Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Name *
Username *
Password *
Verify password *
Email *
Verify email *
Captcha *
Reload Captcha

Bila cakap pasal makeup atau skin care, memang semua wanita akan excited. Lagi-lagi bila jenama barang yang mereka nak tu import dari luar negara seperti Korea, Taiwan, Jepun, Eropah, A.S. dan banyak lagi. Memang susah untuk dapat sebab tak ada independent store dekat sini. Kalau nak order dari mana-mana website lain, memang lama nak kena tunggu.

Worry no more! Sebab kali ini, Hermo bakal mengadakan jualan #612Fanta5y sempena ulang tahunnya yang ke-5. Semua produk akan dijual dengan harga yang amat luar biasa dimana  korang juga boleh menikmati diskaun sehingga 90% storewide dan tawaran hebat dari RM 1. Ya, biar betul..RM 1!!

Hermo #612Fanta5y Sale kini kembali dengan pelbagai jenis pilihan untuk semua. Bukan sahaja untuk perempuan tau, lelaki pun ada. Jom jom shopping! Jualan ini akan berlangsung dari 12 Jun sehingga 18 Jun 2017!

300 jenama 9,000 produk di Hermo’s 612 5th Anniversary Sale. Wheee!

300 jenama? 9,000 produk? Banyaknya! Rambang mata nak tengok. Sekarang tak payah pergi jauh-jauh dah. Duduk kat rumah pastu beli online je. Antara jenama-jenama yang terdapat di Hermo adalah COSRX, NYX Professional Makeup, Maybelline, Skin Food, Klairs, Heimish, The Body Shop, SLEEK MakeUp, Benefit, dan banyak lagi! Hermo juga ada bawa masuk jenama-jenama baharu, so jangan ketinggalan!

Jangan risau, online shopping ni tak susah pun. Browse je guna smartphone korang ataupun muat turun aplikasi Hermo untuk pengguna Android dan iOS. Senang kan? Korang boleh check out barangan yang on sale dan juga promosi terkini dari pelbagai jenama kecantikan. Oh ya, kalau korang beli 2 items, dapat FREE shipping tau.

Kat Hermo, banyak produk famous yang korang boleh jumpa. Siap ada review lagi dari Beauty Vloggers dan YouTubers yang popular. Dah lah harga murah, boleh dapat freebies dan voucher lagi! Best tau shopping dengan Hermo!

 

Jualan murah #612Fanta5y bermula serendah RM 1! BIAR BETUL?!

Memang berbaloi kalau korang beli-belah kat Hermo masa 612 Anniversary Sale diorang ni. So, untuk beauty junkie di luar sana, korang boleh lah stock up makeup, skincare, perfume, hair care, body care, dan barangan kecantikan yang lain.

Rugi kalau terlepas jualan ni dengan tawaran harian bernilai RM6, RM1 dan RM2 sahaja, sempena tema jualan #Hermo612.

 

OMO! Shopping, voucher dan freebies! #Hermo612

Untuk setiap pembelian tempoh sale #Hermo612 ini, korang akan dapat Fanta5y Pouch secara PERCUMA. Dalam Fanta5y Pouch ni ada 1x mask, 1x cermin, dan 1x hadiah misteri.

Oh, bukan itu sahaja tau, korang juga boleh main game untuk memenangi voucher bernilai RM 5 dan RM 10. Lepas tu, guna voucher tu masa korang buat order untuk mendapat diskaun tambahan! Game yang dipanggil Smashing Beauty ini terbuka untuk semua orang – join jangan tak join!

OMO!  Sepertimana artis Korea yang sering melafazkan slang Korea ni di bibir kerana terkagum, para pelanggan Hermo juga tidak akan ketinggalan menyeru OMO! Jangan lupa check tawaran Fanta5tical XOMO Flash Deals menawarkan diskaun sehingga 70% dan harga yang sangat hebat untuk kesemua brand kesukaan korang. Memang tak cukup tangan kalau nak shopping!

Nak tau apa produk bestsellers di Hermo? Jangan miss out XOMO Flash Sale nanti! Korang boleh grab produk-produk ni dengan harga yang murah gila! Flash Sale ni ada dua slot je iaitu pada pukul 12 pm dan 8 pm. Jangan lupa refresh setiap hari tau!

Hermo’s 612 5th Anniversary Sale kali ini bukan sekadar jualan biasa je. So, jangan lepaskan peluang keemasan untuk grab produk kecantikan kesukaan korang dari Hermo bermula 12 Jun sehingga 18 Jun, 2017!

 

Skin care terkenal dari Korea iaitu COSRX, Klairs dan Skin Food

Antara jenama make up yang terhangat iaitu Benefit, Maybelline & NYX

Ha, macam-macam pilihan produk ada di Hermo kan? Memang susah nak pilih. Beli semua lah! Hehehe

Untuk maklumat lanjut tentang Hermo’s 612 5th Anniversary Sale ni, korang boleh ke website Hermo sendiri. Link di bawah:

 

HERMO OFFICIAL WEBSITE

 

  1. Cleanse

    - Gentle cleansing is the first step to a radiant complexion. It's the most important thing you can do to keep your skin looking and feeling healthy.

