejarah di bulan Ramadhan, apa yang kita harapkan kepada Allah biarlah Ramadhan yang kita lalui juga dipenuhi dengan kemenangan dan rahmat Allah SWT kepada kaum Muslimin yang menunaikannya. Marilah kita lalui baki Ramadan yang ada ini dengan sepenuh keimanan dan sabar dalam menghadapi dugaan dan ujian Allah

والله أعلم بالصواب

Last modified on Tuesday, 25 April 2017 23:36

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Facebook

  1. Popular
  2. Trending
  3. Comments

Calender

« April 2018 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
            1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30