Username *
Password *
Remember Me

Bila Teresa Kok menghina PM Najib, serentak segerombolan NGO UMNO mencari ayam untuk disembelih atas foto Teresa, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Mengapa mereka bertiga dilumur darah? Kerana mereka Cina dan DAP.

Tetapi bila Kasim Ahmad membawa pemikiran sesatnya di pejabat Mahathir dan Mahathir rasmikannya, tiada seekor pun ayam disembelih dan tiada setitik pun darah ayam atas foto Kasim dan Mahathir. Mengapa mereka berdua terselamat dari darah ayam? Kerana mereka UMNO dan Melayu.

Teresa, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tidak hina Islam, tidak hina ulama' tetapi menghentam dan kritik kerajaan dan PM Najib. Kasim Ahmad menghina Islam, Rasulullah SAW dan ulama' serta Mahathir tukang promosi dan dokong.

Bagi NGO UMNO menghina Najib lebih besar dosa dari menghina Islam dan Rasulullah SAW. Tidak banyak NGO UMNO yang berani bersuara tentang kesesatan Kasim. Semua menikus takut kemurkaan Mahathir! Tiada setitik darah gugur di...... Mari kita tegakkan kebenaran atas landasan Islam, bukan yg lain... ALLAHU AKHBAR!!!

Ucapan Kepada Konferensi Politik Nasional - Kassim Ahmad Dr Mahathir pertahan Kassim Ahmad, sindir pihak buat laporan polis Video Inside. Penipuan Tun Mahathir Terdedah. Kenyataannya Yang Mempertahankan Kassim Ahmad Memalukan Dirinya Sendiri

Hari ini Najib kata rakyat yang elak bayar cukai dianggap sebagai pengkhianat negara.. kerana katanya bayar cukai adalah satu daripada semangat patriotisme.

Jika rakyat tak bayar cukai dianggap sebagai pengkhianat.. gelaran apa agaknya yang sesuai buat pemimpin yang boros membelanjakan wang cukai yang dikutip dari rakyat itu?

Tidakkah lebih dari pengkhianat jika seseorang pemimpin yang diamanahkan untuk mentadbir negara dengan sebaik mungkin, membazir tak tentu hala?.. menggunakan harta negara yang dibiayai dengan wang cukai dari rakyat itu seolah-olah mak bapak dia yang punya?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata mereka yang mengelak daripada membayar cukai boleh dianggap melakukan pengkhianatan kepada negara. Ini kerana, katanya kewajipan membayar cukai merupakan satu daripada semangat patriotisme terhadap negara. "Definisi patriotisme dalam negara kita ialah apabila kita melunaskan tanggungjawab kepada negara untuk kebaikan negara dan rakyat. "Bila bayar cukai kita tolong rakyat, kita tanamkan semangat ini, dengan ini negara kita akan lebih berjaya," katanya ketika merasmikan Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (Pena) di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, Ahad. Turut hadir Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang juga Pengerusi Sekretariat Pena. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sudah tiba masanya kerajaan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai 1 April 2015 kerana ia adalah untuk kebaikan rakyat dan masa depan negara. "Kebaikannya ialah kita akan mempunyai sumber kewangan dan hasil yang lebih kukuh untuk memacu pembangunan negara dan rakyat akan lebih bahagia kerana berdasarkan sumberlah, negara akan menjadi maju," katanya. Beliau berkata dalam menuju ke arah negara maju pada 2020, Malaysia perlu mempunyai sumber tambahan bagi menampung segala keperluan negara terutamanya dalam membangunkan kemudahan infrastruktur. "Kalau kita lihat perjalanan negara kita, cuba kita bayangkan dalam sejenak bagaimana hala tuju perkembangan negara kita, dalam keadaan sebuah negara di mana kampung-kampung tradisional, bandar-bandar kecil bertukar wajah. "Kita nak jalan raya baharu, sekolah dan universiti yang baharu dan ini memerlukan peruntukan yang lebih, jadi kita tidak boleh tidak ada hasil, kalau tidak siapa hendak bayar semua ini. "Pilihannya adalah dengan membuat pinjaman, tetapi kalau asyik pinjam apa akan jadi, tidak terbayar kita, rating negara kita akan menurun, kita akan muflis, semua rakyat susah, kita tidak boleh uruskan negara macam ini," katanya. Najib turut membidas pembangkang yang menjanjikan pelbagai perkara termasuklah ada ketikanya menentang pelaksanaan GST tetapi kemudian menyokongnya kembali dengan syarat ia dilaksanakan setelah kerajaan menutup semua ketirisan. "Kita tadbir negara mestilah ada 'sense of responsibility', kita akui mungkin ada ketirisan tetapi kita mempunyai iltizam untuk memperbetulkan sebab itu kita bentangkan secara umum Laporan Audit, mana ada negara yang sempurna," katanya. Mengenai agenda pemerkasaan Bumiputera, beliau berkata ia menjadi agenda nasional bagi memastikan kelompok Bumiputera dapat berkongsi kekayaan negara secara adil dan saksama. Seminar sehari yang dianjurkan Sekretariat Pena itu bertujuan memberi kefahaman dan penerangan mengenai GST, intipati Bajet 2014 dan agenda pemerkasaan Bumiputera. - BERNAMA

