Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Name *
Username *
Password *
Verify password *
Email *
Verify email *
Captcha *
Reload Captcha

Chatbots

Chatbots lahir daripada kemajuan teknologi aplikasi pesanan mudah alih seperti WhatsApp dan Facebook Mesengger. Kunci utama teknolgi ini berkisarkan tentang kecerdasan buatan. Antara contoh chatbots :

  • Christopher Bot [ www.christopherbot.co ]
    Bot ini telah ditulis oleh seorang pelajar berusia 14 tahun yang bertanya soalan seperti "Adakah anda mempunyai kerja rumah matematik?" selepas setiap persekolahan dan kemudian mengingatkan mereka kembali.
  • DOMThePizzaBot [ www.dominos.co.uk/easy ]
    Bot pizza dari Dominos telah diintegrasi dengan Facebook Messenger yang membolehkan pengguna menempah makanan secara terus dengan platform tersebut dan menggunakan emoji.
  • SU [ www.nexus.cx/su ]
    Bot yang direka untuk menyokong orang yang bergelut dengan perubahan disekelilingnya.

3 API dan Framework terbaik untuk membina chatbots

 

WebVR

WebVR adalah spesifikasi terbuka yang memungkinkan untuk mengalami Realiti Maya / Virtual Reality (VR) di pelayar anda. Matlamatnya adalah untuk memudahkan semua orang mendapatkan pengalaman VR, tidak kira apa peranti yang ada. Anda memerlukan dua perkara untuk mengalami WebVR :

  • Headset seperti Google Cardboard, HTC Vive, Playstation VR, Samsung Gear VR dan Windows Mixed Reality Headsets.
  • Pelayar yang serasi

Rujukan WebVR [ https://webvr.info/ ]

 

AR & The Web

Augmented Reality (AR) adalah idea untuk menyatukan media yang dijana oleh komputer seperti Objek 3D, kandungan 2D dan audio dengan memberikan pandangan seseorang tentang dunia nyata. Pokemon Go sebagai contoh telah berjaya menggunakan konsep AR di dalam aplikasi tersebut. 

Namun masalah utama AR ialah pengguna memerlukan pemasangan atau installation di dalam peranti pengguna. Sebagai contoh untuk melihat kandungan sebuah majalah interaktif, pengguna perlu memuat turun aplikasi tersebut, menggunakannya sekali, kemudian memadamkannya apabila sudah selesai dan kitaran itu terus untuk setiap kes penggunaan majalah tersebut.

Apa yang ditawarkan AR di web adalah jauh lebih baik dalam pengalaman melayari web mudah alih. Hakikat bahawa ia boleh berfungsi tanpa apa-apa pemasangan atau installation tertentu amat bermakna.

Antara tools untuk membina AR di web:

 

Microinteractions

Microinteractions menyediakan pengalaman yang menyenangkan dan maklum balas yang berguna untuk pengguna. 4 cara untuk menjadikan microinteractions anda berguna : 

  • Masa tindak balas yang cepat
    Tindakbalas yang segera seperti dalam tempoh 0.1 saat. Tiada siapa yang ingin menunggu memandang skrin yang tidak berubah sekiranya apa yang dilakukannya berjaya.
  • Pastikan pengguna dimaklumkan
    Status icon atau loading bar membuatkan pengguna mengetahui apa yang dilakukan mera sedang diproses dan merea sanggup menunggu. Ini akan menghalang pengguna daripada hilang minat atau paling teruk meninggalkan laman anda sama sekali.
  • Elemen yang biasa dikenali
    Seperti semua reka bentuk terdapat beberapa elemen, ikon atau kedudukan yang telah menjadi perkara biasa dalam atas talian.
  • Pastikan ia mudah
    Keindahan mikrointeraktif ada dalam kesederhanaannya - notifikasi kecil "add to cart" atau animasi mudah sebagai contoh. Ini semua berkenaan tindakbalas segera atas sesuatu tindakan/arahan.

 

CSS Grid

Grid CSS menawarkan sistem susun atur berasaskan grid, dengan baris dan lajur, menjadikannya lebih mudah untuk mereka bentuk halaman web tanpa perlu menggunakan floats dan positioning. Penggunaan CSS Grid ini menjadikan paparan laman ada responsive atau mesra mobile. 

 

Voice Search

Mengikut COMSCORE, 50 peratus kemudahan carian akan dapat menyokong carian melalui suara menjelang 2020. Antara contohnya, Siri (Apple),  Cortana (Microsoft) dan Alexa (Amazon) yang menyokong carian dan arahan melalui suara.

 

SVG

Terdapat banyak format imej yang ada seperti JPEG, GIF, PNG dan WebP. Tetapi apabila disebut imej vektor, SVG adalah pemenangnya. SVG mempunyai skala yang tak terhingga dan jelas di mana-mana resolusi, bersaiz kecil, fail yang mudah dimampatkan, menjadikannya ideal untuk laman web.

Untuk membuat laman web sangatlah mudah. Apa yang diperlukan adalah nama domain, hosting dan Sistem Pengurusan Kandungan (Content Management System - CMS) seperti Joomla dan Wordpress. Itulah sebabnya pada hari ini berjuta laman web yang wujud.

Bagaimana jika anda mahu mengembangkan lagi pengunjung laman web anda, mengubah laman web kepada perniagaan atau menggunakan laman web untuk mempromosikan projek anda? Dalam kes ini, anda mungkin perlu membuatkan laman web anda kelihatan lebih profesional. Berikut adalah 5 tips bagi menjadikan laman web anda nampak profesional.

