Username *
Password *
Remember Me
Lazada Malaysia

Tips Untuk Pasangan Suami Isteri

Written by  Sep 11, 2011

Doa Untuk Mendapatkan Anak Yang Soleh

  1. Surah Al-Furqan ayat 74: Maksudnya :
    "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa."

  2. Surah Al-Hijr ayat 17 : Maksudnya :
    "Dan Kami pelihara (urusan) langit itu dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang kena rejam."

  3. Surah Al-Baqarah ayat 128: Maksudnya :
    "Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua : orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."

  4. Surah Ali Imran ayat 36: Maksudnya :
    "Maka apabila Ia melahirkannya, berkatalah ia: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaan-Mu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)."

Doa Untuk Mendapatkan Anak Kembar

  1. Surah As-Saaffaat Ayat 120: Maksudnya :
    "Salam sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun!."

  2. Surah As-Syura ayat 50: Maksudnya :
    "Atau Ia mengurniakan mereka kedua-duanya - anak lelaki dan perempuan, dan la juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya mandul. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa."

Petua-Petua

  1. Minta doa daripada orang-orang yang soleh.Firman Allah Taala dalam surah An-Nahl ayat 43: Maksudnya :
    "Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui."

  2. Nazar yang tidak bertentangan dengan syarak.Firman Allah Taala dalam surah Ali Imran ayat 35: Maksudnya :
    "(lngatlah) ketika isteri lmran berkata: Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

  3. Jangan menzalimi binatang.Firman Allah Taala dalam surah Ali Imran ayat 36: Maksudnya :
    "Maka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia:Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dari godaan Syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)."
Wallahu 'alam
Last modified on Wednesday, 26 April 2017 06:50

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Facebook

  1. Popular
  2. Trending
  3. Comments

Calender

« September 2017 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
        1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30