Dalam hal patriotisma pula.. Patriotikkah seorang pemimpin yang membiarkan pulau Batu Putih dan Tanah milik KTM terlepas dan dikuasai oleh Singapura?

Patriotikkah kita jika membenarkan warga asing memiliki kad pengenalan hanya kerana mahu menjaga kepentingan politik kita?

Iklan GLC untuk bayar saman Utusan?

Semasa merasmikan bangunan baru milik akhbar berbahasa Melayu Utusan Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa agar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat milik Melayu dan Bumiputera untuk membeli iklan daripada akhbar berkenaan bagi membantu kelangsungan mereka.

Menurut Najib, Utusan Malaysia adalah lambang kejayaan kaum Melayu di negara ini.

"Saya harap kepada badan kerajaan, GLC,dan syarikat Bumiputera mereka menghargai Utusan dengan pengiklanan lebih kepada Utusan.

“Ini sahaja dapat letakkan Utusan di atas landasan lebih kukuh," katanya.

Najib menyifatkan sejak 70 tahun penubuhan akhbar berkenaan ia bertujuan untuk memperjuangkan komuniti Melayu.

"Jika Utusan sebagai suara lidah keramat Melayu, lambang imej Utusan juga lambang kejayaan orang Melayu," kata Najib dalam ucapan perasmian bangunan baru akhbar berkenaan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Apakah gesaan Najib baru-baru ini agar GLC membeli lebih banyak iklan untuk membayar saman-saman fitnah Utusan Malaysia?

Hari ini Datuk Husam Musa kerana beliau berjaya menyelesaikan fitnah terhadapnya menjelang muktamar empat tahun lalu apabila edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia bersetuju untuk menarik balik fitnah itu dan membayar kos RM40,000 kepadanya.

Persetujuan ini dicapai melalui penyelesaian damai yang dibacakan di depan Hakim Siti Khadijah S Hassan Badjenid di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Mingguan Malaysia bersetuju untuk menyiarkan penarikan balik itu dalam keluarannya 22 September ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 4 Julai lalu memerintahkan Utusan Malaysia membayar ganti rugi umum dan teladan sebanyak RM250,000 kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin atas saman yang difailkan terhadap akhbar itu berhubung isu pendaftaran nombor plat kereta WWW1, pada tahun lalu.

