Username *
Password *
Remember Me
Lazada Malaysia

Warna Hijau, Warna Islam, Warna Menyihatkan

Written by  Jun 22, 2012

Hijau adalah warna yang biasa dilihat dalam alam semula jadi, khususnya tumbuh-tumbuhan. Kebanyakan tumbuh-tumbuhan berwarna hijau, kerana tumbuh-tumbuhan mempunyai klorofil, sejenis sebatian yang terlibat dalam proses fotosintesis. Cahaya hijau mempunyai panjang gelombang di sekitar 520–570 nanometer dan dianggap sebagai salah satu daripada warna primer tambahan. Hijau ialah warna pelengkap untuk warna magenta; lebih tepat, warna hijau dengan kod perenambelasan #FF00FF. Orang-orang yang buta warna seringnya dapat membezakan kedua-dua warna ini, tetapi keliru antara warna-warna ini dengan warna-warna yang lain; umpamanya, hijau terang dengan kuning, dan hijau tua dengan coklat. Istilah "hijau" tidak mentakrifkan warna yang tepat, kecuali istilah itu digunakan bersama-sama dengan sesuatu piawaian, seperti warna-warna X11, atau ruang warna mutlak seperti sRGB.

Hijau dalam bahasa Arab bersasal daripada perkataan خضر. Ada banyak perkataan hijau dalam ayat-ayat Al-Quran dan juga hadis menjelaskan keadaan penghuni Jannah ataupun segala yang ada di sekelilingnya, berupa kenikmatan, suasana, kesenangan, ketenangan jiwa.

Annas bin Malik mengatakan,

"Warna yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah hijau"

Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar mengatakan: 

"Pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana warna hijau lebih utama. Adapun warna hijau adalah afdhal daripada warna lainnya sesudah putih." 

 

"Dunia ini cantik dan hijau. Sesungguhnya Allah menjadikan kamu khalifah dan Allah mengamati apa yang kamu lakukan, karana itu jauhilah godaan wanita dan dunia. Sesungguhnya fitnah pertama yang menimpa bani Israil adalah godaan kaum wanita."

(Hadis Riwayat Ahmad) 

 

"Para syuhada di lembah (tepi) sungai dekat pintu syurga dalam bangunan berkubah berwarna hijau. Rezeki mereka datang dari syurga setiap pagi dan petang."

(Hadis Riwayat Al Hakim dan Ahmad) 

 

"Mereka itulah (orang-orang yang) bagi mereka syurga Adn, mengalir sungai-sungai di bawahnya; dalam syurga itu mereka dihiasi dengan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau dari sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas pelamin-pelamin yang indah. Itulah pahala yang sebaik-baiknya, dan tempat-istirahat yang indah."

(Al-Kahfi : 31) 

 

"Apakah kamu tidak melihat, bahwasanya Allah menurunkan air dari langit, lalu jadilah bumi itu hijau? Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui."

(Al Hajj : 63) 

 

"kedua syurga itu (kelihatan) hijau tua warnanya"

(Ar Rahman : 64) 

 

"Penduduk Syurga itu (bersenang-lenang) di dalamnya dengan berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah."

(Ar Rahman : 76) 

 

"Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan dipakaikan kepada mereka gelang diperbuat dari perak, dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih."

(Al Insan : 21) 

Mengapa warna hijau disukai Rasulullah Muhammad SAW? Mengapa Al-Quran dan Hadis banyak membicarakan warna hijau? Ketahui fakta sains yang manarik ni!