  1. Dapatkan Web Hosting Yang Laju
    Sebagai langkah permulaan, mendapatkan shared hosting adalah sesuatu yang baik. Namun sebaik sahaja anda mempunyai matlamat yang lebih besar untuk dicapai anda perlu memikirkan untuk menaik taraf hosting anda. Menggunakan shared hosting, prestasi laman web anda mungkin akan menjadi agak lambat dan tergendala sekali sekala terutamanya apabila ada pengguna yang berkongsi server dengan anda melakukan ssuatu yang salah yang memberi kesan kepada prestasi server. Ia juga akan turut memberi kesan kepada kedudukan ranking Google. Naik taraf yang boleh anda pertimbangkan adalah menggunakan VPS yang lebih cepat dan lebih stabil.  

  2. Mengupah Pereka Laman Web Profesional
    Mengupah pereka laman web profesional adalah paling utama. Pengunjung kebiasaanya hanya mengambil beberapa saat untuk membuat keputusan untuk melayari laman web anda untuk kali yang seterusnya. Reka bentuk dan susun atur secara tidak langsung akan memberi kesan kepada keputusan itu. Adalah amat penting anda membangunkan jenama anda, menitikberatkan dan memberi perhatian reka bentuk logo, warna, typography dan sebagainya.

  3. Mengupah Penulis/Editor Profesional
    Kandungan anda adalah sama pentingnya. Walaupun pengunjung menyukai reka bentuk laman web anda, namun sekiranya kandungan laman web anda membosankan, tidak berfaedah atau penuh dengan kesilapan tatabahasa, mereka akan meninggalkan laman web anda. Mengupah penulis profesional hari ini adalah mudah dan berpatutan sekiranya anda mencari di tempat yang betul. Laman web seperti Freelancer.com dan Upwork.com, membolehkan anda untuk menghantar kerja dan mendapatkan sebut harga daripada beratus-ratus penulis dari seluruh dunia.

  4. Mengoptimumkan untuk Peranti Mudah Alih
    Kebanyakan dunia hari ini masing-masing menggunakan telefon pintar. Sebahagian besar laman web sudah mendapat lebih ramai pengunjung dari peranti mudah alih ini daripada pengunjung di desktop. Ini bermakna laman web anda perlu dioptimumkan untuk telefon pintar dan tablet. Google menawarkan alat yang sangat berguna yang membolehkan anda gunakannya untuk menguji laman web anda. Selepas menjalankan ujian ini, anda akan dapat mengenal pasti masalah utama dan seterusnya pastikan anda membaiki masalah tersebut!

  5. Senarai Maklumat Hubungan anda
    Adakah anda perasan kebanyakan laman web amatur hampir kesemuanya tidak menyediakan maklumat hubungan? Sebaliknya, adakah anda perasan bagaimana perniagaan dan laman web yang kukuh mempunyai banyak maklumat hubungan (contohnya, nombor telefon, alamat, e-mel, akaun media sosial, dan lain-lain)? Oleh itu, memaparkan maklumat hubungan adalah salah satu kaedah yang paling mudah untuk menjadikan laman web anda kelihatan lebih profesional. Jadi kenapa tidak melakukannya?

Senarai Payment Gateway yang terdapat di Malaysia.

  PayPal iPay88 MOLPay Senang Pay Billplz
 Logo paypal logo ipay88 logo molpay logo senangpay logo billplz logo
Package   SOHO Plan SME Plan Lite Premium    
Setup Fee Nill RM488 +RM900 (for Credit Card Gateway)  RM499+RM900 (for Credit Card Gateway) RM400+RM900 (for Credit Card Gateway) Nill Nill
Annual Fee Nill Nill  RM500  Nill RM499 RM100 Nill
Transaction Fee (per transaction)
Cash/FPX/Internet Banking   3.5% or minimum RM0.60 (which ever is higher) 2.9% or minimum RM0.60 (which ever is higher) 3.8% or minimum RM0.60 (which ever is higher) 3% or minimum RM0.60 (which ever is higher) RM1.50 RM1.00 (for RM100 & below) RM2.00 (for above RM100)
Credit Card/Debit Card Malaysia 3.9% + RM2.00Overseas 4.4% + fixed fee based on the currency received 3.5% 2.9% 3.8% 3% 3% 4.4% + RM2.00 or lower
Payment Remittance
Receive Payment PayPal Account Instantly. Can Withdraw to local banks. Weekly transfer to bank account Weekly transfer to bank account Twice a week (Wednesday & Friday)

 Cash : Next day

Credit Card: Within 7 days

Withdrawal Fee RM3.00 (for below RM400) Free (for above RM400) Nill RM2 per withdrawal  Nill  
Minimum Amount for Withdrawal RM40 RM100 RM100  RM100  

  Rujukan :

Framework PHP membantu anda untuk menulis kod yang bersih dan boleh diguna semula. Ia mengikuti corak Model-View-Controller (MVC), memastikan pemisahan yang jelas dari segi logik dan pembentangan. Tetapi terdapat banyak perbincangan di sekeliling kerana ada yang lebih sukakan prestasi, ada yang lebih suka dokumentasi yang lebih baik, sesetengah juga cenderung kepada jumlah fungsi built-in dan lain-lain.

Berikut adalah Framework PHP berdasarkan populariti dan Google Trends dari 2012.

yiiframework

  • lebih laju sedikit berbanding Codeigniter dan Zend Framework.

CodeIgniter

  • menjadi pilihan kebanyakan Pengaturcara PHP
  • mudah untuk dipelajari
  • antara framework yang hebat seperti Zend dan CakePHP
  • antara matlamat utamanya adalah untuk membolehkan pengaturcara membangunkan projek-projek lebih cepat dengan menyediakan satu set perpustakaan untuk tugas-tugas yang biasa diperlukan, serta antara muka yang mudah dan struktur logik untuk mengakses perpustakaan ini.