Peguam Nizar, Fitri Asmuni memberitahu The Malaysian Insider, Hakim Rosnani Saub dalam keputusannya mendapati Utusan Malaysia bersalah melakukan fitnah terhadap Nizar dan akhbar itu gagal dalam pembelaannya yang menyatakan tindakan mereka menyiarkan kenyataan Nizar menerusi akaun Twitternya itu adalah satu justifikasi, komen berpatutan, perlindungan bersyarat dan kewartawanan.

Januari tahun ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dalam tuntutan saman terhadap Utusan Malaysia selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk VT Singham mendapati akhbar itu memfitnah Anwar dalam dua artikel.

Pada Februari 2011, Mahkamah Rayuan memerintahkan Utusan Malaysia membayar ganti rugi RM200,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung penyiaran artikel bertajuk `Kebiadapan Guan Eng' yang disiarkan pada 20 Disember 2011.

Utusan Malaysia sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila laporan muka hadapan akhbar berkenaan memaparkan tajuk "Apa Lagi Cina Mahu" sejurus selepas Pilihan Raya 2013.

Laporan berkenaan menimbulkan reaksi negatif pelbagai pihak yang mengkritik penerbitan berkenaan. Pendirian Najib menimbulkan tanda tanya.

Najib yang sebelum ini memperkenalkan Gagasan 1Malaysia itu kini dilihat tunduk kepada kumpulan berhaluan kanan dalam Umno untuk mengekalkan kedudukannya menjelang pemilihan parti itu Oktober ini. -TMI [kelab greenboc]

p/s : dah lama tak beli utusan. berita merapu dan mengampu... baik tukar nama UM ni. bukan utusan malaysia/utusan melayu tapi utusan merapu / utusan mengampu / utusan memporno

Kejayaan buat BN namun kegagalan buat Najib. Walaupun BN berjaya menubuhkan kerajaan tetapi BN masih gagal memperolehi majoriti 2/3. Lebih malang lagi BN juga masih gagal untuk menawan kembali Selangor walaupun UMNO Selangor di pengerusikan sendiri oleh Najib.

Dengan Plan Transformasi Negara, Model Ekonomi Baru, pelbagai macam bantuan terutamanya kepada kaum Cina dan juga dengan ' Win-able Candidates 'nya, beliau masih gagal untuk meraih keputusan 2/3 buat BN. Kemenangan yang memalukan buat BN. Lebih memalukan dari keputusan PRU ke 12 pada tahun 2008.

Tun Abdullah Ahmad Badawi sanggup melepaskan jawatan Perdana Menteri dan jawatan sebagai Presiden UMNO kerana gagal meraih 2/3 pada 2008 bagaimana pula dengan Najib ? Sanggup ke beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada timbalannya?

Kesimpulannya, keputusan PRU 13 membawa mesej besar bahawa Najib bukanlah ' Win-able Candidate '. Beliau di tolak di Selangor dan beliau juga di tolak oleh Malaysia. Sudah terbukti beliau sebenarnya tidak setanding Tun Abdullah apalagi dengan Anwar.

Rakaman Ceramah membongkar misteri pembunuhan Altantuya di Bachok pada 18 Rabiul Akhir 1434H/1 Mac 2013M.

Video 1 : http://www.youtube.com/watch?v=dhMFwi2ZLIU

Video 2 : http://www.youtube.com/watch?v=l2zzKOzOk0s

 

7 Janji PM

Aug 20, 2018

7 Janji Perdana Menteri Kepada Rakyat Kelantan

  1. Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai
  2. Stadium baru yang canggih dan moden
  3. Selesai masalah isu air tak bersih
  4. Bina 3,000 unit perumahan rakyat dan mampu milik
  5. Bina sebuah kampus baru Uitm yang boleh menampung 5,000 pelajar
  6. Kemudahan bas Rapid seperti yang kini ada di Kuala Lumpur,Pulau Pinang dan Kuantan
  7. Bina sebuah masjid baru yang terbesar di Kelantan dengan kos sekurang-kurangnya RM50 juta.

