Username *
Password *
Remember Me

Debat Obama vs Romney

Written by  Oct 06, 2012

WASHINGTON: Lebih 67 juta penonton menyaksikan debat pusingan pertama dalam perebutan Presiden Amerika Syarikat (AS) antara Barack Obama dengan Mitt Romney, iaitu jumlah penonton terbesar dalam 20 tahun lalu.

Angka itu dikeluarkan oleh agensi rating antarabangsa, Nielsen hari ini. Anggaran 67.2 juta penonton dengan 46 peratus terdiri segmen umur lebih 55 tahun menonton debat yang disiarkan secara langsung dari Denver, Colorado malam semalam.

Nielsen berkata, jumlah itu 28 peratus lebih tinggi atau 52 juta orang menonton debat Obama dengan calon Parti Republikan, John McCain pada pemilihan Presiden AS pada 2008.

Jumlah penonton semalam adalah yang terbesar sejak perebutan antara calon Demokrat, Bill Clinton, dengan calon Republikan, George H.W. Bush serta calon bebas, Ross Perot pada Oktober 1992 dengan 69.9 juta penonton.

Namun rekod terbesar jumlah penonton ialah 80.6 juta yang menyaksikan siaran langsung debat antara Presiden Jimmy Carter dengan calon Republikan, Ronald Reagan pada 28 Oktober 1980, lapor Nielsen. - AFP 

Sumber : Berita Harian Online

 

p/s : Najib dan Anwar bila lagi? Kalau Najib takut, minta je Rosmah ganti... Sahutlah cabaran daripada moderator Dr. Maszlee Malik dalam debat PTPTN antara Rafizi Ramli dan Khairy Jamaluddin. :-)

Last modified on Sunday, 30 April 2017 09:11

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.

Facebook

  1. Popular
  2. Trending
  3. Comments
Buah Tamar

Buah Tamar

Nov 19, 2010 286 Kata-Kata Mutiara

Pedoman

Pedoman

Nov 30, 2010 275 Kuliah/Tazkirah

Hot Line 24434

Hot Line 24434

Nov 24, 2010 270 Kuliah/Tazkirah

Calender

« June 2018 »
Mon Tue Wed Thu Fri Sat Sun
        1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30