Zend Framework

  • lebih selamat, boleh dipercayai dan membenarkan aplikasi Web 2.0 & perkhidmatan web
  • kebiasaannya digunakan dalam membina aplikasi besar.

CakePHP

  • framework yang popular untuk pembangunan aplikasi web
  • dilengkapi dengan banyak ciri-ciri: kod generasi, terjemahan, akses pangkalan data, caching, pengesahan, pengesahan dan lain-lain

Terkini, salah satu framework daripada pembangun tempatan memfokuskan kepada pembangun berasaskan PHP adalah NANAS.

Daripada apa yang diterangkan oleh pembangunnya melalui laman rasmi,

"NANAS amat sesuai digunakan untuk programmer yang mahu berjinak-jinak dengan framework PHP. Jika kamu mahu cuba pakai CodeIgniter, atau bake code guna CakePhp, NANAS platform terbaik untuk kamu untuk memahami dan memanipulasi konsep MVC"

Segala pembangunannya dilesenkan dibawah GNU General Public License, dan bagi mereka yang berminat boleh menyumbangkan kepakaran dalam pembangunan, sekaligus membantu para pembangun yang menggunakan framework NANAS ini.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh merujuk kepada laman rasminya, ataupun mengikuti pelbagai perkembangan semasa melalui halaman GitHub untuknya.

 

Selalunya nama sistem operasi ini lebih dikenali untuk digunakan di desktop, Ubuntu kini boleh dimuatkan ke dalam tablet untuk mereka yang inginkan sistem operasi alternatif. Direka untuk digunakan pada Nexus 7 dan Nexus 10. Ubuntu sebelum ini telah melancarkan versi untuk telefon pintar, yang boleh dimuatkan ke dalam telefon pintar seperti Galaxy Nexus dan Nexus 4. Ini adalah sebahagian daripada strategi empat-skrin Ubuntu untuk 18 bulan yang akan datang.

Ubuntu berbeza dengan system operasi yang lain kerana kod-kod untuk versi telefon dan tablet adalah sama – jadi tiada perbezaan dari segi fungsi ataupun keselamatan. Misalnya, jika ada aplikasi yang dibuat untuk versi telefon, ianya boleh digunakan pada tablet tanpa perlu untuk mengubah kod.

Produk komersial Ubuntu mungkin akan datang pada awal ataupun pertengahan 2014, jadi mari kita nantikannya.

- Sumber : Ubuntu -

2013 Compare The Best Antivirus Software Products

  1. Bitdefender Antivirus Plus
  2. Kaspersky Anti-Virus
  3. Norton AntiVirus
  4. F-Secure Anti-Virus
  5. G Data AntiVirus
  6. BullGuard Antivirus
  7. AVG Anti-Virus
  8. Avast! Pro Antivirus
  9. Trend Micro Titanium Antivirus +
  10. VIPRE Antivirus

- Sumber -

Sempena tahun baru 2013 yang akan tiba, alkhudhri.com berbesar hati untuk berkongsi seni pembuatan papercraft kalendar. Sesuai untuk dijadikan hiasan di atas meja pejabat atau rumah. Selamat Berkreatif!!!

kalendarpapercraft

Klik di sini untuk download tutorial kalendar papercraft. Sila inform jika link dah expired.

Pastinya sukar untuk membayangkan dunia di mana kita perlu membeli perisian untuk melayar di atas talian. Namun itulah yang perlu dilakukan suatu ketika dulu. Pada waktu terawal internet, tidak ada banyak perisian yang boleh dipilih untuk melayari internet. Majoriti pengguna dahulu hanya boleh menggunakan Microsoft Internet Explorer, sesuatu yang susah dibayangkan pengguna sekarang.

Zaman Netscape

Ia bermula apabila Netscape Communications Corporation (Netscape) memperkenalkan Netscape Navigator (Navigator), pelayar web komersil percuma yang amat mudah digunakan oleh kerana ia mempunyai fungsi intuitif. Sejak diperkenalkan, Navigator dengan pantas mengambil alih 80% pasaran dari pelayar berasaskan Mosaic yang lain.

Namun begitu, ia hanya direalisasikan pada 1994 dan tak banyak yang boleh dipilih ketika itu. Pilihannya hanyalah sama ada menggunakan Navigator atau kod yang anda bangunkan sendiri. Jadi ia amat senang untuk mengetahui kenapa Navigator amat popular. Walaupun begitu Netscape dibeli oleh America Online (AOL), sesuatu yang akan menentukan nasibnya bertahun kemudian.

Microsoft juga memasuki pasaran pada 1995 dengan Internet Explorer (IE) yang pertama mereka. Berasaskan teknologi yang sama dengan Navigator, produk akhirnya agak primitif berbanding dengan Navigator. Walaupun begitu ia diedarkan percuma dengan setiap Windows 95 Plus. Sekaligus menarik minat orang awam yang tidak celik IT dan suka memilih perisian yang boleh dimiliki percuma dengan Windows (satu dari dua benda ini akan bertukar di dalam 20 tahun).

Kombinasi Netscape dilembabkan oleh AOL dan Microsoft mendapat lebih banyak bahagian pasaran dengan IE yang lebih senang dimiliki membuatkan Navigator jatuh merundum.

Dengan Netscape seakan sudah tidak releven, IE dari Microsoft mula memperbaiki fungsi dan kestabilannya. Pada 1998 ia mencapai tahap di mana 96% dari keseluruhan pasaran menggunakan IE.

Pasaran Terbuka

Pada hari — hari terakhir Netscape, pembangunnya telah mengeluarkan kebanyakan dari kod asas untuk pelayar mereka di bawah lesen Open Source.

