Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Name *
Username *
Password *
Verify password *
Email *
Verify email *
Captcha *
Reload Captcha

Jajahan Kota Bharu terletak di utara Kelantan, Malaysia. Jajahan Kota Bharu dikelilingi oleh enam jajahan lain iaitu Jajahan Bachok, Jajahan Pasir Puteh, Jajahan Machang, Jajahan Tanah Merah, Jajahan Pasir Mas dan Jajahan Tumpat.

Jajahan Kota Bharu terbahagi pula kepada 15 daerah iaitu :

  1. Panji
  2. Kubang Kerian
  3. Ketereh
  4. Bandar Kota Bharu
  5. Kemumin
  6. Badang
  7. Kota
  8. Sering
  9. Peringat
  10. Banggu
  11. Kadok
  12. Limbat
  13. Pendek
  14. Salor
  15. Dewan Beta

Mengikut sejarah, Kota Bharu telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1844 oleh DYMM Sultan Muhammad II sebagai ibu negeri Kelantan yang baru bagi menggantikan Kota Saba yang tidak lagi sesuai untuk dijadikan pusat pentadbiran negeri kerana selalu diancam dengan banjir. Baginda telah bersemayam di sebuah istana yang digelar "Kota Bharu" sempena kota yang baharu dibuka oleh baginda. Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian, istana Kota Bharu tersebut telah ditukar nama kepada Istana Balai Besar ekoran kekeliruan yang timbul di antara nama tempat dan juga nama sebuah istana.

Sejak itu, Kota Bharu telah mengalami proses urbanisasi yang pesat dan menjadi tumpuan penduduk. Hari ini, Kota Bharu telah muncul sebagai bandar terbesar dan bandar tertua di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan jumlah penduduk 491,237 orang (banci 2010).

Penduduk Kota Bharu kaya dengan budaya yang sungguh unik. Lantaran itu, pada 25 Julai 1991, ibu negeri Kelantan ini telah diisytiharkan sebagai "Kota Budaya" oleh DYMM Sultan Ismail Petra. Manakala pada 1 Oktober 2005, ibu negeri Kelantan ini telah diisytiharkan sebagai sebuah bandar raya Islam dengan gelaran "Kota Bharu Bandar Raya Islam".

Kota Bharu juga merupakan tapak pendaratan angkatan tentera pencerobohan Jepun pada 8 Disember 1941 semasa Perang Dunia Kedua.

Antara pusat membeli-belah yang ada di Kota Bharu adalah :

  1. Pasar Siti Khadijah
  2. KB Mall @ Pacific Hypermarket
  3. Kota Bharu Trade Center @ Giant & Parkson
  4. Kota Seri Mutiara @ Billion
  5. Pantai Timur Shopping Centre
  6. Tesco Lembah Sireh
  7. Giant Superstore Tunjong
  8. MYDIN Emporium
  9. MYDIN Hypermarket Kubang Kerian
  10. MYDIN Hypermarket Tunjong (akan dibuka)
  11. The Store
  12. Bazar Tok Guru
  13. Bazar Tengku Anis
  14. Bazar Buluh Kubu
  15. AEON Mall Lembah Sireh
  16. Che Siti Village Mall Tunjong (dalam perancangan)
  17. The Galleria Retail Mall (dalam perancangan)
  18. Lulu Hypermarket (akan dibuka)
  19. Platinum Mall (akan datang)

Antara keistimewaan dan tempat menarik untuk dilawati di Kota Bharu :

  1. Masjid Muhammadi
  2. Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian
  3. Masjid Ar-Rahman, Pengkalan Chepa
  4. Masjid Kampung Laut, Nilam Puri
  5. Istana Jahar (Muzium Adat Istiadat)
  6. Istana Batu (Muzium Di Raja)
  7. Bank Kerapu (Muzium Perang)
  8. Kampung Kraftangan
  9. Pasar Besar Siti Khadijah (Kaum wanita banyak berniaga di sini)
  10. Kota Sultan Ismail Petra
  11. Pasar Malam Wakaf Che Yeh
  12. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
  13. Bazar Tok Guru
  14. Bazar Buluh Kubu
  15. Muzium Negeri Kelantan
  16. Menara Jam Tambatan Di Raja
  17. Gelanggang Seni (Tempat kegiatan kesenian dan kebudayaan)
  18. Perusahaan batik (Perusahaan yang terkenal di Kelantan)
  19. Taman Perbandaran Tengku Anis
  20. Taman Air Splash
  21. Pantai Cahaya Bulan

 

Sumbangan Mangsa Kebakaran Di Kg Sireh Bawah Lembah, Kota Bharu.

Saluran sumbangan melalui akaun Bank Islam

03036010006990 ( Jawatankuasa Pembangunan Dun Bunut Payong )

Untuk maklumat lanjut hubungi : 

Penghulu Zul (013 935 9894)

Saudara Fauwaz (014 530 5341)