  • Hijau dalam Seni dan Falsafah
    Hijau merupakan warna alam yang menyejukkan dan menyegarkan. Merupakan warna daun, warna yang dominan untuk pemandangan alam, terutama pegunungan, hutan, sungai dan lain-lain. Juga melambangkan prinsip, kebahagiaan, toleransi, kesejahteraan, sentosa dan kedamaian. 
  • Hijau dalam Psikologi dan Kesihatan
    Menyejukkan saraf, menyegarkan mata dan memberikan efek ketenangan dan kesembuhan. Radiasi hijau memperbaiki semangat tubuh dan jiwa secara cepat dan mengembalikan ritma halus untuk mencapai keseimbangan harmoni tubuh. Menggambarkan kemakmuran bumi dan keberadaan syurga atau iklim keceriaan, kesenangan, kebahagiaan dan ketenangan jiwa makhluk yang dikelilingi warna hijau.
  • Hijau dalam Fizik
    Hijau adalah gelombang elektromagnetik dari spektrum yang boleh dilihat. Hijau merupakan salah satu dari 7 warna utama gelombang elektromagnetik, iaitu Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Nila, dan Ungu. Urutan panjang gelombang spektrum ini adalah dari Inframerah hingga ke Ultraviolet. Ini menunjukkan bahawa semakin merah suatu warna semakin kecil panjang gelombangnya. Sebaliknya, gelombang akan semakin panjang jika semakin berwarna ungu (violet). Dari ketujuh spektrum warna tersebut, warna yang terletak di spektrum tengah-tengah (medium) adalah warna ke-4, iaitu warna hijau. Kemungkinan besar, kerana panjang gelombang warna hijau adalah yang paling tengah (seimbang, tidak terlalu panjang, juga tidak terlalu pendek), warna tersebut memudahkan mata untuk melihat dan sangat sesuai dengan panca indera penglihatan kita sehinga tidak memerlukan tenaga tambahan untuk melihat. Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Visible_spectrum 
  • Hijau dalam Arkitek
    Warna Hijau dapat mempengaruhi orang-orang yang melihatnya. Hal ini adalah penemuan dalam psikologi, namun berkembang luas ke Ilmu arkitek di mana warna hijau sering digunakan untuk memperkuat kesan segar dan semulajadi dalam rumah terutama pada ruang tamu, ruang makan atau teres belakang. Hal ini dapat dikuatkan lagi dengan penataan taman di depan dan atau taman di belakang dengan aneka tanaman bunga.

Selain fakta di atas, secara realitinya, kita sering terjumpa perkara berikut di dalam kehidupan kita.

 

  • Warna hijau merupakan warna utama bagi sebuah parti Islam di Malaysia iaitu Parti Islam Semalaysia (PAS).
  • Warna hijau melambangkan pergi untuk isyarat lampu, isyarat kereta api dan isyarat kapal. Warna ini juga merupakan warna untuk papan tanda maklumat dan hala. Papan tanda untuk pintu kecemasan berwarna hijau di sebilangan negara.
  • Warna hijau digunakan sebagai pakaian oleh doktor-doktor semasa melakukan pembedahan.
  • Di pasaran saham, warna hijau melambangkan kenaikan harga saham 
  • Teropong malam yang canggih menggunakan warna hijau sebagai warna utama penglihatan malam. Ini disebabkan manusia mampu melihat lebih banyak perbezaan dalam warna hijau dibanding warna lain.
  • Disebabkan sifat penyamaran, warna hijau biasa digunakan untuk pakaian seragam bagi perkhidmatan tentera.
  • Warna hijau ialah salah satu warna bola snuker yang mempunyai tiga mata dan juga merupakan warna yang biasa untuk meja snuker.
  • Kryptonite, dalam siri Superman merupakan sejenis batu meteorit berwarna hijau yang berasal dari planet Kripton, planet asal Superman.
  • Green Lantern dan Green Arrow ialah adiwira-adiwira Komik DC.
  • Green Ranger merupakan salah seorang ahli kumpulan Rangers dalam siri-siri Power Rangers dan Super Sentai.

Last modified on Wednesday, 26 April 2017 01:07

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Facebook

  1. Popular
  2. Trending
  3. Comments
Never

Never

Mar 02, 2011 173 Kata-Kata Mutiara

Enjoy Your Life

Enjoy Your Life

Feb 28, 2011 171 Motivasi

Buah Tamar

Buah Tamar

Nov 19, 2010 165 Kata-Kata Mutiara

Calender

« November 2017 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
    1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30