Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

Create an account

Fields marked with an asterisk (*) are required.
Name *
Username *
Password *
Verify password *
Email *
Verify email *
Captcha *
Reload Captcha
Super User

Super User

Owner Alkhudhri.com | kedaitopup1malaysia.blogspot.my | maribeli.com.my

Apa lah Anwar ni, patut la UMNO tak suka. Dia ni tak berkebolehan langsung...dalam menambah hutang negara! Nah, sekarang mau undi siapa kita? Malaysia yang macam mana kita nak pilih?

Credit : Ohgadisitu

Kelak anggota tubuh kita akan memberikan kesaksian atas perbuatannya selama berada di dunia. Tangan, kaki dan anggota badan lain akan berbicara sehingga mulut tidak dapat membantah dan berbohong. Hakim yang kita hadapi kelak bukanlah hakim yang dapat disuap dengan wang sebagaimana yang terjadi di dunia. Tiada yang mampu menolong diri kita kecuali rakaman iman dan amal kebajikan kita sendiri.

Sebagaimana firman ALLAH :

Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; tangan mereka akan berkata kepada Kami dan kaki mereka akan memberi kesaksian terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.

Surah Yasin : 65

Dalam satu kajian neurologi, dibuktikan bahawa sel-sel otak mampu menyimpan pelbagai informasi dan pengalaman yang terakam sejak kita kecil yang umumnya sudah dilupakan. Ketika eksperimen pembedahan otak, dimana yang berkenaan tetap sedar, ternyata ketika dirangsang sel-sel saraf tertentu, mampu menceritakan berbagai pengalaman sewaktu kecil. Eksperimen ini mengukuhkan teori bahawa semua yang pernah kita ketahui dan fikirkan terakam dalam rangkaian saraf otak. Jadi, apa yang dikatakan Al-Quran tadi semakin diperkuatkan oleh eksperimen saintifik.

Teori bahawa tubuh merakam dapat kita lihat dalam kehidupan kita sehari-hari. Seseorang yang selalu solat tepat pada waktunya, maka ketika berkumandang azan, tubuh seperti mempunyai biological clock untuk segera menunaikan ibadah Solat, walaupun dalam keadaan sakit sekalipun. Contoh lain boleh kita lihat daripada pengalaman pemandu bas ekspress. Mereka dengan mudahnya melalui jalan-jalan berliku, seolah-olah mereka menghafal betul bila dan di mana harus membelok.

Bahkan menurut para saintis, ada lebih 70 kes yang dilaporkan daripada pesakit tranplant yang meniru sebahagian keperibadian penderma organ mereka. Seluruh sel tubuh kita ibarat hard disk yang merakam dengan baik semua ucapan, fikiran, perbuatan kita. Memori ini sudah direkod di sana dan sedia dipanggil pada bila-bila masa saja.

Meskipun terpadam, mudah saja bagi pakar komputer untuk mengesan bekas-bekas data yang sudah ada dalam hard disk dengan kaedah dan bahasa tertentu. Oleh kerana sel tubuh kita ini mampu merakam apapun yang kita lakukan, maka, sangat logik untuk membayangkan anggota tubuh kita dengan mudah saja menjadi saksi tentang segala perbuatan yang pernah kita lakukan nanti di hadapan Allah SWT.

Sedekah
 

Oleh kerana itu, marilah kita membiasakan diri untuk melafazkan kata-kata yang baik, selalu berzikir dan mengingati Allah, membiasakan diri mengerjakan solat, berpuasa dan bersedekah, serta berbuat baik kepada sesama makhluk, sebab semua itu akan dirakam dalam memori kita sepanjang hayat, baik ketika hidup di dunia, menjelang sakaratul maut atau selepas ajal kita.

Husnul khotimah (penghujung yang baik) di saat kematian kita itu tidak boleh diraih dengan tiba-tiba. Ia tak boleh dipaksa dan dibimbing oleh orang lain dengan mudah kerana diri kitalah yang menentukan sama ada kita sanggup mendapatkan pengakhiran yang baik atau tidak.