Ini akan digunakan untuk menjadi sesuatu yang mencabar IE pada masa depan, walaupun Netscape dalam bentuk berbeza. Kebanyakan orang mungkin mengenalinya dengan namanya sekarang, Mozilla Firefox, pelayar Open Source yang paling dikenali.

Dengan Firefox masih lagi cuba menjadikan kod Netscape untuk menjadi pelayar yang bagus, IE pula memonopoli pasaran. Produk Microsoft ini mempunyai 70% pegangan pasaran tidak sampai 4 tahun yang lalu. Pelayar yang dikenali ramai itu bukanlah pelayar yang terbaik pada masa itu, namun tidak ada produk lain yang mampu melawannya.

Situasi berubah pada September 2008 di mana Google mengambil keputusan untuk menyertai pasaran pelayar dengan pelayar Chrome mereka yang agak kool. Antaramuka yang bersih dan sistem yang senang guna membuatkannya diminati komuniti teknologi, namun tak ramai yang perasan atas kewujudannya. Salah satu sebab ialah fasa Beta awam hanya berakhir pada Julai 2012!

Data Penting

Mengikut GlobalStats StatCounter, pengguna Chrome telah melebihi pengguna IE pada akhir Mei 2012. Walaupun tak banyak beza, tapi ia mempunyai impak yang besar. Pengguna telah merungut tentang kelembapan IE saban tahun, dan juga isu keselamatan yang terdapat pada IE. Firefox adalah satu alternatif, namun pelayar Open Source ini lebih diminati bagi mereka yang lebih celik IT. Modul yang berlainan, versi pembangunan, pelepasan snapshot dan fungsi tambahan melalui 'add-on' agak (masih) tidak mesra pengguna, terutama bagi mereka yang tak mahu pelayar yang rumit.

Walaupun begitu, NetMarketShare dari Net Applications yang dilihat penganalisa sebagai standard tertinggi bagi statistik penggunaan pelayar melaporkan yang IE masih lagi memegang tempat pertama dalam pasaran pelayar, hanya angkanya sedikit di bawah 50%. Memetik kata CEO GlobalStats, Aodhan Cullen yang dilaporkan di dalam artikel betanews mengatakan "Peperangan pelayar kembali, dan kini ia lebih besar!"

Cullen mengatakan bahawa sekarang ada tiga kuasa besar yang bertanding bagi kedudukan pertama, namun "… pemenang sebenar adalah pengguna yang pasti mempunyai lebih banyak pilihan dan inovasi disebabkan pertandingan yang sengit ini"

Perbezaan di antara data syarikat Cullen dan Net Applications adalah jenis sampel metodologi yang digunakan. GlobalStats menggunakan bilangan keseluruhan paparan halaman dari pelayar tertentu. Net Aplication pula menggunakan paparan halaman yang unik. Perbezaan statistik ini menunjukkan bahawa walaupun pengguna IE lebih ramai, namun pengguna Chrome lebih banyak meluangkan masa di internet.

Walaupun begitu tak ada lagi kajian menyeluruh bagi subjek ini oleh kerana tiada kertas kerja yang betul dibuat bagi kajian dan analisa statistik kedua — dua syarikat ini. Jadi tiada informasi yang kukuh dan ketara boleh diambil.

Penggunaan Pelayar Di Dunia

Dari Segi Nombor

Walaupun pengguna Chrome mewakili majoriti trafik internet, namun ia tidak bermaksud pelayar Google ini telah menakluki keseluruhan dunia. Penggunaannya masih berbeza berdasarkan kedudukan geografi.

Sebagai contoh, GlobalStats memendedahkan pada June 2012, IE masih lagi mengawal 40% pasaran Amerika Utara, berbanding 24% bagi Chrome dan 21% bagi Firefox. Namun di sebalik sempadan dan di seberang Terusan Seuz, statistik itu pula terbalik dengan Chrome mempunyai 48% pegangan pasaran manakala IE 28% sahaja.

Amat menarik apabila Firefox masih lagi mengekalkan pegangan 20% bagi kedua — dua benua. Apa yang mengejutkan adalah pengganti Netscape ini mempunyai pegangan yang kuat di Eropah dan juga Afrika. Walaupun ia hanya mendahului sedikit saja berbanding dengan IE dan beza 10% dengan Chrome, ia masih satu pencapaian yang membanggakan.

Menurut artikel penggunaan pelayar CNET yang ditulis oleh Stepehn Shankland, Chrome sekarang sedang dalam proses mengukuhkan kedudukan dan mungkin dapat memintas Firefox tak lama lagi. Pandangan beliau diambil dari data yang dikumpul Net Applications, yang menunjukkan pelayar Google ini dapat menandingi pelayar Mozilla dalam tahun ini.

Berdasarkan statistik, satu soalan pasti akan ditanya. Kenapa penggunaan amat berbeza di benua yang berlainan.

Teori

Walaupun tidak boleh disahkan, namun kita boleh menganggap Amerika Utara adalah rantau pertama mendapat Internet, yang bermaksud ia mempunyai sistem legasi IE yang terbesar masih terus dihubungkan dengan Internet. Ia menjadikan IE didapati di dalam bisnes bersaiz kecil dan sederhana yang tidak mempunyai dana atau tidak faham keperluan untuk menaik taraf perkakasan ICT mereka. Mungkin juga perkakasan mereka masih lagi mempunyai IE yang lain jadi statistik penggunaan IE sebenar tidaklah kukuh.

