Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Name *
Username *
Password *
Verify password *
Email *
Verify email *
Captcha *
Reload Captcha

Kenali Kelantan Darul Naim

Written by  Feb 10, 2019

Kelantan Darul Naim atau Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli tempatan. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Narathiwat, Thailand. Kelantan merupakan sebuah negeri pertanian yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan. 

peta Kelantan

Berdasarkan pada Bancian Tahun 2017, Kelantan mempunyai seramai 1,829,000 orang penduduk. Kaum Melayu merupakan kaum yang terbesar dengan 96.0%, diikuti dengan kaum Cina 3.1%, kaum India 0.3% dan lain-lain kaum 0.6%.

Kelantan Darul Naim terdiri daripada 11 jajahan iaitu :

  1. Jajahan Kota Bharu
  2. Jajahan Pasir Mas
  3. Jajahan Tumpat
  4. Jajahan Pasir Puteh
  5. Jajahan Bachok
  6. Jajahan Kuala Krai
  7. Jajahan Machang
  8. Jajahan Tanah Merah
  9. Jajahan Jeli
  10. Jajahan Gua Musang
  11. Jajahan Kecil Lojing

Negeri Kelantan mengalami iklim tropika yang baik, di mana hampir setiap tahun hujan turun dengan berselang-seli mengikut bulan tertentu. Kebiasaannya, hujan yang lebat akan berterusan selama beberapa hari atau selama beberapa bulan. Bulan-bulan yang mengalami hujan yang paling kerap ialah bulan November, Disember dan Januari, iaitu pada musim tengkujuh.

Antara tarikan utama di negeri Kelantan adalah : 

  1. Pasar Besar Siti Khadijah - Nama ini berasal dari Khadija binti Khuwaylid, isteri Nabi Muhammad yang merupakan ahli perniagaan pada masa itu
  2. Taman Negara - Terletak di Jajahan Gua Musang, Kelantan, berhampiran sempadan Pahang dan Terengganu. Ia terletak di dalam hutan rizab Bukit Hantu dan Lebir
  3. Wat Photivihan Sleeping Buddha atau Kuil Photivihan - Kuil ini adalah salah satu daripada 25 kuil yang terdapat di Tumpat, dan merupakan salah satu yang paling popular di negara ini
  4. Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra - Seni bina masjid ini amat unik kerana menggabungkan seni bina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing, China
  5. Pantai Irama Bachok - Terletak di dalam Jajahan Bachok dan merupakan tempat kunjungan utama penduduk Jajahan Bachok dan juga penduduk Negeri Kelantan khususnya
  6. Gunung Stong - Gunung Stong setinggi 1,433 meter terletak kira-kira 300 kilometer dari Kota Bharu dan digambarkan sebagai lokasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia kerana mengalir di kawasan itu adalah air terjun Jelawang setinggi 303 meter yang didakwa sebagai tertinggi di Asia Tenggara
  7. Masjid Muhammadi - Salah satu lambang kemegahan di dalam bandar ini yang mempunyai ciri-ciri gerbang yang anggun dan warna keemasan. Nama Masjid Al- Muhammadi sebagai satu penghormatan Almarhum Sultan Muhammad ke IV di atas sumbangan dan jasa terhadap negeri ini
  8. Masjid Al-Ismaili - Masjid yang terletak di Bandar Baru Pasir Pekan, Wakaf Baru
  9. Pantai Bisikan Bayu - Juga dikenali sebagai Pantai Dalam Rhu, angin lembut di pantai menghasilkan bunyi yang tenang, kata penduduk setempat, berbunyi seperti bisikan yang menenangkan
  10. Kraftangan Desa dan Muzium Kraftangan - Juga dikenali sebagai "Balai Getam Guri", ia menempatkan banyak contoh halus ketukangan Kelantan seperti sulaman tradisional, tenunan songket, percetakan batik, kerja perak dan ukiran kayu
  11. Pantai Cahaya Bulan - Merupakan salah satu pantai yang terkenal di negeri Kelantan, Malaysia. Ia terletak kira-kira 10 km dari Bandar Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941

 

Rujukan :

  1. Anggaran Penduduk Semasa Malaysia 2018 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia
Last modified on Monday, 11 February 2019 00:01

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.