Framework PHP membantu anda untuk menulis kod yang bersih dan boleh diguna semula. Ia mengikuti corak Model-View-Controller (MVC), memastikan pemisahan yang jelas dari segi logik dan pembentangan. Tetapi terdapat banyak perbincangan di sekeliling kerana ada yang lebih sukakan prestasi, ada yang lebih suka dokumentasi yang lebih baik, sesetengah juga cenderung kepada jumlah fungsi built-in dan lain-lain.

Berikut adalah Framework PHP berdasarkan populariti dan Google Trends dari 2012.

yiiframework

  • lebih laju sedikit berbanding Codeigniter dan Zend Framework.

CodeIgniter

  • menjadi pilihan kebanyakan Pengaturcara PHP
  • mudah untuk dipelajari
  • antara framework yang hebat seperti Zend dan CakePHP
  • antara matlamat utamanya adalah untuk membolehkan pengaturcara membangunkan projek-projek lebih cepat dengan menyediakan satu set perpustakaan untuk tugas-tugas yang biasa diperlukan, serta antara muka yang mudah dan struktur logik untuk mengakses perpustakaan ini.

Zend Framework

  • lebih selamat, boleh dipercayai dan membenarkan aplikasi Web 2.0 & perkhidmatan web
  • kebiasaannya digunakan dalam membina aplikasi besar.

CakePHP

  • framework yang popular untuk pembangunan aplikasi web
  • dilengkapi dengan banyak ciri-ciri: kod generasi, terjemahan, akses pangkalan data, caching, pengesahan, pengesahan dan lain-lain

Terkini, salah satu framework daripada pembangun tempatan memfokuskan kepada pembangun berasaskan PHP adalah NANAS.

Daripada apa yang diterangkan oleh pembangunnya melalui laman rasmi,

"NANAS amat sesuai digunakan untuk programmer yang mahu berjinak-jinak dengan framework PHP. Jika kamu mahu cuba pakai CodeIgniter, atau bake code guna CakePhp, NANAS platform terbaik untuk kamu untuk memahami dan memanipulasi konsep MVC"

Segala pembangunannya dilesenkan dibawah GNU General Public License, dan bagi mereka yang berminat boleh menyumbangkan kepakaran dalam pembangunan, sekaligus membantu para pembangun yang menggunakan framework NANAS ini.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh merujuk kepada laman rasminya, ataupun mengikuti pelbagai perkembangan semasa melalui halaman GitHub untuknya.

 

KOTA BHARU: “Kalau kita tukar kerajaan Islam kepada yang lebih teruk, tunggulah pembalasan di akhirat kelak,” kata mantan Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Asri Zainal Abidin. Beliau berkata, rakyat semestinya mengekalkan kerajaan yang ada di Kelantan sekarang.

“Sepatutnya Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) turut sama mempertahankan Kelantan,” katanya pada Wacana Perdana bertajuk ‘Pasca PRU13: Di Mana Melayu Islam?’ di Dewan Jubli Perak MPKB di sini kelmarin. Wacana itu turut menampilkan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha ISMA, Mohd Hazizi Abdul Rahman, manakala seorang lagi penalis, Datuk Shamsul Najmi sebagai mewakili Umno tidak hadir.

Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusof bertindak sebagai moderator. Orang ramai memenuhi segenap ruang dewan berkenaan. Ramai lagi mengikuti wacana itu di atas padang di luar dewan. Hadir sama pengarah program, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Dr Asri juga berkata, PAS bergerak seiring dengan pertubuhan Islam di seluruh dunia yang semakin mendapat tempat selepas kebangkitan Arab. Tuan Ibrahim pula menyifatkan ISMA sebagai kacau daun apabila bercadang meletak calon di kawasan tertentu pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Katanya, kalau sekadar hendak tanding tujuh kerusi parlimen sudah tentu ISMA tidak mampu menjadi sebuah parti yang dominan. Mohd Hazizi sebelum itu menyifatkan kuasa tawar menawar orang Melayu sekarang semakin lemah selepas PRU 2008.