Satu lagi faktor adalah di mana polisi jabatan IT yang memastikan kesemua tempat kerja organisasi mempunyai IE. Operasi prosedur standard (SOP) ini tidak boleh dipandang remeh. Pentadbir Sistem lebih suka untuk menstandardkan penggunaan perisian untuk senang diurus. Oleh kerana IE memang terdapat di dalam Windows maka SOP bagi banyak syarikat menggunakan IE sebagai satu-satunya pelayar yang perlu digunakan di pejabat.

Walaupun begitu di era 'Bring Your Own Device' (BYOD bermakna Bawa Peranti Sendiri), banyak syarikat terpaksa mengembangkan dan mengadaptasi dengan peranti yang lebih meluas. Jika ia berlaku, setiap PC akan mempunyai banyak jenis pelayar yang lain. Perubahan polisi ini menjadi salah satu penurunan mendadak IE. Statistik yang kami ada tidak menunjukkan fenomena BYOD mengakibatkan penurunan itu namun ia masih boleh diambil kira.

Bagi negara yang membangun seperti Brazil dan India, mereka tampak seperti lebih gemarkan Chrome. China tidak boleh dicatatkan penggunaan mereka kerana mereka mempunyai banyak perbalahan dengan syarikat dari Mountain View ini dan secara aktif menghalang Google. Ia juga mengubah angka statistik dengan banyak.

Pasaran Kompetitif

Jika trend yang dilihat sekarang berterusan, kita boleh menganggap yang Chrome pasti akan menjadi pelayar nombor satu tak lama lagi. Berdasarkan GlobalStats dan Net Applications, hanya Afrika boleh dikatakan rantau yang masih berpegang teguh pada Mozilla. Penggunaan IE pula masih menjunam. Kitaran pembangunan Chrome yang pantas dan juga pengemaskinian yang senyap boleh dilihat sebagai perubah yang akan mencantas pegangan Microsoft di dalam pasaran pelayar.

Terdapat peluang nipis yang menyebabkan pengguna mungkin akan kembali ke Firefox sebagai alternatif. "Walaupun fokus adalah bagi pertandingan di antara Chrome dan IE, Mozilla yang membangunkan produk tanpa untung mempunyai pengguna setia dan tidak boleh dipandang rendah" kata Cullen. Joe Wilcox, wartawan bagi Betanews yang menulis artikel mengenai pandangan Cullen pula menanyakan jika itu boleh berlaku.

Wilcox merasakan Google sedang memegang momentum kelajuan inovasi mereka, Microsoft pula bergantung pada stabiliti pelayar dan juga mula menukar kepada kelajuan yang lambat namun stabil. Beliau juga menyatakan disebabkan dua pesaing besar ini bertanding dengan hebat, Firefox telah menjadi "mangsa kolateral selepas dicantas Chrome" dan tersisih ke tempat ketiga dari segi penggunaan pelayar dunia.

Bolehkah IE Kembali?

Mengikut Shankland, Microsoft banyak mempromosi IE9, yang banyak memperbaiki kelemahan IE yang tiada pada tahun — tahun lampau. "Syarikat ini juga sedang sibuk untuk membimbing pengguna untuk meninggalkan IE6, dan memasarkan IE10 yang akan dipadankan dengan Windows 8" kata beliau.

Wilcox juga mengatakan bahawa populariti Chrome tidak akan dapat menandingi IE pada masa terdekat, namun beliau mengatakan Firefox yang sekian lama menjadi pelayar no 2 agak goyah.

Statistik dari Net Applications juga menunjukkan yang versi terbaru IE, IE9 telah mengambil semula sebahagian dari pegangan pasaran. Di sebalik usaha pemasaran besar — besaran IE9, ia dengan sendirinya agak kukuh dan memperkenalkan pelbagai inovasi yang diilhamkan oleh pesaingan.

Jadi Bagaimana Sekarang?

Ia mungkin bermakna pasaran pelayar akan kembali statik. Apabila Netscape gagal, ia memberikan peluang bagi Microsoft untuk mengawal pasaran. Walaupun IE terdahulu agak lemah dari segi kod, tidak banyak sekuriti, banyak masalah namun dengan itu saja pengguna dapat pergi online. Mujurlah pembangun IE telah berusaha untuk menjadikan IE setaraf dengan Chrome dan Firefox sekarang.

Masa Hadapan.

Selepas kita memasuki era teknologi yang seterusnya, kita hanya mampu membayangkan apa akan terjadi nanti. Kita pasti lihat Microsoft tidak akan membiarkan IE mati, dan mereka mempunyai sumber untuk memastikan IE bertahan selama yang mungkin.

Kita juga pasti akan melihat ada persaingan dari Mozilla. Walaupun Firefox mati, namun masih ada pengaturcara di luar sana yang mampu menyelamatkan sesuatu dari 'bangkai' itu. Chrome dari Google, seperti saham yang berpotensi tinggi, kelihatan akan naik lagi.

Pembaca yang bijak pasti akan perasan yang pelayar lain seperti Safari dan Opera tidak disebut di dalam artikel ini. Ia adalah kerana pengaruh mereka kepada pasaran pelayar dunia amat kecil sekali. Malah kombinasi pegangan pasaran kesemua pelayar lain tak mampu untuk mengacau mana — mana tiga pelayar paling besar ini.

Sebenarnya pasaran pelayar sekarang tak akan sama lagi selepas satu dekad berlalu. Ia kerana trend perkomputeran mudah alih, dengan kenaikan populariti tablet dan telefon pintar pasti akan mengakibatkan anjakan paradigm kepada pelayar web mudah alih. Walaupun tak banyak statistik bagi pelayar web mudah alih, namun ketiga-tiga kuasa besar pelayar ini, mengetahui yang ia makin popular dan mereka dengan pantas melancarkan versi mudah alih tersendiri. Walaupun begitu tak banyak yang boleh dikatakan lagi mengenainya.