Respon Kepada Tujuh Projek Mega PM Jika Menang Di Kelantan

  1. Meletakkan syarat menang di Kelantan dalam PRU 13 untuk melaksanakan tujuh projek mega Kerajaan Persekutuan adalah suatu penghinaan kepada rakyat Kelantan. Kelantan adalah sebahagian daripada Malaysia dan menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk menyediakan kemudahan sebagaimana negeri-negeri lain. Kemenangan tidak seharusnya dijadikan syarat sekiranya Kerajaan Persekutuan jujur dan menghormati rakyat Kelantan kerana apa yang dijanjikan adalah hak rakyat Kelantan dalam negeri berdaulat di Malaysia.
  2. Tujuh projek mega yang dijanjikan adalah pengulangan kepada janji terdahulu sebelum PRU 12. Jika royalty Petroleum Kelantan diberikan sebagaimana tuntutan sebanyak 12 billion, Kerajaan Negeri boleh laksanakan sendiri apa yang dijanjikan. Sebagai contoh dengan 50 juta kos pembinaan masjid ikonik, 2 billion lebuh raya dan lain-lain janji yang disenaraikan yang jumlahnya tidak sampai 12 billion sebagaimana tuntutan Kelantan terhadap royalty Petroleum. Rakyat Kelantan tidak harus diberikan hak yang lebih rendah dari apa yang sepatutnya mereka dapat.
  3. Hak pemberian royalty Petroleum tidak disebut. Yang hanya disebut adalah Jawatankuasa Khas yang sengaja dicipta untuk lengahkan pemberian royalty Petroleum atau bayaran tunai kepada Kelantan. Dalam kes Terengganu dan Pahang tidak ada Jawatankuasa Khas ditubuhkan. Terengganu mendapat hak royalty Petroleum dan Pahang diumumkan untuk diberikan royalty sekalipun hasil minyak belum dikeluarkan.
  4. Janji pembinaan Lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai adalah memalukan kerana dalam Rancangan Malaysia Ke 9 telah disebut dan kemudiannya dibatalkan. Janji-janji tersebut adalah saduran atau meniru Kelantan. Lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai dan Stadium telah dijadikan projek Kerajaan Negeri. Cadangan projek yang seharusnya diberikan keutamaan oleh Kerajaan untuk kebaikan penduduk Kelantan dan bukan hanya menyebut tujuh projek ulangan yang berskala kecil adalah sebagaimana berikut:
    • Benteng Sungai Golok untuk mengelak banjir yang sering berlaku di kawasan berdekatan ekoran limpahan Sungai Golok. Thailand telah menyiapkan benteng tersebut dan akibatnya limpahan berlaku dan mengakibatkan banjir di Pasir Mas, Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur.
    • Pemberian status Lapangan Terbang Antarabangsa kepada Kelantan misalnya boleh menjadi katalis kepada pemacuan ekonomi Kelantan. Hak pemberian status ini sehingga ke hari ni tidak diberikan.
    • Kemudahan pelabuhan yang sepatutnya dijadikan inisiatif untuk melihat perkembangan ekonomi rakyat Kelantan. Sehingga ke hari ini kemudahan ini tidak diberikan oleh Kerajaan Persekutuan.
    • Pendaratan Petroleum di Kelantan adalah isu besar yang jika Perdana Menteri benar-benar ikhlas, ia harus diadakan. Pendaratan Gas dan Petroleum ini adalah perkara besar yang akan mengubah landskap ekonomi rakyat Kelantan.
  5. Dalam kapasiti Barisan Nasional yang telah lama memerintah Malaysia tidak sepatut rakyat disuap dengan janji poltik sahaja. Sepatutnya semua kemudahan ini dilaksanakan untuk rakyat. Janji yang dibuat pula berskala kecil dari hak yang sepatunya. Dengan royati Petroleum sepatutnya Kelantan dapat lebih dari apa yang dijanjikan. Rakyat Kelantan mestinya telah matang dengan janji-janji poltik sebegini dan mengikat janji dengan kemenangan adalah memalukan sebagai sebuah Kerajaan yang memerintah serta menghina rakyat Kelantan keseluruhannya.
  6. Pakatan Rakyat menawarkan 20% royalty Petroleum dan Rakyat Kelantan pastinya faham dan sedar akan tawaran yang besar sebegini sekalipun Dato’ Seri Najib tidak menyentuhnya dalam janjinya di Kelantan semalam. Dengan pemberian 20% royalty Petroleum kemiskinan rakyat negeri-negeri pengeluar minyak boleh dibantu, kebajikan ditingkatkan dan memajukan negeri-negeri ini,
  7. Rakaman tahniah atas kemenagan Dato’ Seri Anwar dalam saman fitnah terhadap akhbar Utusan. Seharusnya diingat bahawa media utama Kerajaan akan terus menggunakan startegi utama iaitu “fitnah” menjelang pilihanraya ini. Ini adalah tektikal murahan dengan memberikan gambaran salah dan memburuk-burukkan pimpinan Pakatan Rakyat. Ini adalah ekorang kurangnya iman dan runtuhnya kahlak islami dalam setiap susunan tektikal murahan media kerajaan. Yang peliknya media yang diurus oleh orang Islam lebih banyak disaman fitnah berbanding akhbar-akhbar milik bukan Islam. Ini adalah amat mengecewakan.