“Sekiranya situasi itu terus kekal kuasa politik orang Melayu akan bertambah lemah. Ini kerana hanya apabila ada kuasa barulah boleh buat peraturan untuk Islam,” ujarnya.

Namun hujah itu ditolak Tuan Ibrahim apabila menyebut pada PRU 2004 kerusi yang dimenangi calon Islam sebanyak 123 kerusi, namun telah bertambah kepada 130 kerusi pada PRU 2008. Bagaimanapun kata beliau ada pihak cuba mengelirukan keadaan sebenar apabila DAP menang lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum lalu.

“Kalau disebut DAP ramai orang seolah-olah nampak macam Cina sangat, sedangkan MCA dan Gerakan mereka tidak lihat macam parti Cina pula,” tambahnya.

Sedutan Wacana Perdana Siri-14 bertajuk 'Pasca PRU-13 : Melayu-Islam Di Mana?' yang berlangsung pada 15 Mac 2013 bertempat di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI.

Khas kepada mereka yang ingin TUKAR Kelantan, sedang membuat kerja-kerja TUKAR, sedang mempromosikan TUKAR, sedang bersubahat untuk TUKAR dan yang sewaktu dengannya...

FULL Video : http://www.youtube.com/watch?v=YZm0z2wupFU

Rakaman Ceramah membongkar misteri pembunuhan Altantuya di Bachok pada 18 Rabiul Akhir 1434H/1 Mac 2013M.

Video 1 : http://www.youtube.com/watch?v=dhMFwi2ZLIU

Video 2 : http://www.youtube.com/watch?v=l2zzKOzOk0s

 

REFORMASI by Yasin for konvensyen PAKATAN RAKYAT

Ku Terdengar Suara Kebebasan
Gerak Nadi Kemanusiaan
Bersahut Seindah Seruan
Bangkitan Suara Di Dalam

Reformasi

Ku Merasa Bayu Perubahan
Kali Ini Bagai Kepastian
Derasnya Gelombang Kebenaran
Kemenangan Tiada Terhalang

Reformasi

Ku Menanti Sinar Kasih Sayang
Yang Mendamba Wajah Ketulusan
Bagai Tidak Lama Penantian
Cahaya Di Penghujung Jalan

Pesan kerana Allah & rasulNya, nasihat utk Islam, buat umat Islam, di Kelantan, HARAM menukar kerajaan yg memerintah kalian sekarang.. Tanpa menafikan wujud kekurangan yg berlaku dlm kerajaan sedia ada. Ia adalah kelemahan yg kecil dan mampu diatasi kerana mudarat menjatuhkan kerajaan yg berusaha menegakkan Islam ini menjadi lebih bahaya bila naiknya pemimpin yg cenderung pd maksiat & kelalaian...

-Ustaz Zahazan Mohamed-

Pandangan Ustaz Zahazan bukan bersifat politik. Memang tidak dinafikan pemerintahan PAS di Kelantan ada kelemahan yang boleh diperbaiki dari masa ke semasa kerana Tok Guru & exco-exco beliau bukannya bersifat maksum seperti mana junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Namun bukan disebabkan kelemahan ini, rakyat Kelantan sanggup menukar pemerintahan PAS kepada pemerintahan yang bakal membawa lebih banyak perkara-perkara maksiat dan melalaikan sebagaimana yang berlaku di negeri-negeri lain.

Pentadbiran PAS di Kelantan baru berusia 22 tahun. Kalau diumpamakan dengan seorang lelaki, baru nak mencapai proses kematangan dalam hidup. Berbanding dengan pentadbiran yang dah berusia 55 tahun, patut-patut lah bertaubat.

 

LOVE ALLAH. LOVE MUHAMMAD.