Username *
Password *
Remember Me

Perantauan

Jul 22, 2018

Ciri-ciri orang yang berakal dan berbudaya adalah tidak akan tetap tinggal di satu tempat. Mengembaralah.

Pergilah dengan penuh keyakinan! Nescaya engkau akan menemukan pengganti apa yang telah engkau tinggalkan. Bekerja keraslah kerana hidup akan terasa nikmat setelah bekerja keras.

Lihatlah pada air yang tergenang dan terhenti, memercik bau yang tak sedap. Andai air itu mengalir, air itu akan terlihat bening dan sihat. Sebaliknya, jika engkau biarkan air itu menggenang, ia akan membusuk. Singa di hutan dapat menerkam mangsanya, setelah ia meninggalkan sarangnya. Dan anak panah yang tajam tak akan mengenai sasarannya, jika tidak berganjak dari busurnya.

Andaikan mentari berhenti selamanya di tengah langit, nescaya seluruh umat dari hujung barat sampai ke timur akan merasa bosan kepadanya.

Emas bagaikan debu, sebelum ditimbang menjadi emas. Dan pohon cendana yang masih tertanam di tempatnya tak ubahnya pohon-pohon untuk kayu bakar.

Jika engkau tinggalkan tempat kelahiranmu, kau akan menemui darjat mulia di tempat yang baru. Dan kau bagaikan emas yang sudah terangkat dari tempatnya.

Flash : What are your superpowers again?
Batman : I'm rich

Superman : How did you get the house from the bank?
Batman : I bought the bank. All of it.

Moral of the story

Tak perlu kuasa sehebat Superman
Tak perlu kuasa selaju cahaya seperti Flash
Untuk menjadi Hero, jadilah kaya seperti Batman

Cukup dengan ada duit dah boleh jadi Hero
Sedekah, Zakat, Infaq di Jalan Allah
Jadilah anda seorang Hero di kalangan masyarakat
Kaya harta
Kaya jiwa

Elakkan jadi orang kaya seperti Lex Luthor
Kaya tapi kejam
Kaya tapi tak berperasaan
Rasuah, politik wang jadi mainan
Pengakhirannya di tirai besi
Dilaknat Tuhan

Jadilah Hero yang mulia
Hero di kalangan makhluk dunia
Hero juga di kalangan makhluk langit
Bahagia di dunia
Bahagia di akhirat

 

p/s : Ironman tak termasuk dalam senarai.. DC Only. :-P

Putih & Hitam

Jul 22, 2018

PUTIH Tak Bermaksud CANTIK

HITAM Tak Bererti KOTOR..

Sebab Putihnya Kafan Itu Menakutkan

Sedangkan Kelambu Kaabah Yang Hitam Itu Menenangkan..

Reason To Love

Jul 22, 2018

[ 10 Reason Why I Love You....! ]

  1. I love the way u smile.
  2. I love the way u blow your hair and how your eyes shine.
  3. I love the way u care.
  4. I love the way u appear in my dreams at nite.
  5. I love the way u let me hold your sweet little hand.
  6. I love the way u always think about me.
  7. I love hearing your sexy voice and the funny way u scream.
  8. I love the way u dress.
  9. I love your ways of honesty and passion for me.
  10. But mostly, i love the way u LOVED me, inside, outside and for every little thing that i WAS.

Thank u sweetheart. Thank u for loving me...

Love

Jul 22, 2018
Love is like playing the piano.
First you must learn to play by the rules,
then you must forget the rules and play from your heart.

Buah Tamar

Jul 22, 2018

"Kata orang-orang alim, barangsiapa mengamalkan makan buah tamar/kurma setiap hari walaupun sebiji, nescaya dia tidak akan berasa lapar..."

Never

Jul 22, 2018

Never say I Love You
If you really don't Care
Never talk about Feelings
if they aren't really there

Never hold my Hand
if you are don't plan to start,
Never Look into my Eyes
if all you do is lie
Never say Hello
if you really mean good bye
if you mean forever
Then say you will try
Never say Forever
cause forever makes me CRY

Ini kisah benar..

Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.

Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat. Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di sebuah pasaraya telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda.

Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat,

"Lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak

"Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?"

Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung. Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab :

"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam. Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan :

"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga. Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga. Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"

Tanya si ustaz.

"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je."

Rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi :

"Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya :

"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian. Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga."

Sumber iluvislam ]

Hargai Hubungan

Jul 22, 2018

Mengharapkan Sesuatu Yang Belum Pasti
Umpama Menanti Sesuatu Jatuh Dari Langit
Dan Langsung Tidak Membawa Hasil
Dan Apabila Sudah Memiliki Cinta Yang Tulus Dan Suci
Hargailah Kerana Takkan Semua Perhubungan Itu Akan Kekal Hingga Ke Akhir Hayat~!

Reach Your Goal

Jul 22, 2018

It't not WHAT you want in life...
It's knowing HOW to reach it.
It's not how high you want to RISE
It't knowing how to take off.

It's not the GOAL you set...
It's WHAT YOU NEED to achieve it.
It's not where you WANT to go
It's knowing HOW to get there.
It's not what you DREAM of doing
It's having the KNOWLEDGE to do it.
It's not what you want to BE
It's How you become it.

Page 1 of 2