Sekian.

Dato’ Haji Husam Musa

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan

9 Rabiul Awal 1434 H / 21 Januari 2013

KUALA LUMPUR, 20 April: Belum pun sampai 24 jam Perdana Menteri melancarkan projek e-mel 1Malaysia, sudah muncul satu laman di Facebook menyeru rakyat menolak projek 'pembaziran' tersebut. Didaftar atas nama '1M Malaysians who don't want Najib's 1 Malaysia email', sehingga berita ini ditulis ianya telah mempunyai 21,913 pengguna Facebook yang meminatinya. Menurut maklumat tertera, laman tersebut dibuat bagi membantah projek emel 1Malaysia yang didakwa hanya akan membazirkan RM50 juta wang rakyat selaku pembayat cukai. 

Dalam posting awalnya, pengendali laman ini meletakkan beberapa pilihan jawapan berhubung tujuan projek ini diwujudkan untuk diundi oleh rakan-rakan mereka. Majoriti peminat laman ini bersetuju bahawa projek emel 1Malaysia adalah projek untuk membantu kroni. 

Semalam, Datuk Seri Najib Razak merasmikan projek untuk menyediakan akaun e-mel kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas. Dengan nilai kontrak bernilai RM50 juta, projek itu dianugerahkan kepada Syarikat Tricubes Bhd.

Bagaimanapun, syarikat tersbut dikatan sebuah syarikat bermasalah. Bukan sahaja namanya tidak berapa dikenali, ianya juga merupakan antara 12 buah syarikat yang disenaraikan Bursa Malaysia sebagai syarikat GN3 kerana keadaan kewangannya dalam keadaan "lemah" atau "buruk." Menurut garis panduan yang ditetapkan Bursa Malaysia, pengkelasan status GN3 itu akan membolehkan syarikat berkenaan mendapatkan bantuan daripada satu jawatankuasa untuk menstruktur semula hutangnya. 

Penyenaraian Tricubes di Bursa Saham mungkin ditarik balik sekiranya syarikat itu gagal meyakinkan bursa berhubung pelan untuk melunaskan kesemua hutangnya. Kontrak bernilai RM50 juta itu dijangka sudah pasti akan memberi nafas baru kepada Tricubes.

Sumber : Harakah

Betul ke Syarikat Tricubes bermasalah dan tersenarai antara syarikat GN3? (GN3 : A company designated as an Affected Listed Company because its poor or adverse financial condition and level of operations fall into the criteria described in Bursa Malaysia’s Guidance Note 3



Siapa di sebalik syarikat ni?