  2.  Protect

    - Protect your skin from harsh environmental factors like pollution and UV rays, which can damage, age, and dull your complexion.

  3. Restore

    - Give your skin the nourishment it needs to boost collagen while targeting wrinkles, fine lines, and other visible signs of aging.

  4. Revitalize

    - Rejuvenate your skin with our antioxidant rich formulas, which are formulated to help improve firmness, even out skin tone and reveal a brighter, more youthful-looking complexion.

  5. Purify

    - Replenish and revive stressed-out skin by lifting away dead surface cells and skin-dulling impurities.

  

 5 Steps To More Beautiful Skin With Meaningful Beauty ® Cindy Crawford

 

 

 

Petua-Petua Yg Dpt Anda Semua Amalkan

Petua Menyihatkan Rambut

Rambut adalah sebahagian daripada anggota kecantikan manusia. Kerana itu, ia perlu dirawat agar sentiasa subur dan terpelihara. Justeru, pengetahuan mengenai masalah rambut perlu ada bagi mendapatkan rambut yang sihat dan bermaya.

Syampu

Mitos pertama mengenai rambut adalah terlampau kerap bersyampu. Ini boleh menyebabkan rambut mengalami keguguran. Sebenarnya, cara anda menggosok kepala adalah penyebab utama rambut gugur. Cara menggosok kepala yang tidak betul akan mencabut akar rambut. Rambut yang gugur 50-100 helai sehari adalah perkara normal. Ini berlaku kerana rambut juga perlukan generasi. Jika jumlah rambut gugur lebih daripada jumlah yang dihadkan, maka anda mengalami masalah rambut gugur. Masalah itu terjadi mungkin disebabkan oleh fungsi tubuh anda terganggu, stress dan kurang vitamin.

Mayonis

Ada juga di kalangan wanita mengatakan bahawa mayonis adalah perapi rambut yang baik. Ia terbukti apabila ada di kalangan personaliti barat menggunakan cara yang sama untuk mendapatkan rambut yang cantik. Malahan cara ini sering menjadi ikutan dan terus meletakkan status petua sebagai berkesan.

Jika dilihat secara asasnya mayonis diperbuat daripada campuran telur, minyak dan cuka. Memang benar bahawa bahan-bahan ini adalah perapi yang baik. Tapi anda harus ingat, tidak semua rambut serasi dengan bahan-bahan tersebut.

Misalnya bagi rambut berminyak, sebaiknya hindari penggunaan minyak yang banyak. Rambut yang kering dan kulit kepala yang sensitif pula, hindarkan penggunaan cuka. Ingat juga, setelah menggunakan mayonis sebagai perapi, basuhlah dengan bersih kerana dikhuatiri lubang pori-pori akan tersumbat.

Air hujan

Biasanya, air tadahan hujan dikatakan baik dijadikan air mandi dan membasuh rambut. Hal ini kerana, air tadahan datang daripada sumber semulajadi. Hujan yang turun daripada langit dapat ditadah terus menerus tanpa ditambah dengan klorin.

Perkara ini mungkin praktikal pada zaman dahulu. Anda harus sedar, udara kini kotor. Banyak pencemaran terjadi di muka bumi. Awan pula menakung air yang datang dari bumi. Justeru, air hujan tidak boleh dikatakan bersih dan baik untuk rambut. Dikhuatiri air yang ditadah adalah air hujan asid.

Syampu bayi

Syampu bayi sering dianggap sebagai bahan yang mampu menjadikan rambut wanita dewasa kembali lembut seperti rambut bayi. Sebenarnya, tekaan anda itu salah. Satu-satunya kelebihan menggunakan syampu bayi adalah mata anda tidak pedih.

pH yang terdapat dalam syampu bayi lebih rendah berbanding pH pada syampu orang dewasa. Hal ini kerana kulit kepala bayi masih lembut berbanding kulit kepala orang dewasa. Penggunaan syampu bayi orang dewasa tidak berkesan kerana syampu bayi tidak mampu bekerja secara maksimum pada kulit kepala orang dewasa.

Rokok

Ramai orang mengatakan bahawa merokok mengakibatkan rambut akan cepat beruban. Kenyataan ini benar sekali. Perokok bakal menanggung risiko cepat beruban 4 kali lebih besar berbanding mereka yang tidak merokok.

Air limau

Ada petua yang mengatakan perahan air lemon boleh mengilatkan rambut. Petua ini mungkin ada kebenarannya namun semuanya bergantung pada warna rambut anda. Sejak dahulu kala, air perahan lemon telah digunakan sebagai bleaching semulajadi pada rambut bewarna terang.

Seperti rambut warna perang atau coklat terang. Rambut yang diusap dengan air perahan limau nampak lebih berkilat jika terkena cahaya matahari. Namun begitu bagi rambut bewarna gelap, termasuk hitam, merah tua atau coklat tua, kilat rambut tidak berkilau.