Mungkin ini adalah berita baik kerana ia menunjukkan pasaran bagi pelayar web mudah alih masih lagi terbuka. Dengan pengkomputeran mudah alih makin meluas, ia menunjukkan pertandingan pelayar akan berubah ke fasa yang baru yang tiada pemenang boleh diteka lagi.

Semuanya menunjukkan yang semangat bersaing itu masih ada. Tiada satu pun pelayar yang boleh dikatakan selamat dan mereka perlu sentiasa berinovasi dan memperbaiki pelayar masing-masing. Kami, pengguna akan dapat meraih manfaat dari persaingan ini dan menunggu inovasi terbaru yang akan diperkenalkan.

Satu kajian baru mendapati para pengguna perisian Internet Explorer (IE) adalah bodoh kerana mereka memiliki purata tahap kecerdasan intelektual (IQ) cuma 80, lapor sebuah akhbar di New York, Amerika Syarikat (AS).

Internet Explorer (IE) yang mula digunakan pada awal 1990-an merupakan sistem operasi komputer popular ciptaan firma Microsoft yang diterajui bilionair, Bill Gates. Kajian tersebut dilakukan oleh firma perunding Kanada, AptiQuant yang menguji 101,326 orang berusia 16 tahun dan ke atas dari pelbagai negara termasuk AS, Kanada, Britain, Australia serta New Zealand. Mereka diminta mengambil ujian IQ manakala sistem operasi dan lokasi komputer mereka direkodkan menerusi alamat protokol Internet (IP). Kajian mendapati mereka yang menggunakan IE rata-ratanya hanya memiliki IQ cuma sekadar 80. Menurut skala IQ, kepintaran manusia normal ialah 100 manakala angka 80 dan ke bawah menunjukkan seseorang itu mengalami terencat akal.

Kajian sama mendapati pengguna sistem operasi Firefox atau Google Chrome memiliki IQ melepasi tahap normal iaitu sekitar 110. Pengguna sistem operasi Opera atau Camino dikategorikan sebagai paling bijak dengan tahap IQ sekitar 120. Kajian tersebut merumuskan bahawa IE masih popular dalam kalangan jutaan pengguna kerana ia mudah dan seseorang itu tidak memerlukan IQ yang tinggi untuk menggunakannya. p/s: Wallahu 'alam. Tak pasti sejauh mana kebenarannya. Tp Microsoft menafikan kajian ini.

MUSTAFA KAMAL ATATURK adalah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Uthmaniah  yang telah ditubuhkan sejak tahun 1299M.

Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh Mustafa Kamal Ataturk melalui konspirasi jahat kafir Barat. Tahun 1343H/1924M dengan terhapusnya pejabat khalifah bermakna tamatnya pemerintahan Empayar Islam Turki Uthmaniyyah selama 625 tahun.

Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Ataturk dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar Salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk dalam bukunya yang berjudul al-Zi'bu al-Aghbar atau al-Hayah al- Khasah li taghiyyah telah menulis:

'Sesungguhnya Ataturk adalah daripada keturunan Yahudi. Nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah dari Sepanyol ke bandar Salonika.'

Golongan Yahudi ini dinamakan dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M):

Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel. Antara mereka ada satu kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap.

Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, beliau telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Di sini bermulanya usaha Ataturk dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama islam. Dengan kedudukannya sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengingatkan rakan-rakan pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.

Beliau telah mengubah ucapan Assalaualakum kepada Marhaban Bikum (Selamat Datang). Tindakan beliau selanjutnya ialah menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan dan Kebebasan yang bertujuan untuk menghapuskan Kerajaan Uthmaniyyah yang menurutnya mengamalkan pemerintahan kuku besi, tetapi malangnya Pertubuhan Bersatu dan Maju yang ketika itu juga bergiat cerdas menentang pemerintahan Islam telah menjadi batu penghalang kepada pengerakan Ataturk ini.

Imej Mustafa Kamal menonjol selepas meletusnya Perang Dunia I apabila beliau dipilih sebagai panglima pasukan ke-19 di Sinaq Qal'ah. Pasukannya dapat mengalahkan tentera British sebanyak dua kali di Semanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil mestkipun kekuatan tentera British mampu mengalahkan tentera Artaturk. Dengan kemenangan tersebut, Ataturk telah dinaikkan pangkat kapten dan kemudiannya jeneral pada tahun 1335H.(1916M).

Namun hakikatnya, kemenangan yang dicapai oleh Mustafa Kamal adalah kemenangan yang disengajakan dirancangkan oleh tentera Inggeris supaya reputasi Ataturk dipandang tinggi oleh Kerajaan Uthmaniyyah. Ini kerana peperangan di antara tentera Uthmaniyyah dengan tentera bersekutu berlanjutan selama beberapa hari tanpa mana-mana pihak mencapai sebarang kemenangan sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak bertahan di kawasan masing-masing untuk beberapa bulan. Akhirnya pihak Inggeris secara mengejut tanpa disangka-sangka telah meninggalkan kawasan pantai Ghalibuli. Pada tahun 1337H (1918M), Ataturk telah mengetuai satu pasukan tentera di Palestin. Beliau telah menghentikan peperangan terhadap Inggeris, musuh Kerajaan Kerajaan Uthmaniyyah secara mengejut dan membenarkan Inggeris mara ke sebelah utara tanpa mendapat sebarang tentangan. Ketika itulah ia mengadu jatuh sakit dan terlantar di Kem Nablus. Tindakannya itu telah menimbulkan pelbagai spekualasi dan tanda tanya, lantas beliau membawa pasukan tenteranya ke utara sehingga ke Damsyik. Di sana, beliau telah mengeluarkan perintah supaya menghentikan tentangan terhadap Inggeris sekaligus membuka peluang kepada Inggeris untuk mara ke wilayah-wilayah Uthmaniyyah.