 

DAN INI FAKTA YANG PALING MENARIK!!!



RM50 JUTA DUIT RAKYAT akan hangus demi kelangsungan hidup sebuah syarikat milik kroni umno ni yang dah nyawa² ikan. Nak bagi pong bagi ler INTERNET FREE. Email free dah berlambak. Servis pun OK cam GMAIL. Private company pong ader bg email kat staf. Goverment pong dah ader... SDIRI MAU PIKIR LA NAJIB!!!

Ceramah DSAI yang ditakuti Najib Al Tantuya dan Rosmah Al Masyuuukk di taman Melawati 25/3/2011....

KUALA LUMPUR, 26 Feb: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera bertaubat ekoran melabel Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Dr Yusof al Qardhawi sebagai pengganas. Presiden PAS itu dalam satu kenyataan berkata, beliau berasa sangat terkejut, kecewa dan teramat jengkel dengan tuduhan ekstrem yang diberikan Najib terhadap gerakan Islam antarabangsa itu.

"Tuduhan bahawa Islam cenderung kepada keganasan adalah fitnah dan orang tersebut mesti segera bertaubat jika dalam dirinya masih ada iman sebesar zarah," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Najib sewaktu berucap pada satu program di Istanbul beberapa hari yang lalu. Tambahnya, tuduhan yang dibuat Najib itu juga merupakan satu fitnah besar yang dibuat oleh golongan yang buta sejarah perjuangan menentang penjajahan dan bercakap mengikut selera hati golongan barat yang memekakkan telinga kepada kebenaran.

Beliau menegaskan, tindakan mengambil sikap dan pandangan setiausaha negara Amerika sebagai neraca menentukan jenis pemerintahan yang bersandarkan kepada Islam adalah tindakan orang yang tidak mempunyai jati diri sebagai seorang Islam dan sangat memalukan orang Islam itu sendiri.

Ikhwan katanya, ditubuhkan untuk melaksanakan Islah dan tajdid berasaskan Al Quran dan Hadis, dengan memulakan perjuangannya secara jalan damai dan tidak pernah menyerah kalah terhadap kezaliman musuh sehingga ke hari ini. Mereka menyertai pilihanraya sejak awal lagi di Mesir, tetapi apabila pengaruh mereka tersebar luas, pergerakan ini diharamkan dan pemimpinnya dizalimi. Manakala Al Qardhawi pula adalah tokoh ulama berwibawa yang dilahirkan oleh Ikhwan.

"Dia berjaya meredakan golongan pelampau di kalangan pemuda Islam yang tidak sabar dengan kezaliman musuh sehinggalah mereka kembali ke pangkal jalan berjuang mengikut ajaran Islam yang sebenar," katanya.

Malah Malaysia sendiri katanya pernah memberikan Anugerah Maal Hijrah kepada beliau.

"Saya mencabar kerajaan Malaysia menarik balik anugerah maal hijrah yang telah diberikan kepada Sheikh Dr Yusof al Qardhawi itu," cabarnya.

Sumber : HarakahDaily

Antara ucapan Najib dalam satu wawancara di Istanbul, Turki:

  • Najib sebagai menggesa Ikhwanul Muslimin disisihkan dari agenda perubahan di Mesir kerana terlibat dengan keganasan

    "(Ikhwanul Muslimin) tidak harus menjadi sebahagian daripada proses selama mereka tidak menolak kekerasan dan ekstremisme."

  • Najib juga dipetik sebagai berkata, wujud kebimbangan terhadap penyokong Ikhwanul Muslim, Yusuf Al-Qardawi. Menurut Najib, ulama itu seolah-olah menyokong kepada keganasan dan menggambarkan bahawa pemimpin-pemimpin Islam di Bumi Timur Tengah sesat.

Sumber : National Review