Selepas kekalahan Turki dan perisytiharan gencatan senjata, Inggeris meminta khalifah membubarkan Dewan Rakyat yang berkuasa menentukan kekuasaan khalifah. Selepas pembubaran itu, Inggeris mencetuskan pula huru hara dalam istana Kerajaan Uthmaniyyah sepanjang tempoh dua tahun 1337 - 1338H (1918-1919M) dan meminta khalifah menghentikan angkara yang sengaja mereka rancangkan itu. Mereka kemudian mencadangkan Mustafa Kamal untuk memikul tugas tersebut. Ini supaya Mustafa dapat menjadi orang yang berupaya memenuhi aspirasi rakyat dan satu-satunya pegawai tinggi tentera yang layak mendapat penghargaan daripada pihak tentera.

Kedudukkan dan kehebatan Mustafa kamal kini kian terserlah di mata orang ramai, manakala reputasi institusi khalifah pula semakin menurun. Pada waktu yang sama beliau telah merealisasikan perancangan Pihak Bersekutu untuk menguasai wilayah-wilayah Kerajaan Uthmaniyyah.

Taktik yang digunakan oleh Inggeris untuk menjayakan rancangan tersebut ialah dengan membebaskan Greek daripada penguasaan Izmir dan ini terang-terang bercanggah dengan teks perjanjian yang telah dimenteraikan oleh Pihak Bersekutu. Semua ini berjalan dengan pantas sekali apabila tentera Greek melepaskan tembakan kepada orang islam Turki di jalan-jalan raya, memaksa mereka menanggalkan tarbus yang kemudian dipijak-pijak dengan kaki, menanggalkan purdah yang dipakai oleh wanita Muslim, membakar perkampungan Islam di Izmir dan menyembelih orang Islam tanpa belas kasihan.

Di tengah-tengah kegawatan tersebut, kapal Ainabuli telah berlabuh di perairan Izmir di tengah-tengah armada laut Inggeris dan Greek, lalu Ataturk menuju ke Izmir dan mengerah segala keupayaannya dan memperlihatkan modus operandi yang menyakinkan dalam menentang Greek.

Ataturk mengutus telegram kepada khalifah untuk menjelaskan keadaan yang genting ini. Akan tetapi kerajaan mendesak beliau pulang untuk mengelakkan beliau daripada terus menimbulkan huru-hara. Khalifah cuba memujuk Ataturk tetapi beliau tetap enggan pulang malahan menghantarkan telegram kepada baginda, "Saya akan tinggal di Anadul sehingga kemerdekaan dapat dicapai."

Ataturk mula melancarkan revolusi yang disokong sepenuhnya oleh Inggeris dan beliau telah berjaya pada peringat permulaan. Ini berlaku apabila gerakan beliau telah diserati oleh para pemimpin muda dan pemikir-pemikir yang meletakkan syarat agar tidak membabitkan khalifah.

Pertempuran di antara tentera Uthmaniyah dengan Greek telah berlanjutan selama satu setengah tahun. Semasa pertempuran sedang berlaku, Pihak Bersekutu telah mengumumkan bahawa mereka berkecuali. Sungguh menghairankan kerana senjata-senjata yang dibekalkan kepada Mustafa Kamal adalah dari Rusia hasil perancangan rapi pihak Inggeris di Busfor sekalipun Rusia memang memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah.

Pada 23 Mac 1921M (1340H), tentera Greek mencetuskan kembali api peperangan. Pada bulan September tahun yang sama, pertempuran di antara kedua-dua belah pihak terhenti apabila Greek menarik keluar tenteranya dari Izmir. Dua hari selepas itu, tentera-tentera Uthmaniyyah mula memasuki Izmir tanpa menggunakan sebarang kekerasan.

Propaganda Barat telah membesar-besarkan kemenangan pimpinan Mustafa Kamal ini dan menyebarkannya dengan cepat ke negara-negara Islam. Orang Islam telah tertipu dengan tindakkan Mustafa yang berjaya memenuhi aspirasi mereka sehinggakan Ahmad Shauqi pernah memuji beliau melalui sebuah qasidah yang mengumpamakan Ataturk seperti Khalid bin al-Walid.

Maha Besar Allah betapa kemenangan yang penuh keajaiban, Khalid Turki hidupkanlah kembali, Khalid Arab.

Malangnya impian mereka yang tertipu dengan tindakan Mustafa tidak tercapai kerana 3 Mac 1343H (1924M)., tersiar berita tentang pembubaran Kerajaan Khalifah. Khalifah dan kerabat diraja telah dihalau keluar dari negara Turki, manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-undang Syari'ah telah dimansuhkan. Sekolah-sekolah agama telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam.

Musuh-musuh Islam melihat bahawa penghapusan Khilafah Islamiah bukanlah suatu perkara mudah. Ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan seorang wira yang agung dan Mustafa merupakan orang yang digelar wira tersebut.

Pihak Inggeris telah melaksanakan rancangan ini bersama-sama Mustafa Kamal sendiri. Mereka juga telah membebaskan Greek dari Izmir dengan mendakwa Mustafa adalah pahlawan sebenar yang menjayakan kemenangan tersebut. Seluruh rakyat mula mempercayai perkara ini dan bagi Inggeris inilah masa yang paling sesuai untuk memasukkan jarumnya bagi menghancurkan Islam.

Cara ini masih tetap digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menlancarkan serangan terhadap islam sehingga hari ini.

Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki dan mengundurkan tenteranya apabila Ataturk membubarkan pemerintahaan khalifah. Pernah seorang ahli Parlimen Inggeris menyoal Lord Carrizon (Menteri Luar British ketika itu) dalam Dewan Parlimen Britain tentang pengiktirafan kemerdekaan Turki. Lord Carrizon membalas,

"Apa yang berlaku ialah Turki telah dikuasai tanpa sebarang tentangan kerana kita telah menguasai kekuatan spiritualnya iaitu Sistem khilafah Islam".

Syeikhul Islam, Mustafa Sabri selepas melarikan diri ke Mesir pernah berkata, Memang mudah sekali Inggeris menjadikan Mustafa Kamal sebagai wira pada saat mereka menekan Khalifah dan mengulingkan baginda.

Dalam episod ini terserlahlah kebolehan Ataturk pada pandangan orang Islam. Ataturk adalah seorang lelaki yang tidak ada tolok bandingnya bagi Inggeris. Beliau telah meruntuhkan kesucian Islam (lebih-lebih lagi peradabannya) dalam masa satu hari sahaja sedangkan pihak Inggeris sendiri tidak mampu untuk melakukannya walaupun setahun. Apabila Inggeris berasa yakin dengan keupayaan dan kekuasaan Ataturk, mereka melantiknya menjadi ketua kerajaan boneka tersebut dan sesudah itu mereka pun ke luar dari negara kami.

Sesungguhnya pembubaran Sistem Khilafah Islamiah merupakan titik tolak dalam urutan strategi yang didokong oleh Ataturk demi untuk memisahkan agama Islam daripada sistem pemerintahan di Turki dan meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan.

Ataturk melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen Barat. Dalam tempoh beberapa tahun sahaja, beliau telah berjaya menghapuskan perayaan Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha serta melarang orang Islam mengerjakan Ibadah Haji.

Beliau turut menutup beberapa buah masjid, umpamanya, mengubah Masjid Besar Aya Sofea menjadi sebuah gereja dan selepas itu menjadikan sebuah gedung.

Dalam urusan munakahat, beliau melarang poligami dan membenarkan perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam. Beliau membatalkan cuti hari Jumaat, melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki.

Disamping itu, beliau turut menghapuskan penggunaan huruf-huruf Arab dalam penulisan dan menukarkannya kepada huruf Latin.

Tindakan yang dilakukan oleh Ataturk ini nyata sekali telah memisahkan budaya Turki daripada akar umbi agama Islam dan menghapuskan satu peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Turki iaitu agama Islam sebagi agama rasmi negara Turki. Ataturk berusaha dan bekerja keras untuk menghapuskan para penentangnya. Beliau membakar akhbar-akhbar, menangkap ketua-ketua pengarang akhbar dan juga mengawasi para ulama. Ataturk juga telah mengasaskan Parti rakyat Republikan pada tahun 1342H (1923M) dan menjadikan presidennya sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1357H (1938M).

Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :

  1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
  2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).
  3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
  4. Beliau pernah menegaskan bahawa "Negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden" 
  5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
  6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
  7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
  8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
  9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
  10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
  11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
  12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
  13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
  14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
  15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
  16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
  17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
  18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab "Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan dengan kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita. Ketika Ataturk terlantar menunggu saat kematiannya, beliau begitu takut jika tidak ada orang yang dapat mengantikannya dan mampu meneruskan apa yang telah dilakukannya sebelum ini. Lalu beliau memanggil Duta Britain di Turki, Bercy Lorren ke kediamanya di Istanbul meminta duta tersebut menggantikannya sebagai Presiden. Ataturk mempunyai kuasa untuk memilih pengganti sebelum beliau mati, tetapi duta tersebut menolak permintaan Ataturk.

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah :

  1. Di datangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
  2. Sakit jantung.
  3. Penyakit darah tinggi.
  4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram istananya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. 

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya.

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium selama 15 tahun sehingga tahun 1953. Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atarturk!

Di Malaysia kini ada di antara pemimpin & akhbar mengangkat dan menyanjung Ataturk sebagai idola tanpa mengambil kira sejarah Kejatuhan Kerajaan Empayar Islam Uthmaniah.

  • Tun Mahathir mengambil Mustafa Kemal Ataturk sebagai contoh pejuang yang berjaya menyelamatkan Islam di Turki demi mempertahankan fahaman sekular dan ketuanan Melayunya.
    "10. Mustafa Kemal Ataturk tidak menitik berat ke-Islamannya. Dia adalah seorang nasionalis. Pada masa dia berperang untuk negaranya, Turki dikuasai oleh orang Greek Kristian. Kerana nasionalismenya yang amat kuat, dia berperang sehingga Turki kembali ditakluk dan diperintah oleh orang Turki.
    11. Dengan menyelamatkan Turki daripada orang Greek agama Islam terpelihara sehingga ke hari ini dan ke-Islaman orang Turki kekal. Sudah tentu Nik Aziz tidak akan akui orang Islam Turki adalah Islam"
    [Jawapan Kepada Nik Aziz - chedet.co.cc]
  • Utusan Melaysia turut menjulang nama Mustafa Kemal Atartuk ini dan menggambarkannya sebagai hero. Malah perbuatan Kemal merubah sistem empayar Islam kepada republik turut dipuji.
    [Arkib Utusan Online - 16 Feb 2010]
  • Najib Tun Razak di dalam lawatan kerjanya ke Turki, sempat meletakkan kalungan bunga di makam Mustafa Kemal Ataturk sebagai tanda penghormatan.
    "Najib later laid a wreath at the Anitkabir mausoleum as a mark of respect for Turkey’s founder and first president Mustafa Kemal Ataturk"
    [The Star Online - 23 Feb 2011]

 

Page 1 of 3